Ya Allah,
Rindu ini sukar untuk kutahan Ya Allah,
Emosi ini rasa terlalu kering, walau tiada apa yang menjadi duka,
Tiada apa jua untuk menyuap nafsuku.
Ya Allah,
Mungkin inilah perasaan pelacur yang bertaubat,
Mungkin inilah perasaan penjudi dan peminum arak,
Ya Allah,
Seolah semakin aku menjauhi segala itu,
Semakin aku derita,
Benar, sisi iblis ini yang menderita,
Menderita menepis segala yang selama menjadi hidangan,
Ya Allah,
Aku tahu nafsu ini sedang menangis,
Katanya aku menzalimi dia,
Tatkala aku menutup segala pintu nikmat buatnya,
Lalu dia menjolok si iman yang sedang baru sedar,
Mahu dia bergocoh,
Mahu dia membenam iman yang sedang terkekang belajar berdiri,
Dulu,
Jatuh bangun ku, aku masih punya sahabat
Kini,
Tuhan ajar aku bangun sendirian,
Tuhan ajar aku mengawal sendirian,
Tidak ada yang memeluk bahu mengajak berpimpinan solat,
Tidak ada yang menunjuk kitab,
Tidak ada yang mendengar tangis,
Tiada, null.
Zaman taubat mudah itu bukan didepan mata lagi,
Ini waktu hanya kau dan nafsu,
Kerna Allah mahu kau bergantung pada Nya semata.
Tiada sidia, tiada si teman.
Menjerit sang nafsu yang dulu kau suapkan dia setiap hari.
Ya Allah, bantu aku...
Aku tidak mahu tercampak kembali kelembah hina itu..tolong..ya Karim....
menangis hati tatkala membaca nukilan ini. saat ini, hati benar benar merasa sendiri. kalau dulu saat terputus kasih dgn sang adam, kemurungan dapat dizahirkan dan kesedihan dapat dikongsikan. dan Allah hadirkan ramai teman utk menjadi sumber kekuatan.
BalasPadamteman yg ku kenal dalam komuniti usrah. tanpa ku sangka, ukhuwah yg ku harapkan membawa ke syurga, menyebabkan aku terjebak dgn cinta sang hawa. dan utk aku lupakan dia, bererti aku terpaksa menjauhi mereka yg dulu menjadi punca aku lebih kenal sang Pencipta.
dan utk kali ini, krn Allah mahu hamba ini hanya merintih dan bergantung kpdNya.
Benar..hidup ini..lebih kuat..bila hanya kau dan Dia.
BalasPadamAssalamualaikum.. sye dtg menyinggah je. Alhamdulillah awk da de husband yg leh jaga awak. Sebab orang lain masih bertarung dengan demon sendiri setiap hari. So, congrates and i hope you will always be better onwards. :)
BalasPadam