Halaman


Jumaat, 12 Julai 2013

PLU, stigma dan prejudis

Situasi A:

Lisa: Aku menyintai kau, semua dunia ini berputar diatas dirimu, Sara.
Sara: Tapi, yang, my mum dah dapat bau tentang I dan U, I rasa kita kena slow down.
Lisa: Tapi, I tak boleh tak jumpa you, dunia ni macma kelabu je bila tak dapat jumpa you. Arghh, your mum tak faham la.
Sara: I tahu, masa you pergi kursus haritu, I giler rindu dekat you. Tapi my mum dah tak bagi jumpa you lagi. 
Lisa: What??? Ah...macamana ni.

Situasi B:

Mak: aish, saya tengok anak kita tu melekat je dengan si Lisa tu, kesana kemari dengan budak pengkid tu, nama Lisa, cantik dah, tapi perangai mengalahkan jantan.

Ayah: Hmm, nak buat macamana dah dari dulu si Lisa tu macam tu.

Mak: ish, haritu, saya nampak mereka berpeluk-peluk dalam kereta, ishhh, tak senonoh.

Situasi A + Situasi B:

Mak: Budak-budak pengkid ni tak tahu ke yang diorang tu haram, macam jantan tu haram, berkepit dengan perempuan sesama jenis tu haram. 

Lisa: Ya, allah kenapalah sukarnya aku nak melupakan dia, kenapalah aku ada naluri ini, kenapa kau lahirkan aku dengan naluri ini. Argh, mak si Sara ni pula memang tak faham, aku dan anak dia cinta suci!

Situasi C:

Sekumpulan lelaki: Woi, pengkid, kalau aku rogol kau, kau mengandung tak?!


Ini adalah contoh segala picu stigma dan prejudis. Kalau boleh aku katakan, umpama katak bercakap dengan itik. Katak terus meng ong-ong dan itik terus menyudu.

Orang heterosexual, penuh dengan rasa jijik terhadap PLU dan kebencian terhadap manusia jenis kami.

Orang homosexual, menyampah dan juga penuh dengan dendam kesumat terhadap orang heterosexual.

Lalu dimana titik pertemuan?

Golongan agama dianggap tidak memahami tetapi cuba menyampaikan dakwah. Dan golongan yang didakwah akan terus-terusan menganggap  golongan agama ini golongan yang harus dijauhi.

Kesannya? Dakwah tidak sampai, dan golongan PLU akan semakin tergapai-gapai, ada yang mencari, ada yang hilang. Sedangkan berdakwah itu wajib sebaik sahaja seseorang itu beragama Islam dan tahu erti syahadah.

“If you want to do da'wah to a person, do da'wah to them, not about them.”

Imam Omar Suleiman


Setiap manusia saling memerlukan, kalau nak diwujudkan masjid untuk PLU itu tidaklah menepati nilai Islam yang universal. Kenapa tak sahaja diminta satu planet yang semuanya PLU, perghhh fantasi aku tu, semua satu planet ni perempuan. Dan untuk lelaki satu planet yang lain pula. Bila dah nak pupus, barulah dipaksa membiak. Ambik kau, nak?

Pertama sekali, aku selalu sampaikan pada kawan, dan semua orang PLU ni kadangkala cemburu nak mampus, dekat orang straight yang boleh menghalalkan naluri mereka. Kerana nafsu itu fitrah, lalu sakit jiwa lah orang yang sukar untuk mencari redha Allah dengan nafsu.

Benar, setiap manusia ada ujiannya, dan sebesar-besar nikmat adalah iman. Seperti dakwah kepada non-muslim, andai seorang pendakwah Islam gagal memahami agama atau kepercayaan non-believer itu, adalah sukar untuk pendakwah itu menyampaikan dakwahnya. Bolehkah anda berdakwah dengan mengatakan..

"Babi ni haram, dahlah kotor, tu pasal agama Islam is the best"

Kalau tak kena penampar, dah cukup baik.

Takkah sama dengan..

"Tahu tak gay ni haram, Islam laknat"

Benar, kenyataannya betul, tapi adakah dakwah akan sampai, adakah kebenaran itu akan sampai pada hati orang yang didakwah, tidak. Sukar.

Andai ada yang menganggap, memahami golongan PLU adalah sukar dan meletihkan, maka, sabar sahaja penawarnya. Umpama seorang Psychiatrist dengan pesakitnya, jika tidak tahan, mungkin akan menzalimi pesakit dan dirinya sendiri.

Apa yang aku ceramahkan ni?

Aku juga pernah berkali-kali putus asa dengan kawan-kawan PLU sendiri yang resam manusia pelbagai, entah esok lusa aku gagal lagi dan putus asa lagi. Dan sebagai seorang yang cuba untuk menambah ilmu, aku tidak dapat lari dari menghormati ustaz di tempat mengaji, ustaz yang memberi ceramah, ustazah yang adalah bini ustaz tempat mengaji tadi.(lol)

Benar, hanya PLU yang memahami PLU, tetapi hidup ini tidak akan berlansung dengan indahnya hanya dengan PLU sahaja. Dan benar, PLU ini pengamal aktiviti yang Allah larang, tapi andai anda tidak memahami kami dan tidak cuba membawa kami mendekati jalan yang benar, dimasa depan bagaimana anda nak memahami andai ada insan yang anda sayang adalah peminat kaum sejenis.

Islam tidak pernah menghalalkan stigma dan prejudis.

19 ulasan:

  1. hmmm.kalau solat.pun malas mgda ^^
    jgn pula marah2 sebab jin sudah berada dalam badan danny 4 tahun,7 bulan,hari tak tau berapa??sekarang dia sudah pun keluar dari badan.danny hari ini tak puasa.sebab malas gak.sebab suka smoking2.besok insya-ALLAH,danny puasa buat kali pertama-tamanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. danny, apalah guna saya marah, solat dan ibadat itu hak ALLAH, Dialah yang berhak marah.


      Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki

      TETAPI INGAT

      bahawa kamu akan mati


      Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendaki

      TETAPI INGAT

      bahawa engkau akan berpisah dengannya


      Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki

      TETAPI AWAS

      kamu akan dibalas atas apa yang dilakukan itu


      DAN KETAHUILAH

      bahawasanya kemuliaan orang beriman itu

      terletak pada qiamullailnya

      DAN KEHEBATANNYA

      bila dia tidak bergantung pada orang lain


      ...Hadis Riwayat Al-Hakim dan Abu Naim..

      Padam
    2. terima kasih mgda,danny ingat tu,lagipun danny ni degil orangnya.terikut-ikut kat kawan-kawan danny (semuanya pengkid & ada yg mau jadi pengkid tapi dia boyish).yg boyish ni,dia kata dia mau jadi pengkid sampai dia tua & dia mau belajar apa pengkid buat,suka,minat dan sebagainya
      ',' "

      tapi mgda,boleh ke bertaubat.danny ni sudah berkhawin bersama sesama jenis & perlu ke?danny ceraikan dia?ini yang jadi masalahnya '-' "

      Padam
    3. Danny kalau ikut saya sendiri pernah berkahwin dengan sejantina 3x. Telah berkali taubat dan kemudiannya buat. Pernah putus asa kerana islam tak menghalalkan homosexual..hingga ada berfikir untuk tidak lagi menjadi muslim.

      Tapi kerana kasih sayang Allah..saya bangun balik. Saya ceraikan isteri saya.dan kini single tanpa sesiapa. Tapi sebab allah masih kasihkan saya..dia temukan saya dengan orang yg ajak sy berubah.

      Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa bagi hidayah pada saya dan juga Danny. Amin

      Padam
    4. mlm ini,danny rasa nak patah balik cuz beloved wife.mlm2 buta pakai perfium tau.sungguh menyentuh hati.kalau mgda tempat danny memang susah tinggalkan dia.apa lagi nak ceriakan dia.right!!!tapi secara jujurnya,memang lama dah nak cari lelaki sebenar.tapi apa boleh buat.bukan naluri danny suka kat lelaki.so,bulan hadapan nak dengar ceramah seorang ustazah di rumah kawan danny (FTM omess).dengan ceramahnya-bertaubatlah sang pengkid & FTM.

      Padam
    5. Danny, ramai antara kita dah berjaya hadapi halangan ni. pernah dengar kisah lelaki yang melumurkan najis dibadannya semata2 nak elak berzina, yang kemudian Allah menjadikan dia wangi seharum kasturi hingga lah bila dia meninggal, malah kuburnya masih berbau wangi.

      Cuba untuk elak. Macam saya, akhirnya saya berpisah tempat tinggal, dan cuma sesekali berjumpa dengan exwife, itu pun masih tertekan bila perasaan tu memuncak waktu bertemu.

      jangan berubah untuk cari lelaki, berubah lah kerana nak redha allah.

      saya cakap ni untuk saya juga.

      Padam
  2. hi there,

    i think to boil down PLUs purely as nafsu is simplistic. if we truly understand the diversity in people (which are Allah swt creations - He created us that way) - we should at least try to understand that people are not one dimensional - and to assume nafsu alone to describe PLU is far from the truth.

    as a muslim gay woman i do not wish for a planet lesbian. i love the fact that this world is populated by men and women (and everything is between), people of all races, cultures and beliefs - which humbles me of god's creations and my responsibility to understand the complexities of peoples and situations that god is showing us. god asks us to understand, definitely not to hate in his name and honour - something most people need to learn.

    positive dakwah can not occur if it's not done with respect for the individual and his/her complexities. stating a prejudice (simply saying gay is haram in islam) is hardly persuasive, if not lazy and lacking intellectual appeal. and if a gay person disagrees, what happens to respecting his/her choices without judging their level of iman? why are people making it so hard for someone to be muslim without conforming to what the majority thinks a muslim must constitute as?

    BalasPadam
    Balasan
    1. for your 1st paragraph. For me, nafsu here is sexuality.

      for 2nd paragraph, that's only a fantasy, I am not straight, and thats my fantasy, and i believe each of us have their own fantasy.

      for 3rd, Yes, I agree.

      Padam
  3. Agama islam tu luas dan penuh dengan kasih sayang,

    Allah suruh kita berdakwah dengan hikmah...walaupun kita betul namun di tekan kan dgn hikmah.

    Allah juga ada konsep taubat, menghapus dosa 100% malah ada hadis sahih menekankan konsep dosa kita di masa lalu di tukarkan kpd pahala..itu tak termasuk dgn dosa memenuhi langit..maka Allah ampunkan..ini pun kalau di ulang Allah ttp mengampunkan andai ikhlas dan tetap meminta ampun.

    Dalam islam juga ada konsep melindungi keaiban..sama aib diri sendiri dan aib orang lain.

    ermm apa yg sy nak ckp islam itu kalau di nilai sangat luas dan agama islam itu agama yang adil dah sejahtera.. Allah menghapuskan diskriminasi kaum apabila islam datang ke tanah Arab ..

    kalau kita ni sebenar memahami agama islam akan kita lihat ..tidak ada konsep membenci golongan-golongan tertentu..

    dalam islam juga.. ada menekankan tentang kita tidak tahu tentang benda ghaib.. ttg hati orang... dan nasib kita..

    jadi kalau kita fahami islam betul2.. kita akan faham setiap orang tu walaupun beragama belum tentu mampu membawa dirinya ke syurga..sebab ke syurga bukan di sebabkan amalan kita tapi rahmat dan kasih sayang Allah.

    orang islam yang sebenar memahami islam tidak judmental..golongan2 tertentu..

    Apapun hidayah milik Allah.

    Sebenarnya setiap ujian kita ni berbeza... di uji dengan membuat dosa..lain kesannya..namun di uji dengan amal... lain kesannya

    berlapang dada lah dalam berjalan di muka bumi ni moga kita dapat mengengam hidayah Allah..

    insyallah..wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Ao, benar apa yang awak tulis tu. Islam didatangkan dengan kasih sayang, dan raulullah tu rahmat bagi sekalian alam, tanpa mengira siapa atau apapun.

      Padam
  4. Let's take look at this surah which relate to actions of a true dawah.

    "So by mercy from Allah , [O Muhammad], you were lenient with them. And if you had been rude [in speech] and harsh in heart, they would have disbanded from about you. So pardon them and ask forgiveness for them and consult them in the matter. And when you have decided, then rely upon Allah . Indeed, Allah loves those who rely [upon Him]." - Surah Al-Imran, ayat 159

    See the important point about being rude in speech and harsh in heart towards such people like PLU. Obviously, it is not true dawah.

    May Allah eases our brothers and sisters who are part of PLU with His Gracious and His Merciful. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Oswald, yes trus Daie will know the hikmah on dakwah, but yes, each of us have mistakes and we learn, by each mistakes that we made.

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. nice blog :-)
    May Allah blessings be with your combat n dakwah. Happy Ramadhan!

    BalasPadam
  7. Salam.sy penat.sangat penat berperasaan mcm ni. dan sampai skrg sy selalhu harap yang sy takkan ade bile esok datang. sy penat tanggung semua ni sorang.terima kasih pada MGDA sebab wujudkan blog ni. sy jumpe sedikit ubat.sebab sy sendiri sebenarnya dah tak mampu langsung nak bertahan.

    dh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dh, bangkit balik. Ingat..Allah kasihkan hambanya..sangat2 kasih. Ujian Dh mungkin lebih teruk. .tapi org yg kenal Allah takkan kecewa dengan hidup.

      Awak mampu bertahan. Rehat sekejap..fikir..ttg..benar tak apa yang kita pegang dalam hidup. Kalau benar..kenapa penat..kalau salah...apa yg harus buat.

      Dh, tuhan lebih dekat dengan hambanya..dr urat leher.

      Padam
  8. I feel that this is a case lebih senang cakap drpd buat. Of course takde yg nak stigma dan prejudis. Tapi masyarakat akan sentiasa buat the way they always do things, sebab lebih senang dan lebih cepat mcm tu... drpd cara berkhemah...

    BalasPadam
  9. Satu ketika seorang lelaki ditepi pantai..nampak seorang budak memungut starfish yg terdampar..kemudian melontarkan kembali ke laut.

    Lalu lelaki itu berkata..

    "Ah..banyak lagi starfish yang terdampar lalu mati..kenapa nak selamatkan yang ini, kamu tidak akan.dapat ubat apa2"

    Jawab budak itu..

    "Saya dapat ubat nasib sitapak sulaiman yang ini"

    Kata anak itu sambil tersenyum.

    Situasi dua..jerebu semakin teruk..kerana manusia telah melupakan alam. TTapi ada seorang tua pemungut sampah..masih memungut sampah dan mengasing kan sampah untuk kitar semula.

    Situasi 3.

    Waktu nabi ibrahim dibakar oleh kaum kafir..nabi ibrahim sewaktu itu masih belum ada pengikut..lalu hanya pada Allah dia berserah. Tapi ada seekor katak yang melompat2..mengumpul.air dimulutnya..lalu.kemudian menyembur air tersebut pada api yang membara..dia tak putus melakukan perkara itu.

    Lalu keluar printah dari Allah..umat islam haram membunuh katak.

    Setiap usaha Allah kira..walau nampak sia2 dimata manusia.

    Mula dari kita. Sekurangnya kita berusaha merubah keadaan.
    Wallahualam.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...