Halaman


Selasa, 18 September 2012

Terbuang..



Buat pertama kali semalam, Deanna membeli rokok didepan ku. Aku tak tahu bagaimana nak sembunyikan perasaan marah. Pertama kali juga dia tidak mengendahkan teguran aku. Katanya dia tidak rasa bersalah, dia perlu untuk melepaskan tekanan peperiksaan. Dan kata dia..

"I pissed of you of many thing, but do I complained?"

Aku tahu. Aku tahu dia masih tidak dapat menerima tentang aku tidak lagi mahu menyetubuhi dia. Semalam, aku amat letih, jadi tidak punya masa mengucapkan selamat malam pada dia. Petang itu aku menerima mesej dari dia. Dia tahu aku marah, tapi dia sukar untuk mempunyai perasaan untuk membahagiakan aku setelah aku tidak mahu 'bersama ' dengan dia lagi.

Aku tahu ini permulaan kepada pengakhiran perhubungan aku dan dia sebagai lebih dari kawan. Tiba-tiba aku rasa terbuang, rejected. Selama ni dia banyak menghormati teguran dan apa yang aku lakukan. Kali ini tidak lagi. Dan aku tahu kenapa.

Down.

Itulah yang aku rasa. Hati bagai nak menjerit. Kerana aku sendiri nak sangat 'bersama' dengan dia, tetapi aku tidak mahu mengulanginya. Petang itu, pulang dari kerja, terasa segalanya lemah. Mata aku basah, menangis. Namun pada siapa nak aku ceritakan.

Nak kurcerita kepada teman, di dunia luar, namanya aku mencari maut. Nak diceritakan pada keluarga, juga mencari maut. Nak kuceritakan pada rakan lesbian, dah tiada yang bersama aku, nak kuceritakan pada Philips, bekas dom aku, pasti dia ketawakan aku balik.

Terbuang rasanya.

Dan terasa amat sendiri.

Noted:  Lesbian dalam Islam disebut sebagai musahaqah, iaitu melakukan perbuatan seks antara perempuan dengan perempuan dengan menggeselkan kemaluan sehingga mendatangkan berahi. Islam jelas mengharamkan musahaqah.

Dari Abu Musa katanya, Rasulullah bersabda, “Bila lelaki menyetubuhi lelaki maka keduanya berzina, dan bila wanita menyetubuhi wanita maka kedua-duanya juga berzina.” (HR Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman)


rujukkan Wall UAI FB 

12 ulasan:

  1. kau masih ada 'stalker' macam aku yang membaca setiap perkara yang kau tulis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Risa. Dating jom. Hehe. Gurau k. Maafla anda mmbaca rapuan aku ini

      Padam
    2. Thanks risa, for remind me about how i should quit on that fb bdsm group, thats the last one.

      Padam
  2. Allah itu lah sebaik2 teman..cinta pada manusia datang dan pergi dan mereka hanyalah asbab dlm apa jua perkara..tak perlu menangis lagi bila kehilangan cinta manusia andai hati ini telah berpaut pada cinta sebenar kepadaNya..Allahuakbar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep. Aku manusia biasa yg dah biasa dgn cinta manusia. Baru nk brtatih mngejar cinta allah

      Padam
  3. kuatkan hati malaikat gelap.

    bila kau rasa hidup kau sorang sorang, sebenarnya kau tak sorang sorang. Dia ada memeluk engkau, jaraknya lebih dekat dari urat tengkuk engkau.

    bila kau rasa hidup kau sorang sorang, bentang tikar, kau 'dating' dengan Dia. mengadu ke Dia. Dia dengar.

    semoga rahmat Allah terus memelihara engkau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks shahirah. Mmg bila down ni kita lupa segalanya. Kita plak. Aku la

      Padam
    2. sama je. aku pun kadang kadang gitu.
      cuma kita boleh saling mengingatkan kalau salah satu dari kita lupa kan.

      Padam
  4. More or less, i can feel you malaikat gelap. Memang rasa down sangat perasaan rejected tu,tapi untuk berpatah balik tak boleh juga. bukan sebab tak mampu atau tak mahu tetapi terlalu takut dengan dosa dan monster dalam diri sendiri. Kita dalam posisi sama cuma situasi yang beza. Moga Tuhan beri kita kekuatan untuk terus istiqamah. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah..insyaallah..tu je yang aku mampu jawab,sophea...tahniah awak nak walimah dah.

      Padam
  5. cerita saja pada saya dan Allah sahabat :)

    BalasPadam
  6. AO, tidak semua kita mempunyai kimia, tak semua orang dapat memahami, walaupun dia cuba memahami, dan tidak semua orang dapat bercerita kepada yang cuba memahami. Saya bercerita diblog kerana saya tidak perlu memamahamkan dan tidak perlu memikirkan tentang kimia itu..:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...