Halaman


Isnin, 27 September 2010

Kenyataan buat sebuah kehidupan

Catatan pada 13 Ogos 2010

Tuhan..delusikah itu?

Sehari dua ni aku berfikir sesuatu. Aku menerima tentang sementaranya hidup ini, mati itu pasti. Namun kemana semuanya setelah mati?

Macbeth:To-morrow, and to-morrow, and to-morrow,Creeps in this petty pace from day to day,To the last syllable of recorded time;And all our yesterdays have lighted foolsThe way to dusty death. Out, out, brief candle!Life's but a walking shadow, a poor player,That struts and frets his hour upon the stage,And then is heard no more. It is a taleTold by an idiot, full of sound and fury,Signifying nothing.

Adakah benar selepas kematian itu adalah kosong? sirna? nill? Kalau hanya itulah kehidupan yang sekadar berakhir dengan kematian, maka sia-sialah segalanya, malah tidak perlu dilahirkan pun manusia ini. Dan kalau adanya kehidupan setelah kematian iaitu dialam barzakh, maka Islam itu benar, dan tuhan itu benar. Maka beragama itu adalah naluri sejati manusia. Tanpa agama, hidup ini sekadar berakhir dengan kematian. Kenapa susah berjuang dalam satu kehidupan kalau sekadar hanya bertitik noktahkan kematian. Pendapat atheis mengatakan hidup ini hanya satu amali sains, jadi apa penerangan sains tentang roh manusia? Roh manusia itu wujud, jika tidak semua manusia itu sekadar zombie, sekadar bernadi dan berotak tapi tidak tahu tentang rasa sayang dan cinta. Lantas siapa yang memastikan bumi tetap dipaksinya?

Pasti ada sesuatu..pasti ada sesuatu..pasti wujudnya tuhan. Pasti wujudnya pencipta, yang maha besar. Yang hanya satu, yang tidak beranak apatah lagi diperanakkan. Pasti ianya amat agung dan tidak memerlukan perantaraan. Tidak memerlukan berhala untuk diwakili.

Agama terbaik ialah Islam. Yang menerangkan terperinci kehidupan selepas kematian. Dan kehidupan itu kekal. tidak lagi ada kematian. Islam mengatakan, mati itu hanya sekali. Dan selepas ini akan dibentangkan beberapa kehidupan lagi, alam barzakh dan alam akhirat. Tiada agama yang menerangkan dengan terperinci tentang ni. Jangan sebut tentang kelahiran semula, ia akan menjadikan kehidupan ini sekadar lawak jenaka.

Jadi Islam itu benar? Lantas segala hukumnya benar? Dan Islam menyebut tuhan yang mencipta segalanya adalah Allah. Dan quran itu benar? Takkan mungkin Muhammad seorang manusia itu dapat menghasilkan quran. Mustahil!! Kerana Quran itu terlalu indah dan terlalu ajaib isinya, ia menerangkan segala misteri kehidupan, takkan mungkin dihasilkan oleh manusia..walau seagung mana pun dia!

Diakhirat kelak, kehidupan itu digambarkan sebagai kuda yang gagah dan tegap yang berada antara kehidupan dunia dan akhirat, sementara 'mati' itu pula hanyalah sekadar kambing hitam yang gemuk yang hanya menunggu untuk disembelih, kambing itu akan mati dan tiada lagi, tetapi kuda itu tetap gagah berdiri dengan empat kakinya. Saat itu golongan kafir akan resah dan tergamam, kerana kematian telah tiada, walau seteruk mana pun neraka, mati itu tiada, mereka tidak akan mati, mereka akan tetap diseksa. Seperti juga penghuni syurga bersyukur kerana mereka akan tetap hidup selama-lamanya disyurga dengan rahmat ALLAH.

Akhirat itu wujud sebagaimana mati itu pasti.Allah itu wujud sebagaimana rasionalnya wujudnya alam ini, dunia ini tidak terjadi sendirinya dengan segala zarah dan habuk, pasti ada sesuatu yang penciptanya. Pencipta itu adalah sesuatu yang amat agung, yang tidak mati, yang tidak dirperanakkan atau beranak, dan ia tidak perlu diwakili. Itulah Allah!!

Wahai aku, terimalah kebenaran itu. Islam itu benar dan mati itu pasti. Dan Allah itulah yang Maha Besar pencipta seluruh alam, dan Nabi Muhammad itu adlah pesuruh Allah!

Asyhaudu Allah illahillallah, muhammadur rasullulah!

ya, kenyataan ini pahit kerana, BENAR! HIDUP INI SEMENTARA! MATI ITU PASTI! DAN SYURGA ITU KEKAL!

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...