Parah kan. Asyik-asyik cerita kemurunganlah bagailah, baru sedih sikit nak bunuh diri. Walhal masalahnya sama macam putus cinta je.
Dan bila aku tengok ruang komen, aku rasa macam kesian dekat reader. Sebenarnya, pada awal blog ni, memang aku dah tekad dah tak mahu tulis pasal aku, tapi dah namanya blog, akhirnya tulis juga pasal aku. Malah, sekarang ni, aku rasa aku banyak buka benda yang tak patut aku buka.
Kata-kata aku juga, macamlah aku ni bagus sangat. Aku syak rakan-rakan sengetian aku dah meluat dengan aku. Akibat aku selalu sangat mengutuk pasal cinta sesama jenis ni. Memanglah benda tu betul, tapi macam anak yang kena leter dengan maknya, dah asyik kena leter je, jadi meluat.
Jadi, aku harini, aku menenggelamkan diri aku dengan menonton movie youtube, ya, sebuah filem yang membuat aku rasa nak muntah. Dan membaca buku 50 shades of grey yang aku baru beli. Juga aku rasa sia-sia tak memberi faedah bagi aku.
Kek pavlova yang ku tempah semalam |
Tapi harini, satu perkara yang mengembirakan aku, semalam, bila aku kemurungan, aku telah dengan gila dan tiba-tiba pergi menempah kek pavlova. Kek pavlova ni sumpah aku tak tahu macamana rasa, mulanya dulu aku ingat pavlova tu sejenis tudung. Rupanya kek. Hahhaaha. Dan bila aku lihat gambar yang dilampirkan oleh kawan fb ku yang membuat kek tu, waaaaaaaaaaaaah, kek itu amat menarik.
Gambar kek ni membuat aku gembira seharian, sebab kek ni amat menarik. Jadi antar tips untuk emngelak kesedihan, ialah buatlah sesuatu yang diluar jangkaan dan bukan rutin. Walaupun perbuatan itu dinama kerja gila.
Percaya atau tidak, aku sebenarnya tak tahu pun nak makan dengan siapa kek ni, kek 1 kg tu. Hahah. Oh ya, ada seorang adam, yang boleh kupanggil. Adam yang semalam meneman aku dipantai dan mendengar cerita aku tu la. Adam ni lama dah aku bersahabat, dia sebenarnya dah boleh syak aku ada awek sana sini, jadi semalam tiada apa hal sangat, dia tetap kawan aku, walaupun aku dah bercerita hal kemurungan aku.
Jadi sang Adam, esok kita kerjakan kek ini ya. Hahah. Larat ke kami nak makan dua orang saja ni?
hahaha entah la bohsan ke tidak.. apapun mujahadah berjuang beginilah.. saya sendiri kadang2 merungut apa yang perlu saya perjuangkan jadi.. saya juga membebel kat kawan2 pejabat hehe..
BalasPadamsabarlah para berjuang untuk terus bermujahadah.. WA.
insyaAllah...sabar itu mmg jalan yang terbentang didepan mata
Padampergh, nak kek! *telan air liur*
BalasPadamsila tempah ditempat yang berdekatan..hehe
Padampertama.
BalasPadampavlova dan segala kek is my peberet forever
kedua.
aku suka pergi pantai kalau ada masalah/ keserabutan. sesejak dah jadi bini orang ni dah lama tak ke pantai.
ketiga.
kalau tak larat nak habiskan bak kat aku. ngee !
pantai, memang tempat yang amat istimewa bagi aku. aku amat suka pantai, air terjun dan semualah tempat yang boleh mandi.
Padamkalau pergi tepi laut, baring atas riba seseorang dan lihat langit waktu malam, kau rasa kau dah pernah rasa syurga.
kek..yummeh tapi pavlova ni too sweet sbb tu kena balance gan fruits, pantai mmg best, g malam baring, x de riba org pun x pe, pasir buat bantal n tgk bintang bintang..mmg surga..mashaAllah...
BalasPadamSaya jarang kepantai, mungkin kekangan masa dan kedudukan geografi yang tidak mengizinkan (walaupun sudah ade kemajuan tapi ibu masih tak benarkan saya kemana-mana jauh dari halaman bersendirian)
BalasPadamKali terakhir saya ke pantai bukit kluang,jertih 2 tahun lalu.
Menyaksikan keindahan Maha Pencipta yang mengagumkan. dari jauh kelihatan pulau hantu. Kahabrnya tidak ramai orang disana. sesuai sangat mencari ketenangan sambil bersatu dengan alam.
Sesekali keluar dari pakej2 percutian dan berkhemah sambil berbual-bual dengan alam benar-benar memberi inspirasi. Satu medium keinsafan yang dianugerah alam yang tidak terjangka. InsyaAllah, benar niatnya, kita pasti jumpa apa yang kita cari, disana.
InsyaAllah jika diizinkan saya akan kembali ke sana.
anda juga jika ingin mencari kelainan, datang lah ke pulau hantu. :)