Halaman


Sabtu, 27 Oktober 2012

Patah hati, mari kembali.

Cinta gay, lesbian, lebih kerap patah hati.



Walaupun kalau nak diikut, sama sahaja seperti cinta biasa. Namun, kebanyakannya alasan patah hati ialah, nak berubah, lalu tinggalkan dan ditinggalkan.

Aku tak mengatakan percintaan Lesbian tiada yang kekal. Bukan itu maksudku.

Kata seseorang pada ku..

"Cinta sejenis memang indah, semua faham, saling faham, macam syurga, tapi tuhan jadikan ianya haram kerana dunia bukan syurga".

Ayat ni, bagi aku makan dalam.

Satu perkara, apa bila sesuatu ikatan itu bukan kerana Allah dan bukan untuk mencari redha Allah, jemu mudah datang. Dan juga susulan entry ku yang lepas, perkahwinan kerana desakan keluarga, okay tentang kamu yang telah mengikat tali pernikahan tu, telah kuhuraikan, tetapi bagaimana dengan orang ketiga anda?

Berapa ramai rakan PLU ku yang apabila ditinggalkan mula berfikir untuk berubah. Ramai. Hampir semua. Tapi berapa ramai juga yang lupa akan tekad itu bila berjumpa pasangan baru..dan kemudian beberapa bulan atau beberapa tahun kemudian...patah hati lagi dan mula bertekad yang sama.

Aku tahu, ramai antara yang tegar dan rasa tidak mahu atau tidak mungkin melupakan keinginan untuk mencari pasangan yang sejantina kembali.

Ramai yang kata, takkan jadi straight, takkan ada hati pada lelaki.

Perkara pertama, dalam hidup ini adalah niat. Niat kerana Allah, sayang.

Allah maha pendengar, ceritalah, ceritalah kesedihanmu kerana ditinggalkan, cerita lah segala sedih dan keluh kesahmu. Allah tidak akan ada prejudis, Allah tidak akan mencebikmu, Allah tidak akan meninggalkanmu disaat kau mencarinya.

Namun pertama sekali kau wajib percaya wujudnya Allah. Kita wujud kerana Allah cipta kita, lihatlah sekeliling yang maha hebat. Aku juga pernah mencari tuhan, dan aku akur Dia wujud.

Kedua: Setelah kau yakin wujudnya Allah, kau akan sedar semua larangan, kasih sayangnya dan kata-katanya adalah benar. Jadi sebagai hamba, kau sebenarnya tiada pilihan. Namun untuk menelan bahawa kau tiada pilihan, kau harus akui bahawa Islam itu benar, Quran itu benar dan Rasullullah itu benar.

Ketiga: Terangkan pada pasangan, kau mahu berhenti berzina. Jika kalian belum berpisah, bawa dia ke pangkal jalan. Itu kalau kalian boleh kawal nafsu, salah seorang kena kuat.

Keempat dan ke tiga juga sebenarnya, kena YAKIN. Boleh. Aku pernah baca artikel "I was a gay". Aku jadi malu, sebab apa, sebab dia ni di agama yang batil. Sedang aku penganut agama yang benar, Islam, ada tuhan dan amat benar, takkan aku tidak boleh berubah.

Kelima: Kena sedia sengsara. Sebab bila anda menahan nafsu, mencari yang redha, anda adalah pejuang. Dan aku sedar bagi yang gay/lesbian tegar perkara ini amat-amat sukar, macam nak buang hati, macam nak bunuh diri. Aku pernah dengar, bunuh diri kerana Allah, yang bermaksud membunuh sifat yang Allah tidak redha, demi untuk Allah.

Ramai rakan berkata pada aku, kenapa nak sengsara, carilah pasangan perempuan, yang boleh bawa aku ke jalan yang benar. Masalah aku sekarang, nafsu aku pada perempuan belum mereda, kalau aku bersama rakan perempuan yang memang lesbian, hati aku kuat sahaja nak menggoda mereka. Rakan yang tidak senget pula tidak faham aku.

Betul ramai yang nampak aku derita, aku sedar, dan amat berterima kasih, tanpa disangka di Facebook neburaln, aku dah ada satu kelompok penyokong. ALhamdulillah. Tetapi aku mohon, jangan minta aku mencari pasangan perempuan yang membawa aku ke jalan benar, aku belum sekuat itu, bila aku berhadapan dengan perempuan, hanya tuhan yang tahu kadangkala aku berjuang perasaan untuk tidak rasa ghairah. Lebih-lebih lagi yang muda, manis, chineese look, curvy, montok..manja.Parah.

Tak apalah aku derita, moga Allah gantikan yang lebih baik. Dan aku yakin, kalian pun boleh. Jangan takut hidup sendiri, anda tidak pernah sendiri. InsyaAllah.

Cuba, dan cuba..biarpun anda akan mati kerana derita mencuba. Biarlah mati dalam keadaan Allah redha.

Lagu ini untuk kalian dan semua..


15 ulasan:

  1. jangan pernah berhenti berharap memohon agar sentiasa dilindungi Allah.. saya percaya semua itu datang dari Allah.. Naluri ini memang istimewa tapi yang sering dinyatakan oleh ustaz ustaz.. Mempunyai naluri tidak berdosa selagi belum terjerumus ke arah perlakuan yang memang kita tahu berdosa. Semoga kita dapat mengekang nafsu kita.. Insyaallah..

    *merujuk kenyataan Dr Harlina & Dr Ghaffar (JAKIM)

    BalasPadam
  2. Hanya kepada Allah kita sandarkan... bukan gay/lesbian sahaja.. saya pernah putus cinta sehingga meragut keyakinan diri.. selama 5 tahun. Jadi la tahzan.. ingatlah Allah..redha Allah yang kita cari.. mati kerana mencari redha Allah lebih baik dr mati dalam kenikmatan yang lalai.. mati kita tetap akan mati tapi mati dalam berjuang kerana Allah lebih baik dr mati yang leka dengan pujuk rayu syaitan.. Wallahualam

    moga sabar dan tabah selalu.

    BalasPadam
  3. mohon Allah gantikan 'di sana' nanti kerana di dunia ni aku sengsara menjauhi insan yang aku cintai. sebenarnya, tak terbilang rahmat-Nya yg sudahpun diberi sebagai ganti sepanjang kita hidup di dunia ini.

    BalasPadam
  4. Semoga tabah dan bsmngt utk awk teruskan usaha insyaAllah :-)

    MFM

    BalasPadam
  5. T kasih... Pkcik nmpk byk pkara positif dlm pkongsian ini

    BalasPadam
  6. genius dik, lillahitaala jom...

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak ni kompom ke lagi tua dari saya..entah2 akak ni muda dari saya

      Padam
  7. berderai air mata membaca post post anda...terasa sgt sama ujian yang diberikan kepada kita.....letih sgt menanggung naluri ini...terasa sgt down tidak kuat dan khuatir akan jatuh tersungkur...terus sy berdoa sbgaiomana naluri ini ada dalam diri..biarlah dalam diri yang didoakan diharapkan agar diselamatkan daripada terjerumus daripada memanifestasi atau mengiyakan naluri ini..nauzubiilah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yep.moga kita kuat.siapa pun awak..tapi ujian kita sama. Kalau jatuh moga kita bangun balik.

      Padam
  8. Cik MGDA..
    sy salute ngn awk .. ^-^
    Ku doakan tuhan jauhi diri dari hubungan yg sia2..
    hbgn yg xkan ade penghjg...hbgn yg mlggar hukum alam..
    mmg bile da break ngn gf rase nk brubah...tp bile de gf baru mula la iman tu goyah mcm lalang..
    haihhh.. :'(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...