Halaman


Khamis, 15 November 2012

1434H.Hijrahlah Sang Malaikat Gelap

1434H.Hijrahlah Sang Malaikat Gelap

Tinggalkan...

 Pagi ni, alhamdulillah aku ada kekuatan untuk meneruskan rutinku yang kadangkala tersangkut-sangkut, berjogging atau sebenarnya lebih pada morning walk di kawasan kejiranan ku. Aku sebenarnya jarang keluar rumah, melainkan pergi kerja dan menonton wayang bersama Deanna. Dan sifat semulajadi ku yang mudah bosan dah menggelupur.

Pernahkah kalian berlari dan terus berlari kerana tidak mahu berhenti? Walaupun badan dah letih dan kaki mula seolah meminta ampun. Tadi ia berlaku pada aku.

Bosan menjadi diri aku. Yang masih membelengu diri dengan siapa diri aku. Kenapa? Kenapa tidak bolehkah aku membuang diri aku. Bukan aku tidak menerima diri aku, usia 30 an, aku dah cukup menerima diri aku.

Hariini aku nak anggap semua yang terjadi pada aku sekadar pengalaman. Aku pernah melalui kehidupan yang amat berisiko, mencabar dan mengujakan. Cukup-cukup sudah, aku buat segala itu yang merisiko kan diri aku, tak membawa faedah pada diri aku atau orang lain. Ia sekadar pengalaman. Walau tidak dinafikan semua itu memberi bekas dihati aku

Aku wajib bergerak.

Aku kena kuat dan kekal dalam perjuangan ini. Kena teruskan amalan-amalan baik yang membuatkan aku hampir pada tuhan.

Kadangkala malas dan jemu sering bertamu.

Mungkin itu lawan aku sekarang.

Diri aku sendiri.Untuk aku.

Hijrah, tinggalkan dirimu, perangi dirimu. Hijrah 1434H.

7 ulasan:

  1. Amin kak, lakukanlah kebaikkan akan menghapuskan keburukkan

    BalasPadam
  2. bagus teruskn usaha..jgn pernah give up..awk semakin kuat day by day..alhamdulilah :)

    -MFM-

    BalasPadam
  3. kalau kaki malas, lari atas treadmill la haha. Salam Maal Hijrah 1434, masih blum terlambat :)

    BalasPadam
  4. Masih lagi dalam bulan muharram. Salam maal hijrah babe. semoga engkau lebih kuat dari hari yang sebelumnya, dan bertambah kuat pada hari yang akan datang.

    p/s: aku pernah rasa weh. lari tak nak berenti. tapi sebab aku fikir berat badan aku dah naik. tak dapat terima kenyataan. kikiki.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...