Halaman


Khamis, 16 September 2010

Melayu bodoh, cina makan babi, india penipu.


Semalam aku buka facebook ada tag dekat Ali Rustam pasal kes peguam yang terlibat dalam pembunuhan Susilowati. Komen-komen tentang peguam yang berbangsa India tu memang panas.


Kerana peguam ini berbangsa India lalu komen semua macam dah tiada tamadun. Okay, kalian mungkin akan kata, alah..kalau orang melayu pun , bangsa lain akan kutuk lagi teruk. Lantas itukah lesen besar kalian untuk ikut sama mengutuk? Kutuk perbuatan jahat itu adalah sesuatu yang benar, tapi bila kaliam kutuk bangsa si pelaku tersebut, nampak sangat kurangnya nilai moral kalian.

Eh, aku dah penat lah dengan sikap perkauman ni. Kalian yang beragama Islam dan majoritinya berbangsa melayu, kena hentikan dahulu benda ni, kalau kalian tu beragama Islam. Sebab kenapa? sebab Rasuullah yang menjadi junjungan kita tu dah ajar akhlak dengan orang yang bukan Islam. Orang Islam harus beri contoh terbaik, ini peringatan buat aku juga.

Kalian sedap-sedap kutuk India..cina, apa kalian tak pernah pergi Hospital dan dirawat oleh orang bangsa bukan melayu ke? apa kalian pergi sekolah semua cikgu tu bangsa melayu ke? tak pernah ada bangsa lain yang bersikap baik dengan kalian? Kalian persendakan bangsa dan kejadian mereka, apa bangsa kalian dan kejadian kalian tu baik sangat? Cuma iman saja menjadi perbandingan.

Dan pedulikanlah bangsa atau orang agama lain mengutuk kalian. Sebab kalian dah diberi nikmat iman, kalian ni khalifah, kalian harus jadi lebih baik dari mereka!

Hentilah!

2 ulasan:

  1. gua ingt lu nak rage ke hape la bro.. hahaha

    BalasPadam
  2. tak niat nak rage, tapi memang tajuk tu selalu je orang malaysia sebut, kan? ada yang cakap bertapis kira baguslah rasa sensitif lagi, tapi kalau berani cakap depanlah, atau pun tak payah cakap lansung, simpan je kat otak, baik ke benda yang nak cakap tu, betulke benda yang nak dimaki tu..sendirilah mahu pk. hehehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...