Halaman


Isnin, 24 September 2012

Ep 2: Seksualiti, lesbian dan biseksual.


Biseksual.
Adakah anda perempuan/wanita biseksual?

Sebenarnya, jika wanita, adalah agak sukar untuk memastikan anda adalah biseksual. Aku hingga sekarang pun masih ada 10% keliru tentang diri aku. Sejujurnya kalau aku melihat lelaki tidak berpakaian, aku tidak rasa apa-apa. Melainkan lelaki itu ada aura dominan. Ni masalah aku. Mungkin kerana aku dilahirkan berkecenderungan begitu. Tetapi, wanita ni ada satu kelemahan.

Sentuhan.

Sejujurnya, aku pernah tidak bertanggungjawab membuatkan seorang gadis straight menjadi biseksual. Kalau setahun dulu memang aku berbangga la, tapi sekarang benda ni jadi bebanan pada aku, nasiblah gadis tu tak mencari perempuan lain.

Biseksual yang sebenar adalah yang bernafsu pada kedua-dua jantina. Aku tak dapat terangkan nafsu pada lelaki, sebab sejujurnya nafsu aku amat kuat pada perempuan. Bila tengok perempuan, kalau kau orang nampak mata aku terpejam sekejap tu, maksudnya aku tengah kawal semangat kebangsaan lah tu. Kalau aku renung je lebih dari 2 minit, memang pastilah perempuan yang berpakaian depan mata aku tu dah masuk dalam pelukan aku, dah kena ratah, dalam kepala aku.(korang takkan jumpa aku in person kan,kan,kan..hehe).

Tapi sejujurnya aku pernah hampir kalah dengan sentuhan. Jadi aku tahu, aku juga ada naluri wanita, iaitu kalah dengan sentuhan. Pada tempat tertentu, Jadi sebenarnya, aku selalu rasa, lelaki yang mengahwini wanita lesbian, andai anda pakar dalam sentuhan, akhirnya wanita tu akan tunduk juga pada anda. Cuma, kena hilangkan rasa tidak selamat wanita itu pada anda.

 Jadi, soalan seorang pembaca samaada adakah dia seorang biseksual, setelah dia berkahwin kerana takut bergelumang dengan dosa, dan setelah berpisah dengan suaminya, dia kini menjalin hubungan dnegan seorang pengkid, jawapan aku senang je, anda mungkin bicurious.

Sekiranya anda, bersetubuh dengan pengkid tersebut, anda juga memainkan peranan, iaitu menyentuh kekasih (aku tak gemar nak sebut pengkid, sebab aku pun pernah baling kerusi sebab orang panggil aku pengkid) anda dengan nafsu, iaitu berkehendak kepada kekasih itu, bukannya sekadar ingin membalas setelah dia memuaskan anda, ya, anda biseksual. Tetapi andai, anda sekadar berperanan sebagai bottom, dimana dia yang amat berkehendak pada anda dan anda suka disentuh dan disetubuh oleh dia kerana kepuasan yang diberikan, jadi anda sebenarnya sekadar memainkan peranan wanita, anda bukan biseksual, anda mungkin sekadar bicurious atau paling kelakar(maaf), anda mungkin sebenarnya adalah memang straight.

Berzina, memanglah nikmat, sedang berzina dengan diri sendiri pun dah rasa nikmat kan (dimana aku pun sedang berusaha sekuat mungkin untuk tidak melakukkannya lagi). Sebab tu Allah larang mendekati zina. Dalam Ianya merosakkan minda anda. Ianya akan menjadikan anda menyukai nikmat yang haram itu.

Buat kawan, jauhi zina.Apabila dia dan kamu mula membuka pakaian, hukum aurat telah tertulis, apabila dia menyentuh kemaluan mu, hukum lesbian (sihaq) telah terjadi.

Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)

Aku tahu bukan mudah. Aku kemurungan selama hampir sebulan, aku tahan macam ambil dadah, aku tahan hati sedih bila dia merayu pada aku, sedih sampai nak gigit stereng kereta la lebih kurang. Sebenarnya, baru dua minggu ni aku stabil, boleh lupa.

Dan aku sedar untuk memutuskan hubungan dengan kekasih, bukan mudah. Tapi, aku ada seorang kawan lesbian yang telah membawa partner nya ke jalan yang benar, dua-dua mencari hidayah, belajar agama kembali, dan berhenti melakukan hubungan seks. Bukan mudah, bak kata kawan aku tu, partner dia pernah buat tarian poll tanpa seurat benang lah depan dia, sebab nak merayu.

Tentang lesbian, aku akan tulis entry akan datang.

Dan pada yang bertanya, ada aku selitkan email, dan juga aku letak di header untuk dihubungi.




8 ulasan:

  1. aku suka semangat kau untuk berubah. aku doakan kau kuat dalam setiap langkah yang engkau ambil. ingat weh. jalan terus. jangan pandang belakang lagi tau tak.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas doa itu. Yep, moga aku jalan terus, tak pandang belakang. aku amat mengharapkannya, beb.

    BalasPadam
  3. go go go :) Saya yakin dengan kuasa Allah... yakin bila mana Allah menggerakkan hati manusia untuk berubah dan manusia berazam untuk berubah dan mencari kekuatan dengan Allah insyallah walaupun susah tapi ada kemanisannya.. dan dan good luck kak oooi ..
    amin.

    BalasPadam
  4. janganla panggil..kak ooooi..sy sbenarnya tak berapa gemar org panggil 'kak'. Kalau panggil 'bro' ok kot.hahahah

    BalasPadam
  5. 1.setuju dgn shahirahkhairudin.
    2 setuju dgn ini:

    "Pada tempat tertentu, Jadi sebenarnya, aku selalu rasa, lelaki yang mengahwini wanita lesbian, andai anda pakar dalam sentuhan, akhirnya wanita tu akan tunduk juga pada anda. Cuma, kena hilangkan rasa tidak selamat wanita itu pada anda."

    tak perlu pakar sangat rasanya asalkan ikhlas mencintai dan terbuka untuk belajar daripada kelemahan. pakar tu dtg bersama pengalaman. kan, kan kan... (dengan rasminya pakcik mengiystiharkan pakcik pakar. hahaha)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, pengalaman tu penting,kahkahkah. Hampeh pokcik, memang lah pokcik pakar dah.

      Padam
  6. giler..kau baling kerusi? memang ganas woi

    BalasPadam
  7. Waktu marah..semua benda boleh baling.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...