Halaman


Rabu, 18 Disember 2013

Islam semakin kompleks, pada yang naif

Beberapa hari yang lepas, aku terpana apabila seorang tokoh agama dikatakan wahabi. Aku mula mencari apa itu wahabi dan asal usul wahabi. Ditolak dengan aku baru menyedari penulis yang aku minati rupnanya membawa fahaman syiah.Tiba- tiba aku menjadi agak sedih dan gusar. Betapa ilmu agama memang tidak dapat disangkal memang penting. Aku memanglah tidak mampu buat masa ini mencapai ilmu-ilmu fiqh tasauf dan sebagainya. Masih lagi memperbaiki dan memperbaiki fardhu ain, dan syukur sentiasa suka membaca ilmu-ilmu yang aku tidak tahu untuk kategorikan apa.

Ya, benarlah dari 73 golongan hanya satu yang akan diterima.

Sebenarnya andai kau rajin membaca dan ada satu asas yang kukuh tentang Islam, tanpa sengaja apa sahaja fahaman yang lari dari fitrah kau akan merasa sukar untuk hadam. Macam ada sesuatu yang mengganggu fitrahmu. Namun tidak aku sangkal ada yang mempunyai asas yang kukuh pergi jauh menafikan hukum dan akhirnya terpesong juga. Pernah dengar seorang hafiz quran menjadi pengikut syiah yang setia?

Itu belum lagi kesedihanku menerima berita, rakan sepermainan ku terpampang wajahnya didada akhbar rentetan kes kematian pegawai JAIP yang ditembak oleh pengikut Tuhan Harun.

Ajaran-ajaran ini semakin kuat sedangkan ilmu dan amal semakin menipis!

Paling sedih, bila yang berilmu meletakkan ilmu tu mengikut fahaman logiknya. Dan sangat sedih kerana mereka memanipulasikan orang-orang yang naif dan sedang mencari. Itu pentingnya majlis ilmu. Berbincang dan tanyalah soalan-soalan bodoh, sekurang-kurangnya soalan itu akan menjadi pandai bila lepas tahap bodoh, yang sebenarnya tidak adapun istilah soalan bodoh.

Apa yang aku merepek agaknya?

Aku, aku sayangkan sahabat-sahabat rakan-rakan, aku tak sanggup melihat rakan-rakan  melihat kebatilan sebagai kebenaran. Sudahlah perjuangan dalam diri sendiri itu tidaklah mudah. Ini apabila melibatkan akidah, lebih musnahlah segalanya.




4 ulasan:

  1. iyup.. betul tu.. hanya satu golongan sahaja yg diterima.. semoga kita dalam golongan yang diterima... aminn

    BalasPadam
  2. Insyaallah kalau berpegang pd al quran dan sunnah takkan sesat...and segala info agama yg kita dpt mesti ditapis kesahihannya....actually tak baik lable melable ni....apa2 lain pendapat selesai dgn perbincangan dgn cara yg tenang...sebab ada ulama yg berkata hal2 feqah ni perkara cabang , yg wajib dijaga itu silaturahim persaudaraan antara islam....kita da nampak da kesan2 perpecahan akibat perbezaan pendapat ni....kalau rasullullah saw ada bersama kita sekarang pasti die sedih tgk umay dia berpecah....wallahualam sekadar pendapat sy...sila tegur jika ada statement ttg agama yg sy tulis diatas ada kesilapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Setelah saya baca sikit demi sikit. Memang betul label melabel ini lebih membawa pada perpecahan ummah. Walaupun kadangkala ada kefahaman itu hingga membawa kepada akidah. Namun bagi aku kini, ambil yang benar, dan yang ternyata salah iti, tinggalkan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...