Ya, itu perlu dilakukan. Percaya pada takdir dan bergerak terus menuju kedepan. Bila dah tekad, yang tinggal hanya tawakal.
Apa-apa pun, ini adalah kehidupan, dan aku telah jerih dengan kehidupan ini, banyak telah aku lalui, dan aku banyak belajar terima diri sendiri.
Ada teman bertanya,bagaimana aku nak hidup dengan seseorang yang bukan aku cintai. Masalahnya sekarang ni kalau aku kata aku mencintai seorang perempuan dan aku tak boleh kahwini beliau dan beliau juga tidak percaya pada aku kerana aku berseutju dengan keputusan mengahwini seorang lelaki, bagaimana?
Ada orang kata juga, kalau tidak tahu apa yang aku mahu, jangan ambil semua yang didepan mata. Dah, aku dah buat keputusan ni, dan tiada apa yang mampu buat aku goyah, kecualilah kalau aku ada HIV ..lol. Tak mustahil juga tu. Sebab insan terakhir yang agak intim dengan aku adalah pengidap HIV positif. Kerana sayang dan kasihan, aku mendampingi dia. Tapi aku cuba mengelak apa yang perlu.
Dan apabila kami berhenti berhubung, aku jadi cuak..walaupun tiada hubungan seks, tetapi kami amat intim. Kemudian aku sedar, cukuplah..cukuplah. Jadi semalam, aku beritahu dia, kerana cinta yang dalam, aku tak boleh lagi bertemu dengan dia. Ya, dia memegang cinta aku yang terakhir.
Tiga bulan lagi aku akan jalani ujian darah untuk kesan HIV, ya, untuk perkahwinan ini dan juga untuk mengesahkan aku bersih dari virus ini.
Dan aku juga sedang belajar mengawal nafsu, jangan terlalu mengikut kehendak. Bolehkah rumahtangga aku berjalan lancar kalau nafsu dan cinta aku sebenarnya lebih mudah pada perempuan?
Ahh..bila telah tekad, yang tinggal hanya tawakal.
minta maaf cakap, sebab saya juga mcm awak, selagi awak bergaul dengan mereka dalam keadaan awak masih tidak kuat menahan nafsu, awak akan kalah. itu kebenaran. terpulang pada awak utk menjauhkan diri sehingga awak kuat kata tidak pada perlakuan lesbian lagi. mungkin ambil masa setahun, 2 tahun, 10 tahun, saya tidak tahu. saya terpaksa juga buat benda yg sama, terpaksa jauhkan diri bukan kerana jijik atau merasa diri bagus, tetapi mahu selamatkan diri kerana tahu saya belum kuat menahan nafsu dan godaan.
BalasPadambuatlah yg terbaik, bukan hangat2 tahi ayam. saya tahu susah, tapi, tiada benda yang mudah dalam hidup ini.