Bila aku melihat seminar-seminar yang diadakan oleh orang-orang lurus ni, kadangkala aku rasa kesian. Sedih pun ada. Matlamat tak sampai dan sekadar semakin memburukkan keadaan.
Bila seminar kesedaran ni sekadar memberitahu kewujudan, bagaimana mengenal pasti, memberitahu tentang kisah nabi lut..
Itu semua sekadar menambah kebencian golongan lurus terhadap kami. Dan bila kebencian dihadapi dengan kebencian, ianya sekadar menambah jurang. Dan akhirnya golongan kami makin jauh bersembunyi dan dalam masa yang sama semakin kuat.
Buat golongan kami yang menerima naluri ini dengan bangga dan merasakan Allah pasti memahami kemungkaran yang mereka buat, seminar-seminar sebegini akan sekadar menjadi alat untuk membina tembok yang lebih kukuh.
Ya, saya muslim, saya gay. Maaf. Aku menolak itu sekerasnya andai kau julang slogan itu dengan bangga.
Saya Islam, saya tahu naluri saya sekadar ujian. Noktah. Itu untuk aku. Untuk kalian aku percaya kalian boleh memilih jalan kalian.
Sayang aku tidak boleh menghadiri seminar ini kerana kekangan kerja. Walaupun tidaklah aku setuju dengan seminar ini.
Satu hari nanti aku percaya sesuatu harus dilakukan.
Elemen yg dilupai ramai bila berdakwah / bg nasihat iaitu kasih syg
BalasPadambenar, kasih sayang...bila aku tanya..kenapa tak panggil those yang PLU..depa kata...nak tengok pun malu. then? tu nak kenal..haha..lawak
PadamMacam tak ikhlas berdakwah....patot contohi dakwah cara rasulullah saw
Padamtakpelah....tiada siapa dapat mengukur keikhlasan walau kadangkala ia boleh dirasa. namun itulah daya mereka dari orang-orang yang straight.
Padam