Hariini Ramadhan ke 7. Hariini dan sejak akhir- akhir ini aku menemui apa yang aku cari sewaktu aku mula-mula menekan button 'create' kepada group Jalan Pulang.
Dan aku menemui mereka dalam perjalanan ke Program GNY.
Kami berlima, dan aku tidak dapat menyatakan siapa, kerana faham akan privacy antara kami. Setiap kami ada kelebihan masing-masing. Dan saling melengkapi. Aku tidak lagi sendirian dalam menjalani perjuangan aku. Deanna tidak lagi menjadi teras dalam hidup aku. Walaupun Deanna kini duduk amat hampir dengan kediaman aku, tapi kami melansungkan kehidupan masing-masing tanpa banyak pertemuan. Walaupun, rasa sayang itu kadangkala masih sukar untuk didefinisikan.
Selain adik-adik GNY yang sering menceriakan hidup kami di whassap group, kami selalu juga berkongsi apa-apa tazkirah atau apa sahaja ilmu mana yang ada. Kadangkala kami hampir berkongsi hidup, mengemaskini apa yang kami lakukan, mengemaskini masalah-masalah yang kami hadapi, dan kami semakin saling mengenali, inshaallah kami saling doa moga ukhwah ini akan bawa kesyurga.
Walau kadangkala kami menakal juga sampai tak ingat dunia,haha.
Dari kami, ada yang banyak menghafal doa, suka mengaji, ada yang amat ceria dan manis lebih dari gula, dan indah orangnya, ada yang sentiasa boleh menjaga dan melindungi, dan tak kurang juga ada yang manja (erkk.aku kah? bukan aku seorang kot). Antara kami ramai yang mempunyai asas agama yang kukuh, dan kami saling berkongsi, dalam pada tak sangka, ramai yang dapat memberi input.
Akhirnya, aku temui mereka. Kalau aku fikirkan balik, Waktu aku bermula, dari titik pertemuan yang Allah izinkan aku menemui AHP Positive yang kini adalah Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia, kemudian aku banyak mengorak langkah melalui sokongan beliau.
Walau persahabatan ini adalah sesuatu yang aku impikan setahun dulu, namun aku yakin ianya bukanlah penghujung perjuangan ini. Ianya adalah permulaan kami. Dan bila ada orang kata, tulah sibuk nak create group..sibuk nak buat itu ini, bagi aku itu semua perancangan Allah, hati aku tergerak..dan Allah yang gerakkan. Apa pun kesilapan yang aku buat dan ujian yang aku tempuh adalah didikan dari Yang Esa.
Cabaran paling utama, adalah, istiqamah. Tidak tenggelam dalam nikmat yang Allah beri.
Yang paling utama, yakin dengan apa yang aku perjuangkan.
Kepada pembacaku, yang akhir-akhir ini muncul dan meluahkan, awak perlu buat keputusan untuk diri awak sendiri, dimana akhirnya hidup ini. Tanam dalam diri tekad untuk bertemu Allah dalam keadaan Dia redha pada awak. Dan untuk itu, mungkin banyak yang perlu diubah dalam hidup, banyak yang perlu diusahakan.
Kepada semua, moga cinta ini Kerana Allah. Dan Inshaallah aku juga akan tidak akan melupakan niat dan tujuan saya waktu membuka group Jalan Pulang, iaitu kepada semua PLU.
Note: Gambar tu terlalu ayu, maaf. Tapi terlalu indah kan.

Jadi inilah gambaran kami sebenar..kot
Tapi dikalangan kami sebenarnya ada sekuntum mawar, susah nak cari gambaran tu, Haha.
Sucinyaaa
BalasPadamSuci dalam debu
PadamAhaaaahahahahahahaahahhahahhahahahahahahahahahabababab.....ayu la sgt!! Phuuiii
BalasPadampaling kurang ada si mawar yang ayu kan...kan..kan
Padamok lah...faham
BalasPadamSalam. Sy silent reader awak. Sy bkn plu.. tp sy baca blog awak sbb sy ada kwn2 plu. Sy nak memahami mereka..nk kata bawa ke pangkal jln tu x berani la cuma selalu jd pendengar, dan bagi soalan2 yg buat diorg berfikir. Terima kasih atas ilmu2 dlm blog ini. Indirectly awak mengajar sy how to treat them sbg manusia biasa, dgn rasa hormat, tanpa prejudis. Setiap kali baca blog awak sy tak pernah lupa berdoa supaya Allah cekalkan hati dan semangat awak dan kawan2 semua. Semoga awak berjaya dlm perjuangan murni ini. InsyaAllah :)
BalasPadamAminn..terima kasih..
Padam