Kembara solo aku yang pertama haritu, banyak yang aku belajar, aku melalui saat-saat yang sukar juga sendirian. Dan aku sedar juga ramai lagi insan berhati emas..walau mereka hanya segelintyir dari manusia-manusia yang kadang-kala amat berhati batu.
Paling terkesan apabila aku melawat kawan se uni aku dulu. Antara kami tiada rahsia, Dia banyak meminta aku berfikiran positif dalam segala hal, dia kawan yang dulunya aku kenal sebagai seorang yang cemerkap, selamba, sempoi dan masa matriks dulu selalu ponteng kelas agama, dia kini punya syarikat sendiri mengendalikan 120 syarikat lain. Dan dia amat menghargai aku, melayan aku bagai tetamu diraja dirumahnya, segan pula aku.
"Tuduhan itu benar"
Katanya bila aku merungut yang tunang aku menuduh aku punya hubungan dengan teman serumahku. Dan aku tahu kata-kata tu tidak datang dari sebarang kawan, kawan yang ini adalah kawan yang mengatakan perkara itu benar walaupun pahit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan