"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Khamis, 8 November 2012
Masih Islamkah esok?
Dulu aku amat mengkagumi Cat Steven yang memeluk Islam sewaktu umur tak sampai 30 an tak silap aku. Dan kemudiannya dia mencetus kebangkitan Islam di Britain. Dia pengasas Sekolah Islam yang pertama, dan kini berkembang dengan pesatnya.
Lalu aku mendarab sifir umurnya dengan aku, dalam tak sampai 20 tahun selepas memeluk Islam dia telah menerima anurgerah Nobel Keamanan, dia menjadi ikon besar umat Islam barat. Dua puluh tahun..dan aku mula memikirkan..aku yang watu itu hampir mencapat penghujung 20 an, masih mencari hidayah, masih tenggelam, masih sesat, masih engkar, masih derhaka pada tuhan.
Buat pengetahuan kalian, ini kali kedua aku berhenti segala BDSM dan berzina dengan teman-teman wanita. Bukti hidayah boleh datang dan pergi setiap masa.Lima tahun aku tenggelam timbul. Lima tahun kemudiannya hidup aku total bergelumang dosa, berhenti solat, walau sebelum tu dua tahun aku mencari Allah, mujahadah diri, berjumpa rakan-rakan yang bawa aku dijalan Allah.
Dua tahun nikmat hidayah. Sepuluh tahun aku hilang hidayah.
Dan entah apa yang aku buat untuk umur muda aku. Tahun depan belum tentu aku masih kekal solat. Jangan tunggu tahun depan, entah esok lusa..
Mari sini aku perincikan.
Tahun 2002, aku mula menutup aurat kerana kehendakku sendiri. Tahun sebelum itu, aku pakai tudung kerana, keluarga ku mendesak. Yelah memang waktu iti aku amat senang dengan imej tomboy. Walaupun aku tidak terlalu masculine, tetapi kerana faktor fizikal...doktor sendiri pernah mencadangkan aku menjalani terapi hormon kerana aku sering disalah anggap sebagai lelaki, dimana-mana. Masuk uni, barulah perubahan demi perubahan. Dan sewaktu tahun 2002 itulah tahun, aku menerima hidayah, panjang ceritanya..nantilah.
Dua tahun di kampus, adalah the best 2 years in my life.
Kemudian, masuk alam kerja, aku hancur....tahun 2007, aku memang hilang segalanya.
Dan tahun ini 2012, alhamdulillah..aku jumpa hidayah balik.
Tapi sejak tahun 2004, penampilan aku tidak meragukan pandangan masyarakat. Ya, mungkin ada yang kata aku hipokrit, ramai..ramai sangat rakan yang mengatakan aku hipokrit, talam dua muka dan pelbagai lagi. Ditempat kerja, aku rasa semua orang akan sakit jantung dan terus meninggal, kalau tahu apa sisi gelapku.
Namun, sejak aku terima hidayah itu,2002. Selalu doaku, aku nak mati dalam Islam, dalam redha Allah. Aku selalu tanam dalam diri, sejauh mana aku sesat, sedalam mana aku gelap, tuhan takkan tinggalkan aku.
Kenapa aku bercerita tentang ini hariini. Kerana semalam,aku bertemu seorang sahabat. Sahabat ini aku temui di satu program kerohanian tahun 2002, dia masih ingat wajah aku. Dan bila aku melihat dia, aku terus berkata pada diri aku..
10 tahun kau telah hilang.
Semalam aku bertemu dengannya di sebuah majlis ilmu.
Apa akan terjadi sepuluh tahun lagi?
Ya Allah, berilah hidayah buat semua insan yang mencari Mu, dan dengan belas kasihMu, janganlah kau tarik kembali hidayah itu.
Amin yarabbal alamin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ish tak suka orang menutup aurat di katakan hipokrit.
BalasPadamjadikan sepuloh tahun yang hilang itu penghubung kita dengan Allah, tamak kepada pengampunan Alah dan takut tidak di ampunkan kemudian sentiasa mengharap pengampunan Allah.
kita adalah muallaf bila terima hidayah, bertaubat mensucikan ita..malah dengan ketakutan dosa yang kita buat, berusaha meninggalkannya dan air mata yang mengalir akibat dosa tu sangat istimewa..bahkan
ada ustaz mengatakan bila kita menangis terkenangkan dosa kita , Allah boleh menjadikan sepuloh tahun yang hilang itu sebagai pahala, Allah maha berkuasa. Walahualam.
tapi adakalanya ...kata2 mereka betul. ANonymous one, itu bagi saya sewaktu itu. Saya..ah tak perlu saya tulis apa yg telah saya lakukan dulu tak layak untuk saya ..
PadamJangan tulis, Allah telah pun menutup aib mu..janganlah kak MGDA buka.. cukuplah yang lalu itu..kita mohon keampuanan.. bagi ku diri mu skrg yang penting.
PadamMmg tak tulis n tanak ingat pun.
Padam-mgda
InsyaAllah...amin...btw jgn pnh pts asa sbb itu bkn awk...jgn terasa menekan teruskn pe yg ada dan bsderhana...
BalasPadamSy doakan awk dlm redha Allah selalu..amin :-)
-MFM-
thanks MFM, insyaAllah
PadamOk :-)
Padamsaya pun tenggelam timbul. tp xmain sepuluh tahun... hehe seminggu dua je. hehe. pas tu tenggelam balik. sebabnya..mungkin berjuang seorang.. desakan nafsu..dan bukan dgn rela. bila sedar...mulalah bukak blog..baca... menulis.. bila lupa... password pun ingat2 lupa2. hmmmm
BalasPadam