Halaman


Selasa, 11 September 2012

Sanggupkah sendirian? Lesbian, Gay?

Sanggupkah loner selamanya?

Itu soalan seorang rakan di FB, apabila aku memutuskan untuk berhenti menyintai Deanna. Mudahkah bagai dikata? Jawapan aku, andai itu perlu untuk mendapat redha Allah, aku sanggup.

Kerana proses berhenti itu, membuatkan aku mengalami satu gelodak emosi yang kadangkala aku pun tak faham apa yang berlaku pada aku.

Hampir sebulan, tak sampai sebulan. Aku dah maktubkan pada Deanna kami akan hentikan segala yang intim. Beberapa hari lepas, kerana aku agak down selepas menerima berita pemergian seorang kawan, dia menenangkan aku dibilikku. Sukar, kerana garisan untuk terlanjur tu sentiasa rapuh. Beberapa kali situasi kekok terjadi, akibat aku menahan diri.

Sudahnya, selepas tu, aku down pula kerana asbab yang lain, sebab dah rasa high sekejap, asyik teringat dadah terlarang.

Selepas ini perjumpaan ditempat persendirian harus aku elakkan.

Benarkah aku memilih untuk sendirian?

Sebenarnya, aku tahu, aku sentiasa harus bersedia untuk itu. Pertamanya, kerana aku tahu, aku bukanlah seperti perempuan yang diingini para lelaki. Bukan masalah fizikal. Masalahnya hidup aku. Aku seorang yang amat sederhana dan praktikal, banyak skill dan naluri wanita, tidak aku miliki.

Kata Deanna, bila aku berpakaian kerja, aku adalah orang yang berbeza, aku kelihatan boleh menjadi wanita yang sempurna, tetapi bila bersama dia, berdua, aku memang tak ubah seperti seorang suami. Seolah itu adalah aku yang sebenar. Mungkin.

Keduanya, aku tahu nafsu ku lebih kepada perempuan, bila aku melihat bibir, lenggok perempuan, keinginan untuk menerkam tu, membuak sangat. Tetapi apabila dengan lelaki, sebenarnya cuma satu perkara sahaja yang akan menarik perhatian aku, sifat dominan.Dan hanya sifat dominan mereka sahaja yang akan mengeluarkan sifat kewanitaan aku. Namun, berapa ramaikah lelaki yang menghargai fitrah mereka untuk bersifat dominan? sukar dah sekarang, dan yang penting, lelaki dominan tak tertarik pada perempuan macam aku.

Ketiganya, trauma. Fikir-fikir balik, aku tak sanggup nak lalui apa yang telah aku lalui.

Ramai orang kata, lalu bagaimana dengan naluri inginkan zuriat dan keluarga?

Andai itu bukan hak kita, mengapa perlu berduka kerana itu?

Satu-satunya lelaki yang membuat aku amat selesa sebagai aku, adalah Amir. Tetapi, hanya satu, dia tidak begitu dominan. Entahlah, andai bukan dia, mungkin sendirian lebih mudah bagi aku.

Ramai Gay dan lesbian, inginkan keluarga dan sebagainya. Tapi kadang-kadang aku mengomel sendiri, berjuang sendirian, kadangkala itu takdir kita. Sedih, pedih, luka atau apa, genggam sampai lumat, kelak kau akan biasa dengan panasnya bara itu, dan kau akan hidup sendiri, tetapi kuat.

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...