Halaman


Jumaat, 24 September 2010

Dadah terlarang


Aku rasa blog aku serius sangat, I mean literally serius, taklah serius macam obefiend yang serius menghiburkan. Tapi serius macam berkhutbah. Aku sedar bukan tak sedar, tapi blog ni sebenarnya cerita tentang apa yang aku fikir, dan selalunya aku tulis sebagai peringatan buat aku.

Tajuk kalini dadah terlarang, lagi serius maut. Tapi aku nak luah apa yang aku fikir. Bagi aku dadah yang paling tegar bukannya DADAH, tapi DADA, hahaha. Sebenarnya aku nak maksudkan seks. Ye S.E.K.S atau bahasa penjajahnya S.E.X yang diluar nikah, atau secara terusnya islah zina.

Zina itu nikmat dunia yang terlarang. Bila sekali kau dah merasa, kau akan gian, dan selalu berfikir pasal benda ni, dua puluh empat jam. Dalam jaga dan juga dalam mimpi, kau akan fikir benda ni. Dalam jaga kau boleh kawal lagi, bila dalam tidur memang punah, dah tak boleh kawal, faham-fahamlah apa yang terjadi bila kau bangun.

Kau ingat semua orang yang pernah berzina tu gembira? Gembira pernah berzina, dah rasa nikmat dunia yang terlarang, yang haram. Tidak kawan. Ada antaranya yang derita, siang malam merintih, minta otak ni lupakan perkara tu, kalau boleh minta otak ni berhenti, memang dah minta dah. Semua benda didepan mata boleh mengingatkan kami kepada dadah ni.  Dan kalau tutup mata pula ada saja dalam fikiran.

Sebab tu, hukum kepada zina adalah rejam bagi yang dah berkahwin, dan sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin. Ya, tuhan. Kerana dengan hukuman tu, dosa penzina itu tadi telah tertebus dan mereka menjadi suci lagi bersih dari dosa tersebut, dan juga menghapuskan derita hati si penzina. Dan andai si penzina menemui ajal tatkala mendapat hukuman tersebut (aku masih tak pasti kalau hukum 100 kali sebat akan hidup, tapi aku rasa 100 kali sebat ikut hudud yang sebenar, boleh je hidup.(rujuk sini). Dan yang dihukum rejam tu memang pasti menemui maut, sesungguhnya aku yakin pasti ada yang direjam tu amat bersyukur hukuman itu dikenakan.

Yang berzina, akan rasa nak berzina lagi..akan teringat nikmatnya, tapi...dalam masa yang sama..terfikir dosa yang dah bertampuk dalam kitab amalan.

Boleh gila beb, bangun pagi fikir..nak tidur fikir..dan masa tidur pun mimpi. Goshhh...kenapa hudud tak dijalan kan di Malaysia?

4 ulasan:

  1. ade ke org tak berzina these days? mau byk gile org nak kena rotan dari tukang rotan. kot2 tukang rotan pun kena rotan gak.

    how?

    BalasPadam
  2. tapi kalau dijalankan..orang lain akan gerun gak nanti..macam lah jugak benda bila berbayar..orang akan hargai..tak ambil mudah, kalau benda free selalunya orang ambil mudah.

    BalasPadam
  3. apa jadi bile lepas mimpi?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...