"Along tak tahu apa yang berlaku..tak apalah biar saya simpan seorang"
Along mendesakku bercerita, tapi aku bual topik lain.
Its hurt when you no longer can share your life with others, not because you don't have someone, but you know its will be too much for them to share the pain.
Ditahap ini, aku benar-benar dah tak dapat fikir tentang cinta lagi. Hati aku dah bukan untuk sesiapa. Tapi apa yang aku lakukan adalah untuk orang lain. Untuk keluarga, untuk masyarakat.
I just want a sense of belonging, and life make me as a jokes.
Disini aku bentangkan, kenapa aku tetap tak mahu membatalkan perkahwinan yang dirancang itu.
Pertama, kerana aku sedar betapa keluarga amat ingin aku berkahwin, dan aku tidak kuat untuk melawan. Adik dah mula mengesyaki hubungan aku dan teman setidur aku. Aku tahu dia nak aku berhenti, demi tuhan, aku pun nak hentikan kalau aku mampu. Tapi setiap ujian yang datang, aku tak mampu untuk mengatakan tidak.
Kedua, walaupun lelaki ini sejujurnya mengaku padaku dia tidak pernah mempunyai keinginan seksual pada perempuan, namun sekurang-kurangnya dia tidak pernah melunaskan nafsunya pada lelaki. Dia lebih baik dari aku, yang telah berkali berzina dengan perempuan.
Ketiga aku dah bosan dengan kehidupan yang banyak menjuruskan aku pada benda-benda yang amat gelap, aku dah bosan pada semua perkara datang dan meranapkan hati dan iman yang hanya tinggal shahadah ini, shahadah dimulut. Dihati entah aku sendiri mungkin meraguinya.
Aku tahu kalau sekarang jantung aku berharap pada life support, aku memang takkan perjuangkan walau untuk sesaat lagi.
Segala yang datang meminta aku membuat keputusan yang amat menyakitkan, dan yang datang itu andai aku tidak letakkan keputusan, ianya akan menghancurkan aku.
Tuhan bunuh saja aku.
never give up! :)
BalasPadam