Pada 8-10 November yang lepas JAKIM dan Persatuan Sinar Sofia telah menganjurkan program Kem Islah Mahabbah, dimana Penceramah Jemputannya adalah Ustaz Hanafi Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai SIfu Hanafi. Aku hadir sebagai salah seorang ahli Positive Warrior dan membawa beberapa orang peserta.
Program ini banyak memberi pengalaman baru bagi aku. Seperti biasa, program yang dianjurkan oleh JAKIM dari unit KSK (Keluarga, sosial dan komuniti) adalah untuk mencapai golongan komuniti terpinggir, iaitu didefinisikan sebagai golongan yang tidak berjaya dicapai oleh Institusi Masjid. Kebiasaanya terdiri dari PLHIV, IDU (intravenous drug user), LGBT dan sebagainya. Banyak pengalaman yang aku timba sepanjang menghadiri program ini, Jujurnya aku masih baru dengan rakan-rakan exIDU. Dan kali ini, peserta program tidak dimajoriti oleh mana-mana golongan peserta, kerana ia juga melibatkan beberapa peserta wanita dari pelbagai NGO.
Slot Sifu Hanafi dibahagi kepada dua. Kedua-duanya adalah tayangan video yang memberikan kesedaran kepada para peserta. Satu adalah tentang keagungan tuhan menciptakan manusia, dan seluruh alam, peserta dapat melihat dari sekecil sel didalam badan hinggalah seluruh galaksi bima sakti dan galaksi lainnya sebenarnya didalam genggaman tuhan yang maha pencipta. Slot kedua adalah tayangan video berkaitan sakaratul maut, maut yang menjemput dimana-mana, sesiapa sahaja.

Sifu Hanafi, kanan sedang menjamu selera dengan pegawai JAKIM. (sebenarnya, telefon bimbit aku baru kena reformat, semua gambar hancus, jadi..agak hilang bahan nak bercerita disini) |
Slot Sifu Hanafi dibahagi kepada dua. Kedua-duanya adalah tayangan video yang memberikan kesedaran kepada para peserta. Satu adalah tentang keagungan tuhan menciptakan manusia, dan seluruh alam, peserta dapat melihat dari sekecil sel didalam badan hinggalah seluruh galaksi bima sakti dan galaksi lainnya sebenarnya didalam genggaman tuhan yang maha pencipta. Slot kedua adalah tayangan video berkaitan sakaratul maut, maut yang menjemput dimana-mana, sesiapa sahaja.
Kem ini menemukan aku dengan insan-insan istimewa yang bergelut dengan ujiannya masing-masing. Dadah, stigma dan prejudis, semuanya sekadar ujian hidup.
Sebenarnya, kem-kem sebegini yang banyak menguatkan aku. Membuatkan aku sibuk dengan sesuatu. Dalam hidup aku, aku lemah dengan nafsu, nafsu pada perempuan. Dan aku sangkakan, tiada ubatnya. Tapi Allah tunjuk, bila buat sesuatu ..benar kerana Allah, Allah takkan sekali meninggalkan. Mungkin Allah taklah segedebuk bagi ubatnya pada aku. Tapi perlahan-lahan Allah ajar aku melihat dunia dari sudut yang berlainan. Melihat betapa hidup ni sekadar mengurus ujian, dan setiap ujian itu ada penyelesaiannya.
Yang tengah pegang cawan tu, macam kenal aje?
BalasPadamHeeee ^_^