Halaman


Sabtu, 30 November 2013

F Cinta platonik aku



Sedari kecil aku sering rapat dengan rakan-rakan PLU lelaki, kerana aku tak betah bersama lelaki-lelaki straight yang kasar dan kadangkala memandang aku sinis.

"Woi sedarlah kau tu pompuan, pergi balik lipat kain!"

Kau pernah dengar ni, masa kau masuk main bola, jadi goal keeper, masa tu aku rasa nak terajang-terajang dan pijak-pijak zakar lelaki lurus tu sampai hancur, sungguh.

Jadi, aku lebih gemar berkawan dengan rakan-rakan lelaki yang lembut. Dengan kawan perempuan pula, juga ada yang tak faham aku, diaorang sibuk bergosip tentang Back Streeet Boys la, apa jadah haram lagi. Masa tu, yang member-member yang pengkid pula, kerjanya cari gaduh saja, memekak sana sini (maaf realiti, ahh hormone testorane kita sedang memberontak waktu itu, zaman remaja, kalau tak pernah bertumbuk, ahh tak macho la!), tapi kadang-kadang aku ikut belakang juga. Tapi biasanya aku dengan dunia aku sendiri. Dan bersama rakan-rakan lelaki yang lembut, sering buat aku selamat.

Dan aku pula, umpama magnet pada rakan-rakan tidak straight ini. Sejak sekolah, hingga zaman kerja, akan ada yang menjadi side kick aku. Ya, hingga aku pernah berkahwin dengan salah seorang darinya.

Apa itu cinta platonik?

Cinta platonik adalah cinta tanpa nafsu, tanpa tarikan seksual. Kalau dalam dunia hetero, ianya adalah antara lelaki dan perempuan, dan bagi orang-orang hetero, ianya hampir mustahil. Namun bagi PLU, ini adalah cinta paling suci. Tanpa nafsu. Dan amat biasa terjadi.

Aku bertemu F, awal tahun ini, kalau tak silap aku. Dan bagai magnet, kami mula selalu bersama kesana-kemari, dan apatah lagi, dia tahu perjuangan aku dan dia juga sedang mencuba untuk berubah, jatuh bangun, dan aku berdoa moga dia akan terus berhijrah. Aku sangat sayang F. Sumpah. Dan ianya dalam cinta amat Platonik.

Dimata aku, F jujur, walau bergelumang dengan dunia yang kadangkala lebih banyak melukakan. Kadang-kala bila F mula berstylo dan melirik-lirik manja pada lelaki-lelaki yang taste nya, aku mula ketawa. Sebab aku faham. Aku faham, bagaimana aku dulu pun, selalu sangatlah cover macho atau buat-buat macho bila rasa perempuan didepan aku tidak lurus dan aku mula berkenan.

Aku dan F boleh berbual 24 jam tanpa henti jika diberi peluang. Dia tak suka fast food, dia tak gemar tempat sejuk, dan dia tidak lokek membelanja aku andai kami bertemu. Dia tetap lelaki disitu. Dia tetap tahu, fungsi lelaki adalah menjaga perempuan disampingnya, walaupun perempuan tu tak macam perempuan.

Ada waktu kadangkala aku nak usap dan belai F, letak dipangku dan beritahu dia, aku doa dengan sangat, dia akan kuat dan menjadi seorang pejuang menempuh hidup yang sangat sakit, dengan seksualiti ini. Namun aku sentiasa sedar batas aku dan dia, walau kadangkala aku hampir terlupa tentang hukum pergaulan aku dan dia adalah sama dengan lelaki yang bukan muhrim.

Kerana, aku sangat sayang akan sahabat ini. Kalau dia perempuan, aku dah peluk dan usap air matanya.

F, aku tahu, hukum tetap hukum, dan apatah lagi, aku kemungkinan akan tidak solo lagi, dan orang-orang lulus disekeliling aku tidak dapat memahami kejadian cinta platonik plu. Kita akan tetap ditangkap khalwat kalau sebilik, dunia tidak akan faham.

F, doa aku untukmu, sama juga seperti semua sahabat-sahabatku yang berjuang, solo atau tidak, yang berlawan dengan keinginan, setiap detik dan setiap saat. Aku akan terus mendoakan kalian dalam usai solatku, temukan kami semua difirdausi. Dan aku akan terus bergerak dan berusaha untuk menyebarkan dakwah dan kekuatan ini. Walau apapun status aku nanti. Aku akan bergerak dalam kapasiti dimana aku berhak.

Sahabatku F, semua dan juga aku, berhijrahlah dengan ilmu bukan dengan emosi, macam pesan ustaz yang kudengar dari radio ikim.fm, ilmu ada dimana-mana, sama juga ujian ada dimana-mana. Dan segala halangan serta iblis-iblis sedang menunggu dan sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kembali. Aku yakin, iblis sangat cemburu dengan insan-insan yang bertaubat.

Kerana Allah amat mencintai hambaNya yang bertaubat.

Moga silaturahim hingga ke syurga! F, jaga diri, jaga hati, jaga iman, sayang!

5 ulasan:

  1. Salam...hi ...i feel so fragile skg ni u...lonely but fortunately i dun feel empty. I harap sgt i kuat nak hadap semua ni. Utk cari redha allah, i kena kuat 3 asas....jg solat, jg aurat & jg pergaulan..ya allah, aku merayu belas kasih-Mu. Aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin! moga ...selangkah kita mencari Allah..seribu langkah Dia menghampiri..

      Padam
  2. itu adalah perasaan yang tulus...terima kasih kerana memberi view tentang cinta plantonik ini

    BalasPadam
  3. Hai mg. Ada kadang kadang terasa nak cari you. Tapi I faham antara you dengan suami mungkin tidak ada rahsia. Jadi, I memilih untuk diam. Bukan I meletakkan suami you sebagai penganggu, jauh sekali membenci. Tapi..., perjalanan realiti ini sangat sedih sehingga kadangkala tidak mampu lagi berkata kata. Lalu walaupun rindu tapi tetap berdiam.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...