Halaman


Ahad, 23 September 2012

Ep 1:Seksualiti, lesbian, dan biseksual.

I am boyish, am I lesbian?

Aku dilahirkan dalam kekeliruan. Kekeliruan tentang seksualiti aku. Dan aku tahu aku tidak sendirian.

Seorang pembaca blog ni bertanyakan satu soalan di formspring (ya, aku check formspring, cuma, kalian tu selalu tanya as anonymous, jadi macamanalah aku nak jawab secara personal, lagipun aku terima notification melalui email saja, password akaun aku dah lupa,lol).

Soalan dia lebih kurang begini:

"Saya kahwin kerana tidak mahu bergelumang dengan dosa, tetapi suami saya curang, lalu saya berhubungan dengan perempuan, adakah saya biseksual?"

Macamni, baiklah, aku cuba cerita sejarah aku. Mungkin dah cerita tapi terpaksa cerita lagi. Sebab kalau aku nak menulis berdasarkan teori atau ujian klinikal, maksudnya kenalah tunggu 5 tahun lagi aku ambil master dalam seksualogi, dimana tidak ditawarkan di Malaysia. Aku tahu, aku dah survey.

Jadi tulisan ini akan aku bagikan kepada tiga bahagian iaitu tentang aku, pandangan aku tentang lesbian dan definisinya, serta akhir sekali adalah tentang biseksual.

Aku mula meminati perempuan hanya kerana terpikat dengan kecomelan dan kecantikan mereka sejak aku tadika. Masa tu manalah tahu nak buat apa pun dengan mereka. Tapi, dari dulu aku memang ramai rakan lelaki, dan aku amat rapat dengan adik beradik lelaki aku. Jadi dari situ aku tengok budak-budak lelaki tak menarik lansung, dahlah busuk lepas tu selalu tak bagi aku join main sama, lepas tu, aku juga selalu rasa benci pada mereka kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang memuja golongan lelaki. Anak lelaki tidak perlu kedapur, tidak perlu bangun pagi, hanya perlu pesan makan minum, tidak perlu basuh pinggan, tidak perlu lipat kain, dan bilik mereka bersepah adalah perkara biasa, normal, kalau tidak mereka tu pondan. Jadi, sejak kecil aku sahajalah yang akan kena belasah kalau rumah macam kapal karam. Jadi, perasaan feminism masa tu menebal. Aku membenci apa sahaja yang adat mengatakan perempuan perlu tahu. Aku tak pandai hargai bunga dan aku benci kedapur.

Perasaan suka pada lelaki, ada. Sejak baligh ataupun sebelum. Cuma kerana aku kasar, lalu aku tidak pernah dilayan seperti perempuan. Umur 10 tahun aku dah meminati seorang pelajar lelaki disekolah. Sebab dia ni muka baik. Ya, aku memang fitrahnya suka orang baik, bersih tak smoking, dan dia ni abang sulong yang ada berderet adik lelaki. Dominan. Masa ni dah mula aku minat mana-mana budak lelaki yang nampak baik, tak buli budak perempuan.

Umur 12 tahun, aku masuk sekolah perempuan. Disitulah bermula, aku minat budak perempuan comel, muka chinese look. Hingga kini.

Masuk sekolah lain budak-budak lelaki anti aku sebab aku boyish, tak manja macam budak perempuan lain, ooh..aku ingat dulu, budak lelaki suka panggil aku 'Bouncer', yela sebab saiz badan aku dan juga muka aku yang macam ganas. Tak tahu dalam hati ada taman. haha.Nampak je la aku macho, tapi aku dok minat budak lelaki lebih la dari aku minat budak perempuan. Budak perempuan aku minat sebab mereka comel je dan aku suka nak melindungi mereka.

Sebelum umur 27, aku bercinta dengan lelaki sebanyak 2 kali. Dan tahun 2008, aku mula kenal internet dan porno lesbian.  Bagi aku lelaki tiada apa yang menarik, suara dalam video tak menarik dan pelakon pun selalunya tak kacak. Dan aku selalu rasa nak muntah bila tengok alat sulit mereka, dalam video la, masa tu aku tak pernah tengok secara nyata.(Astarghfirullah al azim, istighfar banyak).

Umur 27, aku putus cinta, dan aku pertama kali jumpa Xola. Xola membawa impian dan keinginan bdsm aku menjadi nyata. Dan masa tu aku dah sedar, bdsm ni secara umumnya, kuncinya adalah keterujaan seksual. Lepas cuba pelbagai aksi dlm bsm, nafsu akan teruja, dan masa tu akan ada rasa nak melunaskan nafsu. Dan sejak itu aku bernafsu pada perempuan. Masa tu aku memang tak berapa pandang lelaki dah, aku menisytiharkan diri aku sebagai lesbian.  Masuk komuniti lesbian dan mula mengejar gadis-gadis. Tetapi bdsm mengajar aku bahawa lelaki yang dominan boleh membuat aku rasa kasih pada mereka. Lelaki yang tegas, dan keras waktu mengawal aku, mampu membuatkan aku terbang melayang sambil senyum (wakakaka, ayat tak boleh blah).

Sejujurnya sewaktu itu aku amat naif tentang heteroseksual. Kerana sifat aku yang tomboy, boyish tidak tahu menunjukkan sifat perempuan, aku terperangkap dalam kenaifan aku sendiri. Tidak dinafikan sebenarnya, aku sebenarnya sekadar menyangka aku adalah lesbian. Waktu itu. Aku terperangkap dalam prejudis dan sifat masyarakat. Rasa rendah diri, membuatkan aku waktu merasakan aku tidak layak untuk menjadi perempuan. Lalu aku sebenarnya membaja benih sifat ingin tahu menjadi nafsu. Nafsu yang akhirnya menjadikan aku biseksual. Kata Master aku yang pertama, aku adalah Lesbian bicurious.

Dan sifat ingin tahu serta ketidak yakinan seksualiti aku, membuat aku menjelajah dunia sisi gelap dan hampir terjerumus ke lembah sesat.

update: Cuma aku teringat, sewaktu aku berusia 14 tahun lebih kurang, seorang ssaudara ku yang dah matang, dan memang cantik dan punya tubuh wanita yang sempurna berusia 21 tahun tak silap aku waktu itu., telah tidur bersama aku,dengan hanya memakai pakaian dalam saja. Malam itu, aku resah yarabbi, mata aku tak boleh nak pandang dia, walaupun aku berusaha menjeling dia. Tangan aku berpeluh dan jadi ketar, hingga  dia menempelak aku dan mengatakan aku lesbian, kerana bagi dia dan, berpakaian begitu adalah biasa. Muka aku kemerahan. Itu pertama kali aku mendengar perkataan lesbian. Tapi aku memang dah mula keliru dengan seksualiti aku masa itu.

7 ulasan:

  1. Rumitnya baca tapi kalau kita amati betul-betul awak merungkai bagaimana awak boleh masuk ke medan ini, bagus.. bagus untuk merungai segala masalah.. semoga awak berjaya di dalam perjuangan ini. Allah bersama awak biarpun sahabat2 awak yang lain meinggalkan awak..dan kelak mana tahu melihat awak begitu bersemangat dan waja menjadikan mereka mengikuti awak..

    :)

    BalasPadam
  2. yep, saya pun faham ada orang tak faham bila baca, sebab nak menulis tentang kekeliruan bukanlah mudah nak mengelakkan kekeliruaN itu snediri. Harap A0 tak berada dalam kekeliruan. hehehe

    BalasPadam
  3. hehe, xpa kak ooi...saya jenis tak kisah..saya faham saya ambik kalau saya tak faham saya diam ja..lagipun setiap manusia ada kelebihan masing-masing. mungkin saya tidak faham apa yang berlaku ke atas sahabat-sahabat baik saya ni tapi saya masih boleh bagi sokong.. insyallah..

    Mai lerr baca blog saya tau...saya nak cerita ttg politik office saya hihi :) Insyallah malan ni saya siapkan :D

    BalasPadam
  4. terlalu dangkal untuk mendiagnos tetapi boleh dilihat dengan jelas byk punca kekeliruan psikologi MGDA bermula.
    InsyaAllah MGDA akan dibentangkan dengan penyelesaian yang manis kerana MGDA sebenarnya seorang 'bro' yang sgt manis dan bersih- yang byk menghadapi ujian. Allah sayang MGDA tu

    BalasPadam
  5. thanks pokcik ahp, alhamdulillah, sebab satu-satu perkara yang mengikat saya untuk kembali pada Allah, buat masa ini telah saya lepaskan.dulu saya rasakan perkara ni hampir mustahil.

    saya harap saya akan bersih sewaktu saya menemui tuhan nanti.harap dengans sangat.

    BalasPadam
  6. saya harap saya akan bersih sewaktu saya menemui tuhan nanti.harap dengans sangat..... aamiin ya Rabb...

    BalasPadam
  7. wei, kita sama..aku pernah berontak sal jady lelaki mudah ja..BUTTT...SKANG AKU LESBIAN SEJATI..HEHE..YG PANDAI WAT KERJA RUMAH..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...