Halaman


Khamis, 6 September 2012

apa itu BDSM?

Sebenarnya, aku agak keberatan nak menulis tentang tajuk ini, tetapi oleh kerana aku bosan pada malam ini rasa, tak elok biarkan aku bercerita seorang dengan secara monolog dalam blog ini, yeah, aku memilih untuk menerangkan.

Ada pembaca tanya ..entah bulan lepas agaknya, apa itu bdsm, aku jawab sila google sendiri.

Tapi sehari dua ni, aku rasa aku perlu terangkan.

B=Bondage, D=Domination, S=submission/Sadism M= Masochism



Sebenarnya,BDSM juga adalah satu kelompok manusia yang mempunyai ujian seksualiti yang maha hebat. Pernah dengar tentang fetish? Kinky? Semua ini didalam ilmu psikologi telah dimaktubkan didalam psikologi bilazim. Bilazim, secara mudahnya didefinisikan sebagai seks songsang.

Namun, BDSM adalah satu bidang, dimana semua sesualiti aneh ini dikawal dengan pelbagai undang-undang keselamatan dan etika yang tidak bertulis. Ia hanya diguna pakai didalam komuniti atau pengamal bidang ini sahaja. Sesiapa yang melanggar etika ini, biasanya akan hilang kredibiliti, dan dikira tidak selamat.

Kenapa? Kerana garisan yang membezakan psikotik dan bdsmers, amat nipis.

BDSM, empat huruf ini sekadar mewakili fetish yang memayungi fetish-fetish kecil yang lain. Apa itu fetish?

Fetish adalah keinginan seksual terhadap sesuatu yang tidak berunsur seksual pada pandangan manusia normal. Contoh, melihat wanita bertumit tinggi, melihat wanita memakai burqa, menjadi suruhan kepada wanita, dikawal oleh seseorang yang bersifat autoriti atau dominan, mengasari pasangan, melihat pasangan merasa malu atau terhina, dihina atau dimalukan..dan banyak lagi yang kadang-kadang tidak terfikir oleh akal manusia yang tidak diuji dengan seksualiti ini.

Setiap kali melakukan sessi BDSM, kebiasaannya pasangan mempunyai peranan masing-masing, iaitu Dominant atau Submissive, atau juga, Top atau Bottom.

Kebiasaannya, Dom (Dominant) atau Top adalah mempunyai sifat Sadist. Sub (Submissive) atau bottom pula mempunyai sifat masokis.

Bondage, melibatkan sekatan-sekatan secara fizikal dan juga minda, contoh peralatan bondage yang biasa digunakan ialah gari dan tali. Ini fetish yang paling majoriti.  Seseorang merasa teruja melihat pasangannya mengalami kesukaran bergerak dengan tangan yang terikat, atau teruja melihat pasangan tidak mampu membuat apa-apa.

Discipline/ Domination, Dom biasanya menyenaraikan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh sub mereka, undang-undang ini sebenarnya membentuk Sub untuk menjadi sesuatu yang diingini oleh Dom. Contoh yang agak ekstrem tetapi biasa, Dom mahu menjadikan Sub mereka sentiasa dahagakan seks, lalu Dom akan melatih Sub mereka mengikut langkah-langkah tertentu. Agar Dom akan menjadi paksi kepada kehidupan sub mereka.Domination, juga bermaksud mengawal dan menguasai.

Submission/Sadist, sub, adalah pasangan kepada Dom yang menyerahkan dirinya untuk dikawal secara fizikal dan juga mental. Dom biasanya mempunyai sifat sadis, merasa teruja apabila pasangannya terseksa melalui kesakitan atau kesukaran, semata-mata kerana perbuatan dan juga kehendak dia.

Masokis, masokis adalah sifat yang dimiliki oleh semua sub, didalam bdsm, sifat sadist dan juga masokis ini adalah terkawal.

Antara elemen penting didalam BDSM adalah, keselamatan, kepercayaan dan kehendak yang sama. Iaitu, segala aktiviti haruslah selamat dan hanya boleh dilakukan apabila sub percaya kepada dom dan kedua-dua pihak menginginkan matlamat yang sama.

Dominant yang memiliki submissive secara total dan permanent, akan meng'collared' submissive miliknya, dan submissive yang telah di hakmilikkkan tidak akan disentuh oleh mana-mana dominant lain.

Submissive yang telah selesa dan merasa dimiliki oleh tuannya iaitu Dominan atau Master yang sellaunya dipanggil Sir atau Master boleh merasa telah di 'own' atau hakmiliki walaupun tanpa di collared.

Teknikal kan..

Noted:Sifat kinky, iaitu apa-apa yang digunakan sebagai foreplay didalam hubungan seks biasa adalah berlainan dengan definisi utama BDSM. Dan, amaran, BDSM adalah haram, secara umumnya, andai dipraktikkan dengan pasangan yang bukan dinikahi.

22 ulasan:

  1. Hahaha... saya sebenarnya pun tak tahu maksud sebenar BDSM tu... sekarang rasanya nya sudah lah faham sikit...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm...dalam homosexuality, BDSM ni..mcm common je. Tapi tak juga kan.hehe

      Padam
  2. fetish saya tahu sebab belajar psikologi dulu ni tapi yang lain2 tu xtahu.. agak rumit tapi nice to know.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, memang rumit, sebab ianya terlalu luas. ada yang kata BDSM ini adalah proses dua manusia mengjelajah sisi gelap mereka. hmmmmmmmm..

      Padam
  3. Ya Allah sthing really new to me...tqvm for the sharing

    BalasPadam
  4. salam perkenalan... azam baru je jumpa blog awk ni dari blog AHP..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan juga, azam. terima kasih, sudi singgah.

      Padam
  5. huhu.. dh tau pun maksud bdsm tu... cumanya i cuma suka bondage.. hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bondage tu ok lagi la, tapi ingat..buatlah cara halal ye. hidup ni tak lama. kalau buat cara halal, pahala pun dapat.

      matila aku dah bercakap gaya penasihat pulak.

      Padam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. msh x phm..sila beitahu kata pendek..bdsm ne seks lesbian ke hape...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lessy..saya dah tak terangkan lagi pasal benda ni

      Padam
  8. giler..very teknikal....giler membacanya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang yang mengamalkannya pun boleh giler bila tak reti kawal

      Padam
  9. akhir nya saya tau apa itu bsdm ehem ehem sakit enak ke xd

    salam kenal ya http://www.reviewdansinopsis.com/

    BalasPadam
  10. which means, bdsm tidak di larang dalam agama sekiranya melakukan dengan istri?

    BalasPadam
  11. Apakah (coffee) or(tea) Ada kena megena dgn bahasa pegenalan untuk bdsm

    BalasPadam
  12. Macam mana nak pulih balik org mcm ni

    BalasPadam
  13. Aku dulu pun pernah buat dengan angota uniform dengan menggunakan service bdsm memang sedap wehhhh!!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...