Persoalan ini selalu bermain difikiran aku. Aku pernah bertanya dengan seorang imam muda, bersama rakan aku. Kata ustaz tu, ujian seksualiti ini boleh jadi kedua-duanya. Naluri dan nafsu.
Katanya ramai beranggapan ia sekadar nafsu, disebabkan dah pernah mencuba lalu ia menjadi kenikmatan nafsu tersebut. Namun harus diingat, ada yang memang nalurinya sejak kecil dia punya keinginan pada jantina sejenis, sebelum ia mengenali bahawa itu adalah nafsu. Dan mereka ini dilahirkan dengan ujian itu. Tidak semua naluri boleh dihalalkan. Dan itulah perjuangan manusia dalam kehidupan, untuk ikut perintah Allah.
Aku bersetuju dengan pendapat ustaz ini. Teringat mereka yang bernalurikan naluri pedophile, dimana tempat mereka didunia ini? Dan kalau nak diikut banyak naluri luar tabii yang kalau tidak diurus dengan betul akan lebih memudharatkan.
Atas dasar itu bagi aku, tiada istilah exgay. Memang benar ada istilah I was gay. Iaitu pernah menjadi pengamal aktiviti ini, tetapi kemudiannya cuba untuk berubah. Perubahan yang terbaik adalah kerana agama. Seorang gay, kadangkala memang dilahirkan gay, andai dia berubah dia sekadar mengubah nafsunya.
Tidaklah mudah. Dalam waktu sekarang, aku sekali lagi sedang cuba menerima seorang lelaki dalam hidup aku. Segalanya serba kekok. Tak tahu bagaimana, perlukah bertemu, perlukah berhubung. Aku cuba untuk perhubungan ni jalan yang allah redha secara total. Dalam masa yang sama aku mudah ada perasaan tidak suka, dalam setiap hal. Mudah menyampah, ada semacam satu perasaan mual yang kadangkala datang tanpa diundang bila aku sedar aku sedang berhubung dengan seorang lelaki yang cuba untuk membawa aku berfikir tentang perkahwinan.
Dan paling sedih, kali ini. Lelaki ini tidak kenal sisi gelap aku.
Benar, mungkin dia tidak perlu tahu. Namun, itu menyebabkan dia tidak tahu..apa yang dia hadapi.
aku faham benar rasa ini.
BalasPadamterimas :)
BalasPadamkepada MGDA,
BalasPadamtahniah. mungkin tujuan awak buat blog ni utk luahan tp dlm masa yg sama awak jdi inspirasi buat yg masih mencari arah yang betul. Saya harap awak tak berhenti di pertengahan jalan. Doakan utk saya, in fact doakan utk kami semua yg dh tersasar sbb awak x tahu betapa kami perlukn segala jenis bantuan yg ade utk berubah.. ternyata bukan senang nk berubah rupanya... So tahniah dan... ya good luck sister! :)
bantuan ALLAH paling hebat :) inshaalllah ..selalu sy doakan
Padam