GNY=Program Getting To Near You 2013
Alhamdulillah telah selesai semua. Hikmahnya program ini diadakan seminggu sebelum ramadhan.
Program ini dihadiri oleh 20 orang peserta, peserta pelbagai latar belakang dan proffesion tetapi memegang satu label yang sama. Andai anda mahu melabelkan. Dan, niat yang sama. Mahu menuntut ilmu.
Penceramah terdiri dari Ummie Ros (Raudhatus Sakinah), NurSyuhada (Perunding Imej), Sifu Hanafi (Penceramah bebas, selalu di tv9 rancangan tanyalah Ustaz, dan sering mengadakan program bersama transgender), fasilitator-fasilitator dari Yayasan Ihtimam dan Ustazah Laila (Perunding Motivasi).
Diruang yang terhad ini (yelah fikiran dah sampai ke bazar ramdhan, lol) tak mampu aku nak rumus semua pengalaman yang telah ditimba dan tercipta antara kami disini.
Di program ini kami mengenali Ummie Ros yang penuh dengan sifat keibuan, banyak bercerita tentang pengalamannya menguruskan Raudhatus Sakinah, brkongsi ilmu tentang ukhwah dan persaudaraan didalam islam.
Perunding imej, Puan Suraya menyebabkan kami faham betapa indahnya seorang wanita itu, menambah pengetahuan kami yang terdiri dari pecinta wanita.
Sifu Hanafi menyentak kami dengan kepentingan alfatihah, menyelusuri diri kami untuk lebih mengenali diri, menilai diri yang fitrahnya adalah hamba Allah dan mempunyai pelbagai latar belakang yang menjadikan kami siapa hariini. Tiada pengalaman yang sia-sia termasuklah kisah seorang peserta yang memancitkan tayar gurunya, kemudian diberi idea untuk membaling telur busuk dan juga kisah seorang peserta yang dibesarkan didalam keluarga islam, namun kemudiannya memeluk buddha dan kristian, akhirnya kini kembali kepada Islam.
Fasilitator-fasilitator memberi penerangan tentang asas ibadat seperi taharah, rukun wudhu dan solat. Soalan demi soalan menjadi topik hangat perbincangan, apa sahaja, apa sahaja hinggalah kepada dilema kami sebagai PLU antara kewajiban mandi wajib selepas bersihaqah dan meladeni nafsu. Moga kami berjaya berjuang untuk tidak lagi melakukannya. Kemudian praktikal solat dan juga wudhu di surau.
Akhir sekali adalah slot bersama Ustazah Laila yang dikenali sebagai ustazah paling cantik. Seorang perunding motivasi. Berkongsi dengan kami bahawa hidup sebenarnya bukanlah ujian, tetapi adalah pilihan yang didatangkan dari Allah.
Tidak lupa juga slot sharing as PLU, kami berkongsi pengalaman suka duka sebagai orang-orang senget. Bagaimana kami bermula, bagaimana kami menyedari naluri ini wujud, pelbagai cerita benar yang amat berharga. Hinggakan tak sedar kami hampir menghabiskan beberapa dulang sandwich dari pihak hotel. Dari jam 11 malam hingga ke 3 pagi. Dan pastinya setiap cerita sekadar untuk kami yang mula membina ukhwah dan saling baru berkenalan.
Banyak pengalaman dan ilmu yang ditimba. Dan pengalaman pertama terlibat dalam program yang melibatkan PLU dan orang-orang straight pastinya sekadar mimpi andai mahukan kesempurnaan. Setiap cabaran adalah peluang untuk memperbaiki diri.
Pertembungan golongan agamawan dan PLU pastinya memberi banyak ruang dan peluang untuk saling sama mengenali.
Dan dari program ini juga akan terhasil kelompok kecil perbincangan ilmu dan bersama-sama lagi ke taman-taman syurga. Inshaallah.
Ada rezki, jika ada pihak lagi yang sudi menaja, inshaallah program ini akan diadakan lagi. Kepada urusetia dan penaja yang kupilih untuk meng anonymiti kan mereka, sungguh hanya Allah mampu membalas pahala kalian, dan moga sentiase berusaha mendidik kami untuk berdakwah dan mengikut jejak kalian.
Segala puji bagi Allah. Alhamdulillah.
Selamat menyambut Ramadhan, moga ramadhan ini hijrah, moga ramadhan ini kita dikalangan yang dirahmati.
Note: Group FB Jalan Pulang PLU telah pun dijadikan secret group demi menjaga identiti group dan kerahsiaan ahli-ahli, sekiranya ingin menyertai, sila email saya. Terima kasih.
ustazah laila tu memang sangat cantik..
BalasPadambetul, tiada keraguan
PadamCiter pancitkn tya pn ada? Uhuhu...
BalasPadambanyak citer lagi, tapi takleh appear, hahaahah
Padamsudah pergi tempat tersebut.jin lelaki sudah danny (daniyah -nama sebenar) buang.bila keluarkan jin dalam badan saja.rasa panas badan saja.jin tersebut adalah jin hantaran kata ustaz.danny cubalah jadi perempuan tapi danny suka kot jadi pengkid.tak yah memasak,mengemas rumah dan sebagainya (apa perempuan buat kerja).tapi danny ingin melawan nafsu songsang ini.mgda,danny mengucapkan 'mgda,bangun sahur'.dan 'selamat menyambut bulan ramadhan'.
BalasPadamSorry to say tapi saya rasa kerja rumah macam memasak, mengemas rumah dsb bukannya kerja yang perlu difokuskan utk perempuan saja. Tak faham kenapa perlu dikaitkan perempuan saja dengan aktiviti seperti itu.
PadamSorry, I'm a feminist.
dalam kebanyakkan perempuan wat gitu wehh...hanie.awak tak wat ke?hmm..awak puasa tak?
Padamdanny, maaf saya bertanya, bagaimana dengan solat Danny?
Padamdanny, saya setuju dengan hanie x, so kalau kena tinggal seorang dan semua kena buat sendiri, danny dah bukan pengkid ?
Padamtanak buat kerja rumah smeua tu, bukan alasan untuk menjadi pengkid, tu alasan untuk bermalasan.
Alhamdulillah. Everyone regardless who they are themselves, is really blessed for seeking Allah and knowing that they are no longer alone.
BalasPadamWe never alone, ALLAH with us, but Allah encourage us to convey Islam in a group.
Padampengakuan benar:dulu i lesbian,sekarang insaf dah.sebab dulu temubual dengan org-org mastika.kenal tak?siapa org-org mastika???iaitu sahidan jaafar.i merasa pelik.kenapa golongan LGBT termasuk dalam majalah mastika.ini sangat berasa benci tau.lagi-lagi pada january 2012.majalah mastila menyiarkan tentang lesbian dengan dihadapannya bertulis:awas!lesbian tunjuk taring (pada january 2012).i rasa sempati & plus2 rasa malu dengan diri sendiri.dulu,pengkid + lesbian.sekarang,muslimah sejati dengan amalam2 solat 5 waktu tau.
BalasPadamsyukur,disebabkan itu awak.bertaubat.tapi bagi D bertaubat nak ingin berubah ini susah.lagi2 D sudah kawen 2 years ( termasuk tahun ini).D benar-benar sayang dia.D bersama isteri sudah mengambil anak angkat untuk hubungan songsang ini.
Padamp/s:insya-ALLAH,kalau ada seorang seorang lelaki yg islam & baik ilmu agamanya.D nak dia bantu D.balik ke pangkal jalan & bersegera bertaubat.
weh..danny,awak nak patah balik ke?ingat tau kaum nabi lut.iaitu golongan lgbt.kita tak boleh bangga2kan golongan ini.kita pun nak segera bertaubat.dengar sini danny yg degil,walaupun awak sudah beristeri tapi awak tetap perempuan & tak dapat awak menukar wajah awak sebagai lelaki.kalau awak sudah tukar suara awak,penampilan awak,alat kemaluan awak.tapi i nak tanya,awak bangga ke jadi pengkid???awak orang tue beragama islam.tolonglah hee...awak sepatutnya,berterima kasih kepada ALLAH kerena lahirkan sebagai perempuan.tapi awak ubah diri awak sebagai lelaki.dalam malaysia ini bangak sudah hee..golongan lgbt.bukan malaysia saja hee~tapi di indonesia.yang menyedihkan ada pasangan lesbian yang sanggup menikah secara islam hee~
Padamsaya terlihat vedionya di youtube.ohh,yang lagi satu,kalau nak simpan gambar kat youtube,pakailah tudung.tutup aurat sikit hee~gambar kamu yang jahanam (jadi pengkid) tu,elok-elok hee~nak pesan buat kali terakhir.pengkid tak segagah dibadingkan dengan lelaki.kalau kamu-kamu nak jadi lelaki,kamu meatilah be keje keras bukannya keje ngajat perempuan jee.tolong abah ke?joran sebelah ke?ini tak?berkurung saja.so,renung-renungkan dear master danny aka pengkid...
anon, saya tak pernah ongat dengan detail versi edisi mastika, atau awak kah pengarangnya.haha.
Padamanon,why my sense telling me you are straight..and a guy.
Padamhee~ saya bekas pengkid lah...ada saya ceritakan semuanya kepada orang2 mastika itu...dulu,saya jadi pengkid ingin memuaskan songsang saya.semua saya kebas,sama ada tomboy,pengkid,lessy,feminim,cross player,boyish &tom girl...
Padamsekarang dah insaf dah..sekarang dah tunang...
* memuaskan nafsu*
Padammaaf hee~ ketinggalan....
to Danny, buat semuanya kerana Allah, DIA akan tunjukkan jalan.
BalasPadaminsya-ALLAH ^^,
Padamhey anon,awak bekas peng rupanya..segala awak sebut tue takde dalam senarai saya.yang ada.iaitu perkahwinan sejenis jee.muka cam pakwe,ada ke?sorry,lambat replay cuz have finish honeymoon with my wife.
BalasPadamrasa nak marah saja hee~
Padamok!one more time again -,- '
DANNY AKA PENGKID AKA LESBIAN,DENGAR SINI BAIK2:
1)awak bangga ke jadi pengkid? ( takde jawapan yg diberikan?) -,- '
2)ADA LAH,MUKA PENGKID CAM LELAKI (iaitu zee from thailand * search at youtube or goggle* & dalam 5-6 orang pengkid di malaysia.
3)danny,awak ceraikanlah.kekasih sejenis awak tue.i rasa...awak sepatutnya berubah jadi wanita sejati.baru your family happy.ini tak -,- '