Halaman


Jumaat, 28 September 2012

Tak terkira..



Alhamdulillah, tak terkira rahamat Allah didunia ini buat aku dan juga kamu. Hariini, segalanya sempurna, walau cuma hari-hari biasa. Alhamdulillah sehari dua ni, segalanya bertambah baik. Walau mungkin ia bukan selamanya, tapi aku wajib mensyukuri tenang yang tetap datang, malah, hari-hari yang tenang itulah yang harus aku syukuri, kelak takut nanti nila hari-hari yang merusuh, aku lupa pula tuhan sering beri aku ketenangan.

Sedikit demi sedikit, aku gunakan hari-hari, detik dan saat yang ada dengan apa-apa yang boleh mendekatkan diri aku dengan tuhan. Pad keluarga, aku belajar bersabar. Dan aku hampir lupa, bahawa aku sedang melupakan seseorang.

Moga aku akan sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan mendapat redhaNya.

Tak layak sangat rasanya..tapi..aku takut sangat nak masuk neraka, yang panasnya..lebih panas dari hari terik yang selalu aku buat mengeluh tu.

Aku doakan semua rakan-rakan yang sedang mencari jalan, akan dikurniakan hidayah.

Aku ni cakap macam budget bagus pula. Tak, aku ini pendosa, kawan. Baru nak belajar nikmat syukur. Mungkin aku tak kuat untuk menarik Deanna ke jalan Allah, yang penting, aku ...kena kuatkan diri aku dulu. Sesungguhnya perkara terakhir dan aku tidak mahu berlaku, adalah berpatah balik.

Ianya tidak aku izinkan berada didalam kamus.

Ya, aku rela sendiri hingga kehujung hayat, daripada memiliki cinta yang membawa aku jauh dari tuhan.

7 ulasan:

  1. Alhamdulilah..suatu hari nanti akan rasa manisnya di uji

    BalasPadam
  2. andai manis itu hak saya didunia, alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. apa kata tiap post terbaru MGDA share di fb PWSG. penilaian ind pasti berbeza tapi yang penting nilai perjuangan kita memperbaiki kelemahan diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sejujurnya, saya seganlah pakcik, tulisan saya ni apalah sangat nak dikongsi, nanti saya fikirkan.

      Padam
  4. akhirnya kita tiada y tahu.. Moga Allah kukuhkan Dark Angel dijlnNYA..

    nak share2 sikit.. klau rasa lemah mungkin surah Ar-Rahman bleh jadi ubatnya... :)

    BalasPadam
  5. zikrullah juga banyka membnatu , bole dibuat dimana saja tiap ketika, tanpa wudhuk, simple tapi kesannya sangat amazing, mari kita cintai zikir dan salawat, insyaAllah , Barakallah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...