Halaman


Rabu, 2 Oktober 2013

Kadang-kadang..

Kau tahu,
Kadangkala, aku selalu membela orang-orang straight dimata kawan-kawan ku. Kadang-kadang kataku, sabar, mereka tak faham. Kitalah yang harus menjadi orang yang berjiwa besar. Memaafkan dan melupakan.

Dan kadangkala,
Kau tahu,
Kadangkala aku jua tewas, kerana orang yang mengkhianati itu adalah orang yang aku percaya.

Kau tahu, bila ada orang luar buat silap, tidak faham sensitiviti kami, kadangkala aku cuba memahamkan, tapi ada detik waktu, aku terpaksa telan, mereka tidak faham kerana mereka tidak diuji sedemikian. Begitu juga aku tidak faham kesengsaraan orang diuji dengan ujian yang tidak pernah aku lalui.

Kadang-kadang ada rasa mahu mengalah.

Pergilah, pergilah kembali kedunia mu. Mereka memang tidak faham, apalah yang kau harapkan. Dan kadangkala terasa pedih kerana bila melihat diwajah orang-orang lurus itu seolah mereka dah amat memahami.

Kadang-kadang, hati kau berkata, sudah-sudahlah membela mereka yang tak perlu pun kau bela. Tak perlulah mendesak mereka yang bersamamu untuk menerima orang-orang yang gagal memahami.

Terima sahajalah, hanya PLU yang memahami PLU.

Entah apa yang kau minta. Entah apa yang kau ingin. Entah apa yang kau harapkan. Perlu sangatkah kau terhadap mereka. Hidup sahaja nafsi-nafsi, peduli sahaja apa yang perlu peduli. Mereka tidak pernah menerima kau pun sebenarnya.

Kadangkala sukar nak menilai kejujuran atau sekadar topeng. Terlalu sukar. Apatah lagi, orang seperti kau yang lurus hati dan mudah dipermainkan. Kelurusan mu pun selalu dipersenda.

Kembali sahaja kepada orang macam kau.

Ah, dunia ini pun bukan lama sangat. Tidak perlu berharap apa-apa. Pergantungan hanya pada yang esa. Dilahirkan dengan naluri yang cacat dan cela dimata mereka. Berjuang sahaja apa yang perlu. Tak perlu berjuang untuk membela orang lain.

Kenapa kawan?

Ah dunia ini terlalu kecamuk. Penjara. sungguh penjara.


6 ulasan:

  1. Tidak perlulah risau tentang apa yang orang lain fikirkan.

    "Cukuplah Allah sebagai penolong bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung."

    Asalkan apa sahaja yang saudari lakukan itu tidak akan membuat Allah marah, itu sudah mencukupi, insyaAllah. Teruskan usaha saudari! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, sebagai manusia biasa, kadnagakala perasaan lemah dan marah itu datang. tapi lepas tu ...bila reda.,..baru sedar..takde apa pun sebenarnya,

      Padam
  2. Perhaps it's time to focus to your own self. And not others' perception. Because in the end, what matter is God's judgement.

    BalasPadam
  3. Tapi, pernahkah kita tanya diri kita.... kenapa mereka berfikir seperti itu.... kenapa kita juga tidak cuba memahami apa yg mereka faham...... hmmmmm, berfikir dan terus bfikir..... kata2 utk diri sendiri juga.... sbb aku pun kdg2 tdk faham apa yg bff mahu wpun telah lama kenal dan tahu hati budi.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak kaali tertanya, tapi..memang tak siapa dapat memahami diri sesiapa sbenarnya

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...