Dengar kata che det suruh buat pilihanra umum selepas hari raya. Dengar katalah, aku taktahulah sahih ke tak. Nampak sangat strategi kotor, kalau benar PRU selepas raya. Pekerja awam dah diberi insentif raya rm500 dan dijanjikan dengan bonus atau kenaikan gaji pada akhir tahun ni.
Kenapa perlu taktik kotor? Agaknya sebab tak percaya pada diri sendiri. Aku bukan pro pembangkang. Tapi aku dah semestinya juga bukan pro BN. Aku tak mengundi sebab aku tak percaya pada mana-mana ahli politik. Dan aku selalu percaya aku tak berseorangan, ramai golongan muda yang macam aku, kami tak mengundi, kalau mengundi pun sebab kena paksa, mungkin kamilah penyumbang utama undi rosak. Alah kau kecoh undi rosak, kau tak tengok undi pos yang sentiasa diragui? Kau tanya polis dan askar apa hak diorang mengundi? diorang takder hak, selagi polisi askar dan polis kena sokong BN, sampai mati pun negara ni tak adil.
Aku akan mengundi bila di kawasan aku benar-benar ada orang yang berkaliber, tak kisah lah parti bebas atau apa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan