Sepandai mana perempuan, kedapur juga!
Dulu-dulu aku memang menyampah ayat ni, selalu aku terbayang orang yang mengeluarkan ayat ni kena baling dengan lesung batu, walaupun aku tak mahir guna lesung batu.
Sebagai wanita yang kadangkala ada unsur feminist sikit terutama bila berhadapan dengan lelaki yang ego, pergh ayat diatas tu boleh membakar hati aku. Dan aku tahu wanita yang berkerjaya dan amat tidak suka memasak, akan rasa meluat, marah, nak meletup jika ada lelaki yang guna ayat diatas.
Memang aku tidak betah didapur, tapi aku sedar, beruntung wanita yang tahu memasak, orang yang tahu memasak selalunya mudah disayangi dan dirindui. Exgf aku yang pertama, amat pandai memasak, terutama makanan barat. Sampai sekarang aku masih teringat-ingat lagi pancake yang dia buat untuk sarapan, setiap kali kerumahnya, ya, dulu KL dengan tempat aku tu macam dekat je, hujung minggu je kesana, kadangkala ambil cuti tu, haha.
Kerja aku, basuh pinggan tahula.hahaha. Potong bawang dan sayur pun lembab dan gagal.
Okay, kembali ke tajuk, kenapa wanita tidak harus bekerja?
Fitrah wanita ialah memelihara keluarga dan menjaga adam disisinya. Mati la semua pembaca perempuan sumpah taknak buka blog aku lagi, wakaka.
Pertama sekali adalah hormon.
Hormon wanita membuatkan mereka kadangkala emosi, dan tidak rasional. Tetapi kerana hormon juga mereka mempunyai instinct, Basic Instinct (pernah tengok filem Basic Instinct?) wakakaka! Ada lelaki yang ada naluri keibuan? Mati hidup balik tiada. Perempuan mudah melihat sesuatu perkara disebalik sesuatu.
Dan kerana hormon, wanita didatangi haid. Hormon wanita tidak akan stabil sehinggalah dia berkahwin dan mengandung. Lihat, betapa Allah mengaturkan cantiknya fitrah wanita.
Wanita yang mengalami senggugut, akan mengalami senggugut sehingga dia mengandung, dan selepas itu hormonnya akan stabil, kerana dinding uterus akan menjadi tebal.
Senggugut, adalah sakit bahagian abdominal, yang hanya perempuan saja faham. Masa tulah nak bawa kereta sebelah tangan saja, masa tulah rasa nak tutup pintu bilik tak keluar-keluar bilik, tak perlu makan minum, hanya merengkok baring menahan sakit diatas katil. Sejuk menyucuk seluruh tubuh, pinggang rasa kena keronyok, rasa pening, nak muntah. Dan ianya sekurangnya 3 hari setiap bulan.
Jadi masa macamni, macamana nak pergi kerja?
Kalau kerja kat front desk tu, hah, ambil kau, berapa ramai customer yang akan kena marah dengan awek yang kena sunggugut tadi? Tapi, siapa yang tahu?
Tu jelah cerita aku, aku pun tak larat nak menaip, nak tutup pintu, merengkok atas katil.
tak suka gak baca entry ni hahaha.. isteri nabi juga bekerja.. berdikari.. tak ingat namanya dan dialah yang paling pemurah sebab dia bekerja jadi dia ada duit sendiri.
BalasPadamsetuju, juga. setiapnya pro and cons.
BalasPadamme x suka kerja, x suka masak, nak jadi cam tuan puteri je macam kt surga..bole gitu..hehehe
BalasPadamtq for d comment sbb selama ni x tau pun de isteri nabi muhammad saw yang rajin keje :)
BalasPadamZainab Binti Jahsy isteri ke tujuh Nabi Muhammad yang mana pernikahannya menjadi kebanggaan kerana mereka dinikahkan langsung oleh Allah dari atas langit dengan bersaksikan malaikat jibril .
Zainab adalah seorang wanita yang pemurah dan dermawan. Rasulullah memuliakannya dengan mengatakan sebagai isteri yang "PANJANG TANGANNYA" . Ia juga dikenali sebagai penolong anak-anak yatim, dan tempat berlindung para janda miskin. ainab juga dikenali sebagai yang rajin bekerja , mengumpulkan upahnya sebagai harta yang halal, lalu membelanjakan di jalan Allah untuk meringankan beban anak yatim janda dan yang memerlukannya. Beliau sangat menyakini dan percaya akan kuasa Allah atas makhluk-makhluknya.
Dalam satu hadis, Rasullullah pernah mengatakan kepada isteri-isterinya bahawa isteri yang paling cepat menyusulnya adalah yang paling panjang tangannya. lalu selepas wafatnya Rasullullah isteri-isterinya membanding-bandingkan tangan mereka, namun setelah wafatnya Zainab, hadis itu telah terbukti. Mereka baru memahami bahawa "panjang tangan" yang dimaksudkan adalah "yang paling banayk sedekahnya".
Hal ini diakui oleh Aisyah yang berkata " Zainab adalah seorang wanita yang rajin bekerja , ia sering menyamak, mengumpulkan upahnya lalu menyedekahkannya di jalan Allah"
Thanks for the info. Aku cuma kesian kt member yg kna senggugut tp still kna layan kerenah customer. Haha.
BalasPadam