Aku gay, aku terima nikahnya.
Assalamualikum, bismillahirahmannirahim.
Kawan, ya kawan-kawanku PLU. Samada gay atau lesbian.
Walau aku rasa berat untuk menulis perkara ini, kerana takut ada yang terasa, namun untuk pengetahuan kamu, kamu tidak sendirian seperti itu.
Tentang apa ya ingin aku katakan.
Ya, tentang kamu yang berkahwin hanya kerana kehendak masyarakat, hanya kerana ditekan kedua orang tua.
Maaf, maafkan aku.
Namun, aku amat ingin menulis tentang ini. Meluah rasa sayu aku, pada kalian, tentang kalian.
Kawan, aku sedar, tiada siapa yang meminta untuk lahir dengan keinginan ini.Dan sedarlah, kelahiran anda dengan keinginan ini tidak berdosa sama sekali. Anda cuma berdosa andai menzalimi diri sendiri, dan dosa itu pun hanya sekadar anda dengan Yang Khaliq.
Zalim pada diri sendiri, bila anda melakukan zina.
Dan zalim pada insan yang mempercayai anda, adalah kezaliman yang nyata.
Kawan, pernikahan bukan mainan.
Dia menikahi atau menerima akad itu, kerana dia percaya anda akan menjadi teman hidupnya, anda akan menjadi ibu atau bapa kepada zuriatnya, anda akan menjadi yang halal buatnya..
Namun apabila anda menafikan hak insan ini, anda tepis kasih sayangnya, anda benci kehadirannya...anda melangkah ke ruangan zalim.
Aku tahu, ianya sukar bagi anda. AMAT SUKAR.
Namun, jadilah seorang yang dewasa, jadilah seorang manusia yang waras dan punya jiwa. Lihat mata dia. Orang yang dizalimi, Allah dengar bisikan dan keluhan hati mereka
Buanglah ego.
Menipu seluruh dunia, itu telah terjadi.
Andai tiada jalan, hentikanlah. perit untuk hidup dengan dosa setiap saat, setiap hela nafas. Namun, andai anda tahu dan nampak jalan itu, usahalah, jadikan dia hidup anda. Itu rayu ku.
Jika kau kata boleh, maksudnya kau mahu berusaha. Namun jika kau mengatakan, TIDAK, tidak mungkin...pilihan ditangan mu. Jangan peduli kata orang, tapi pedulilah pandangan dan redha tuhan.
Jangan cemarkan sebuah tali pernikahan. Pernikahan itu amat suci, menghalalkan yang haram, mempersaudarakan yang asing, melahirkan seorang insan, dan juga salah satu pintu ke syurga. Jika perkahwinan itu, bukan untuk kita, redha lah. Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk orang yang bersendirian.
Orang ketiga, akan sekadar menghidangkan jalan ke neraka.
Aku sayang kamu, kerana aku tahu kita golongan yang diuji dengan ujian ini, aku mahu kita kuat..kuat mencari redha Allah.
Insyaallah.
p/s: atas permintaan seseorang, aku telah membuka ruang komen juga untuk anonymous. Awak tak komen, siap..saya unfriend awak. (hahahahahah)
Tersentuh dan bangga. Sgt jujur. Tahniah!
BalasPadamtiada apa yang boleh dibanggakan pakcik, ianya cuma luahan seorang PLU kepada PLU juga. Seorang yang pernah merasakan dia Lesbian kepada lesbian juga. Dan harap kaum adam yang diuji dengan ujian sebagai seorang homoseksual dan tidak bernafsu pada pasangannya, juga akan faham kata-kata dari hati saya ini.
PadamWanita lesbian juga punya masalah yang sama, menghadapi ujian yang sama, sukar untuk menyayangi adam yang hadir daalm hidup dia.
Moga segalanya dipermudahkan.
Ada perkara yang kita sendiri tak memahami diri sendiri.. Siapa yang nak kita tipu kalau bukan diri sendiri.. Rasulullah pernah ingatkan "Berkata benarlah walaupun pahit". Tapi haruslah memulai dengan diri sendiri dengan berkata benar pada diri sendiri..
BalasPadambenar psy. Yang penting fahami diri dulu. Tapi bila dah walimah baru faham..jadi fahami pula apa tindakan yang perlu dibuat?
Padamterus terus berdoa....
BalasPadamdoa..hingga ke saat pertemuan dengan Yang Esa
PadamSedih dengan entry kali ni..
BalasPadamkalau dapat rasa, alhamdulillah.
PadamPLU tuh apa eh mgda?
BalasPadamwaah~ boleh komen as anonymous.. :)
PLU stand for People Like Us, selalunya digunakan untuk merujuk diri sebagai 'kami' bagi golongan homosexual iaitu lesbian dan gay.
PadamThanks infonya...
BalasPadamIni sangat membantu..
Tapi awak berbeza..
Kat mana awak nak cari penolong..
Allah Ta'ala obatnya...
Allah sebaik-baik penolong.
PadamAwak,kalaulah saya boleh print entry ni dan tampal ke muka sang adam itu. Betul, personally tak ada siapa marah orientasi seksual awak yg berbeza tu, cuma jgnlah membabitkan org lain yg xberdosa,hancurkan hidup org lain,masa depan orang lain..:-( kejam sangaat..maaflah saya emo kat sini tapi saya setuju entry ini. Jgn buat keputusan untuk bernikah jika hanya untuk public show. Even dah lebih 5 tahun perkara ni berakhir, sampai sekarang keluarga saya masih berdarah lukanya.
BalasPadamBy the way, saya yakin awak kuat. Jgn stop menulis taw,i'm one of ur silent reader. Membaca sebab nak membaca, not to do any judgement. :)
awak, maafkan sahaja dia, move on, dia pun melalui saat2 yang perit juga tu, walau kita tak nampak, tapi hatinya hanya Allah yang tahu, menyebabkan dia terpaksa berbudat demikian.
PadamDoakan dia, moga sentiasa dilindungi dan redha dengan kehidupan ini.
Doa itu buat kamu juga.
Trimas :)
Tq 4 sharing...moga awk sentiasa bsmngt tuk terus menulis..
BalasPadamSetuju atau tidak ttg pandangan awk tdk penting ttp sy peroleh another point of view...
-MFM-
welcome2.
PadamSaya juga seorg wanita yg tertipu itu... khutbah nikah satu amanah tp bg lelaki gay itu satu permainan. Sukar utk memaafkan. Allah sahaja yg mampu beri petunjuk.
BalasPadamTq utk entry ini. Takde tempat nak mengadu.
Allah sebaik2 tempat pengaduan.
Padamsusahkannnn.....
BalasPadamJatuh. Bangun. Jatuh lagi. Sakitnyaaaaa
Terus bangun
PadamMasih adakah lelaki yg bukan PLU sekarang ni ?
BalasPadamAda, tapi ibarat mencari jarum didalam tepung
PadamSaya bukan menghakimi.. bukan juga menilai.. jauh lagi mengutuk..
BalasPadamTapi..lagi sukar menjadi isteri kepada PLU...
Kita tahu salah
Kita pula dipersalahkan,
"Haa.. kalau tak suka kenapa tak mintak cerai!! Kalau dah tak boleh hidup sekali kenapa masih di sini?!!!"
" Kalau nak hidup sekali, terima ja lah layanan ni!!!"
Haaa... dia denial tapi ego lebih tinggi
Dia tahu salah tapi ego lebih tinggi
Lebih tinggi egonya dari tinggi dosa yg dilakukan,
Ustaz/ustazah kata, golongan ni kena dekati, kena fahami, kena sayangi.. bukan hakimi.
Tapi bagaimana kami?
Pasangan kepada lelaki PLU?
Yang punya anak2 ini?
Punya keluarga juga?
Maruah suami kena jaga.
Anak2 kena pelihara. Tak mahu lah jika dibesarkan dengan diejek "ayah ko gay" oleh kawan2. Dipandang serong oleh kawan2.
Hati mak, ibu abah kena jaga.
Tu anak harapan
Menantu pilihan
Nak biar berkecai ke hati dan perasaan org tua tu?
Lalu, kau seorg yg tidur tak lena
Suami PLU kau lena dalam pelukan "fling"nya
Lantas, nak buat bagaimana?
Tak cukup memahamikah kami?
amira, saat dia sedang fling, dia tak nampak anda pun dalam hidup ini. andalah yang kena cari kekuatan untuk keluar, atau kekuatan untuk bersabar dan berdoa.
Padambut i been there, done that. i chose to leave.