Halaman


Ahad, 16 September 2012

Sumpahan biseksual

Biseksual, manusia dua alam.

Dulu, aku pernah terasa, kemana aku pergi, aku tidak diterima. Aku bukan pengkid, lalu potensi untuk aku memikat gadis memang rendah, dalam kurang potensi tu empat orang gadis dah aku berhubungan. Kalau aku pengkid, rasanya dah jadi putar alam dah aku ni.

Didalam forum lesbian malaysia (ada nama khas dia, tak boleh aku dedah disini, nanti jadi pengkhianat pula), sesiapa yang mengaku biseksual, memang habislah kena hamun. Wah lelaki kau nak perempuan pun kau nak. Jadi, aku yang pernah bercinta dengan lelaki ni tapi dok bersetubuh dengan perempuan ni, senyap sajalah dan cuba-cuba lah berlagak macho sikit.

Kalau orang lihat aku diluar, terutama waktu aku pergi kerja, sumpah mati hidup 10 kali pun, orang tak sangka yang aku dok bercinta dan bersetubuh dengan perempuan. Lebih-lebih lagi dengan status pernah berkahwin, aku. Kerana itu, aku masih lagi cuak kalau blog ni dijumpai oleh sesiapa yang kenal aku secara dasar sahaja.

Aku akui, aku boleh bercinta dengan lelaki, mudah sangat. Jumpa yang dominan sikit, hati mulalah melayang-layang. Cuma, dengan lelaki ni, memang aku keras sikitla, jangan harap aku nak manja atau melayan macam perempuan lain, itu memang bukan aku la, aku tak reti berkelakuan macam tu. Lainla dah kahwin.

Sungguh aku rasa sentap, kalau orang cakap biseksual ni bahaya. Tapi memang betul pun.

Tapi, kalian pernah fikir deritanya jiwa kami ni nak menahan hati. Kalau kata nafsu tu lain cerita sikitla, sebab nafsu aku pada lelaki kurang sikit, mungkin sebab lebih biasa melunas nafsu dengan perempuan.

Cuma mungkin kerana aku berhati perempuan, hati aku ni sebenarnya boleh dimenangi dan ditundukkan dengan cinta. Andai lelaki itu boleh menjaga aku, mengambil hati aku, dan memberi nafkah batin dengan berhikmah,  mungkin aku akan melupakan kehendak aku kepada perempuan, memang boleh hilang terus.

Pada satu waktu, aku pernah memiliki seorang submissive perempuan, seorang submissive lelaki, seorang teman lelaki, seorang teman perempuan dan seorang dominan. Pergh....tak cukup masa aku masa tu, telefon memang tak henti mesej dan berbunyi, orang kata akulah paling bahagia, walau sebenarnya bagi aku masa tu, akulah paling stress. Dan teman lelaki aku yang kini ex husband, masa tu tak tahu satu apa pun.  Dia tak tahu, sebab dia memang tak ambil tahu sangat hal aku.

Nafsu jangan cakapla masa tu, memang layan hampir penuh. Hampir nafsu jadi raja.

Tapi sebenarnya semuanya terjadi, kerana aku turutkan semua kehendak nafsu dan hati. Aku mudah jatuh cinta. Pada perempuan dan lelaki.

Masa tu, kawan-kawan yang senget dah dapat hidu dah hidup aku. Jadi dari situ, kawan-kawan lesbian mula hilang. Kawan-kawan bdsmers ..jangan cakap, mereka memang senang dengan aku, sebab nak taknak, aku akui, bdsmers ni sebenanrya bertuhankan nafsu. Aku la dulu tu.

Dan azabnya, bagi aku nak menghadapi dunia normal. Tertekan sangat. Tertekan kerana aku tahu, aku menjadi hina kerana gagal mengawal diri. Mengawal nafsu. Aku tertekan amat sangat kerana aku amat menyintai seorang perempuan dan bercinta dengan lelaki pula semua ada halangan.

Orang tuduh biseksual pengkhianat, boleh main depan belakang, kiri kanan. Tapi pernah fikir tak, keadaan kami yang tidak pernah diterima sesiapa, dan lebih azabnya kami nak mengawal nafsu.

Deanna berpesan pada aku, agar janganlah aku berkahwin lagi melainkan lelaki tu boleh menandingi dia dalam mencintai aku, aku tahu alamatnya memang aku takkan kahwin lah. Tapi memang ada benarnya.Aku mungkin boleh berhenti bernafsu dengan Deanna, tetapi rela kah aku nak menyerahkan diri aku pada lelaki yang tidak dapat menandingi cinta Deanna kepada aku?

Tapi memang aku selalu memohon  pada Yang Esa agar aku tidak terperangkap selamanya dengan cinta terhadap Deanna. Dan itu perjuangan aku sekarang.


6 ulasan:

  1. Insyaallah dgn tekad anda,.pasti anda mampu kawal diri. Take care

    BalasPadam
  2. saya manusia biasa, mak wardah. Kadangkala perlu bahu untuk tumpang menangis.

    BalasPadam
  3. jangan sampai tertumpang bahu yg salah ye, bimbang nanti dua2 tersungkur pula..biarlah bahu tu bahu yg utuh uratnya, yang pemiliknya sentiasa gunakan ke arah kebaikan insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hagemaru..takkan kt mak wardah pun takleh?! Lol

      Padam
  4. bahu saya ada...tapi nak ke orang tu..hehe
    by the i new here..sapa Deanna tu? hebat sgt ke dia..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat tak hebat..dia menyintai aku setulus hati. Dan aku menyintai dia.cukup.

      Kalau awak kenal saya..awak akn sedar..bahu awak tak tertanggung.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...