Halaman


Jumaat, 14 September 2012

Kebangkitan ikon lesbian Islam



Pagi tadi aku membelek blog seorang PLU. Kawan aku, kami pernah berhubungan selama 3 bulan rasanya.

Baca punya baca, ya allah pening aku. Ramai dah kawan-kawan lesbianku, mula memasuki era memperjuangkan hak LGBT. Dan mereka ini menggunakan hadis dan kata-kata ulama. Aku tahu pendidikan mereka bukan calang-calang.

Gerun aku, gerun sangat. Ni tak lama lagi Irshad Manji akan hadir di jiwa-jiwa PLU di Malaysia.

Memang aku amat gerun bila ada orang memanipulasi ilmu agama mereka untuk menegakkan sesuatu yang bukan kebenaran.

Kenapa nak menegakkan perkara yang tidak pasti kebenarannya? Berhujah untuk menegakkan benang yang basah. Kerana satu tujuan itu sahaja, iaiatu menghalalkan yang haram.

Hidup terlalu pendek untuk itu.

Nota: aku suka giler dengan fesyen rambut si Irshad Manji ini. Nanti, akan kutulis entry tentang kegilaan aku pada rambut. Hmm..best berblog ni, boleh syok sendiri menulis, hahaha.

2 ulasan:

  1. Tahu xper fesyen rambut dia best, saya ada mendengar tentang dia namun tidak tahu yang lebih lanjut tentang dia.. Semoga Allah memberikan dia hidayah

    BalasPadam
  2. bodoh..huhu
    bukan kat ko
    kat kawan2 ko tu yang nak lawan Allah
    BODOHHHHHHHH

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...