"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Selasa, 7 September 2010
Qadar
Jika malam ini malam lailatul qadar, malam inilah dimana tuhan menulis Qadar kita, ketentuan kita. Perancangan tuhan adalah yang paling lengkap dan paling sempurna. Pernah tuhan berfirman:-
"Jika tidak mahu menerima takdirku, carilah tuhan yang lain"
Keras kan? Sebab Allah nak ingatkan yang kita ni hamba je. Kita datang didunia ni tanpa apa, kosong dada kosong segalanya, tapi bawa pulang menemui tuhan dengan pahala dan dosa.,
Ah, malas pula aku sebab blog ni dah berbaur ceramah agama pula.
Aku pernah mengalami saat yang buruk, saat aku fikir tuhan tu dah benci pada aku, dah tak mahu melihat aku, lalu aku lakukan segala yang haram, tapi dalam hati aku merintih, tuhan, adakah aku akan mati dalam keadaan begini? Dan kemudiannya tuhan keluarkan aku dari lembah tu, saat hati aku dah pecah kerana kecewa. Tapi tuhan ada perancangannya.
Kadangkala tuhan beri kita keliru, sampai kita merintih minta petunjuk, dan kadangkala bantuan tuhan tu amat lambat sekali, hampir kita dah putus asa, tapi kita merintih lagi, sebab kita percaya, tiada siapa yang Maha Kuasa selain Dia. Dan kemudian tuhan kabulkan doa kita, entah 5 atau 6 tahun kemudiannya, mungkin kita dah lupa pun dengan permohonan kita, mungkin kita dah puas merajuk, dah membentak-bentak, malah mungkin dah terpesong hati pula. Saat tu tuhan makbulkan doa kita, umpama kita dah hilang kad pengenalan, dah kena tangkap polis dan disangkakan pendatang asing, dah kena masuk lokap, atau mungkin dah hampir dihantar ke tempat tahanan sementara, tiba-tiba, polis kita mereka dah jumpa kad pengenalan kita. kita bebas! Kita bebas, kita boleh telefon mak ayah, kita boleh pergi toilet bersih, kita boleh tidur atas tilam empuk dan paling best, kita boleh melayari facebook kembali.
Rasa bebas seolah bertemu barang hilang yang paling kita cari. Masa tu kita akan rasa bahagia, semua air mata seolah tak pernah wujud, semua derita seolah luput.
Allah nak beri kita kegembiraan itu!
Dan Allah nak kita selalu meminta pada Dia. Allah tak pernah jemu, Allah tak pernah menyampah tengok muka kita, tak macam kita nak minta kelulusan projek dari YB Ali Rustam ke (contoh je), sekali dua dia okay lagi, bila dah selalu sangat, silap-silap kena halau dengan setiausahanya.
Tapi Allah tak begitu! Makin kita minta makin Dia sayang pada kita. Percaya pada Allah, redha, dan tawakkal, pada yang diluar kemampuan kita, Allah akan beri yang terbaik.
Berlapang dada lah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
thanks hamzah, sudi singgah.
BalasPadam