Jarang aku tulis mengenai program-program yang aku pergi. Alasannya kerana aku takut identitiku terbongkar. Ya, itu sahaja. Kerana itu juga aku jarang menulis terperinci tentang apa yang aku lalui. Dan itu juga melindungi aku daripada memberitahu kalian tentang kehidupan aku.
Baiklah, mulai entri ini, aku akan catatkan kehidupan aku, dimana MG sekarang. Diruang kehidupan mana dia berada. Yang telah lepas adalah yang lepas, terpulang pada kalian ingin menghakimi.
Pada 18-20 hb, aku mengikuti Program Segugus Harapan dan Setitis Kasih. Kebanyakan peserta adalah bekas penagih dadah, yang kini telah pun dirawat menggunakan kaedah pengambilan methadone. Dalam program ini, terdapat dua ceramah utama. Satu ialah Perspektif Islam dalam menangani HIV yang disampaikan oleh Dato' Dr Faisal sebagai wakil dari JAKIM. JAKIM telah mengeluarkan naskah Manual HIV untuk diedarkan kepada masyarakat dan para agamawan, khusus menyampaikan maklumat yang tepat mengenai HIV dan juga mendedahkan masyarakat tentang tanggungjawab menentang stigma dan prejudis yang sentiasa perlu dihadapi oleh PLHIV. Buku ini boleh didapati di JAKIM yang berpejabat di Putrajaya.
Ceramah kedua adalah dari President PPWM (Pertubuhan Positive Warrior Malaysia) , memperkenalkan Pertubuhan Positive Warrior itu sendiri dan juga menerangkan tentang stigma yang dihadapi oleh insan-insan yang terkesan oleh HIV, cara-cara jangkitan HIV dan perkongsian pengalaman hidup beliau selepas diagnosed. Sharing beliau sebagai PLHIV sendiri banyak membuka mata peserta bahawa HIV ini hanyalah virus yang sebenarnya tidaklah memberi kesan buruk pada kehidupan dengan rawatan betul, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh media sebelum ini.
Slot yang lain adalah outdoor dan juga LDK pada hari terakhir. LDK adalah mengenai plan tindakan yang meminta kami untuk merancang program. Setiap kumpulan diberi golongan sasaran seperti, Sex workers, Gay, Penagih Dadah dan PLHIV.
Kumpulan aku diberi tajuk Sex Workers, satu tajuk yang baik dan aku rasa, lain kali aku kena volunteer untuk present agar aku dapat menyampaikan idea dan pendapat aku lebih baik, tidaklah menyimpan rasa tidak puas hati hingga pulang program. Haha,
Sebenarnya, apa yang aku belajar dari program ini, adalah pendedahan kepada bekas penagih-penagih. Dimana aku lihat mereka mempunyai displin yang tinggi, solat jemaah, hampir semua hadir. Dan mereka juga telah biasa sharing dengan ahli kumpulan tentang pelibatan mereka dengan dadah, jujurnya kebanyakan mereka boleh pergi jauh lebih dari orang lain yang kononnya jauh lebih sempurna akhlaknya. Pengalaman mereka di CCRC ( Cure & Care Rehabilitation Centre ) yang dulunya dikenali sebagai Pusat Serenti. Menyebabkan mereka lebih berdisplin.
Aku pernah mendengar orang berkata penagih dadah tegar ini, harusnya hanya dicampak ke laut sahaja, kerana tiada apa yang menghentikan ketagihan mereka. Dan pendapat ini ternyata salah. Barisan urusetia yang juga bekas penagih dadah memberikan komitmen yang tinggi, dan jika dilihat wajah-wajah peserta, ada yang wajah mereka lebih bersih dari orang yang biasa aku temui. Seorang dua dari mereka memperlihatkan perwatakan pembawaan jemaah tabligh, membuktikan mereka benar-benar berubah.
Baiklah, mulai entri ini, aku akan catatkan kehidupan aku, dimana MG sekarang. Diruang kehidupan mana dia berada. Yang telah lepas adalah yang lepas, terpulang pada kalian ingin menghakimi.
Pada 18-20 hb, aku mengikuti Program Segugus Harapan dan Setitis Kasih. Kebanyakan peserta adalah bekas penagih dadah, yang kini telah pun dirawat menggunakan kaedah pengambilan methadone. Dalam program ini, terdapat dua ceramah utama. Satu ialah Perspektif Islam dalam menangani HIV yang disampaikan oleh Dato' Dr Faisal sebagai wakil dari JAKIM. JAKIM telah mengeluarkan naskah Manual HIV untuk diedarkan kepada masyarakat dan para agamawan, khusus menyampaikan maklumat yang tepat mengenai HIV dan juga mendedahkan masyarakat tentang tanggungjawab menentang stigma dan prejudis yang sentiasa perlu dihadapi oleh PLHIV. Buku ini boleh didapati di JAKIM yang berpejabat di Putrajaya.
Ceramah kedua adalah dari President PPWM (Pertubuhan Positive Warrior Malaysia) , memperkenalkan Pertubuhan Positive Warrior itu sendiri dan juga menerangkan tentang stigma yang dihadapi oleh insan-insan yang terkesan oleh HIV, cara-cara jangkitan HIV dan perkongsian pengalaman hidup beliau selepas diagnosed. Sharing beliau sebagai PLHIV sendiri banyak membuka mata peserta bahawa HIV ini hanyalah virus yang sebenarnya tidaklah memberi kesan buruk pada kehidupan dengan rawatan betul, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh media sebelum ini.
En. Mohamad bin Wahid, Presiden Pertubuhan Positive Warrior |
Kumpulan aku diberi tajuk Sex Workers, satu tajuk yang baik dan aku rasa, lain kali aku kena volunteer untuk present agar aku dapat menyampaikan idea dan pendapat aku lebih baik, tidaklah menyimpan rasa tidak puas hati hingga pulang program. Haha,
Sebenarnya, apa yang aku belajar dari program ini, adalah pendedahan kepada bekas penagih-penagih. Dimana aku lihat mereka mempunyai displin yang tinggi, solat jemaah, hampir semua hadir. Dan mereka juga telah biasa sharing dengan ahli kumpulan tentang pelibatan mereka dengan dadah, jujurnya kebanyakan mereka boleh pergi jauh lebih dari orang lain yang kononnya jauh lebih sempurna akhlaknya. Pengalaman mereka di CCRC ( Cure & Care Rehabilitation Centre ) yang dulunya dikenali sebagai Pusat Serenti. Menyebabkan mereka lebih berdisplin.
Aku pernah mendengar orang berkata penagih dadah tegar ini, harusnya hanya dicampak ke laut sahaja, kerana tiada apa yang menghentikan ketagihan mereka. Dan pendapat ini ternyata salah. Barisan urusetia yang juga bekas penagih dadah memberikan komitmen yang tinggi, dan jika dilihat wajah-wajah peserta, ada yang wajah mereka lebih bersih dari orang yang biasa aku temui. Seorang dua dari mereka memperlihatkan perwatakan pembawaan jemaah tabligh, membuktikan mereka benar-benar berubah.
Terlalu banyak yang berlaku dalam tempoh setahun kehidupan aku setelah aku menyertai Positive Warrior. Setiap pengalaman membuatkan aku lebih menghargai kehidupan.
Terbaik!
BalasPadamTruskn pkongsian positif mmbntu msyarakat.
Stitis kasih sgugus harapn kn?
Bkn sgugus hrpn stitis kasih... :p
Inshaallah..akan sentiass menulis. Dan sdgnmncuba utk yerus positive. Tajuk saya betuller.hehe
BalasPadam