Halaman


Sabtu, 10 November 2012

Malay submissive girl,here.(1)

Antara metafora hubungan wanita submissive dan pemiliknya.


Minggu lepas, aku sempat menonton marathon siri kegemaran aku. Dalam salah satu siri tersebut, ada satu episod dimana berlakunya pergolakan rumah tangga, sang suami meminta untuk memfailkan cerai, mulanya sang isteri bingung. Tetapi kemudiannya, sang suami terperangkap, kerana sebenarnya beliau berkecenderungan kepada bdsm, dan beliau hampir terbunuh sewaktu dalam sesi bersama seorang mistress. Apabila diketahui oleh sang isteri, sang isteri menggugut beliau dengan berjanji akan mencemarkan nama baiknya dan akan memastikan seluruh hartanya habis untuk proses perceraian itu.

Sadis.

Kami bdsmers dah lama membina satu wall dengan vanilla. ya, vanilla adalah panggilan kami terhadap non-bdsmers people. Orang-orang yang merasakan diri mereka normal. Kami panggil mereka vanilla. Bagi kami vanilla adalah orang-orang yang membosankan. Terutamanya di kamar, kehkehkeh. Ish aku bukan tau pun.

Tapi bayangkan, ye benar, dia terpaksa membuat keputusan, yang sukar. Bdsmers sebenarnya adalah tentang nafsu. Dan kadangkala kami ini tidak mampu bernafsu apabila dengan hubungan intim yang normal, ada yang boleh ke tahap bosan.

Semua teman wanita ku, samada mereka aku libatkan sedikit dengan bdsm, atau mereka memang bdsmers.

Dan ramai rakan bdsmers ku yang berkahwin dengan vanilla, tidak bahagia, mereka mencari pasangan di bdsmers diluar. Adalah segelintir yang berjaya memperkenalkan bdsm kepada pasangan, dan berjaya mempraktikkannya dan bahagia dengan pasangannya. Namun amat sedikit.

Tak kurang juga yang tidak berkahwin kerana tahu atau takut akan gagalnya rumahtangga itu, terutama perempuan.

Dan dalam kes cerita yang aku tonton, sang suami ini bakal dimalukan.

Sakit, apabila rahsia gelap kita dijaja. Sudahla sering tidak diterima. Aish...tipikal sungguh. Ah, perkahwinan.

Apa pun, bagi aku, taubat sahajalah yang boleh dilakukan disamping doa yang tak putus-putus moga Allah bagi jalan, buka jalan untuk semua kami yang pelik ni, mengecapi bahagia rumahtangga yang sakinah dan zuriat yang menjadi khalifah-khalifah buat orang-orang soleh.

Tinggi kan cita-cita.

Apa, orang PLU atau sesiapa saja kami yang menyimpan sisi gelap juga pun punya hak untuk bercita-cita. Yang diredha oleh Sang Pencipta.

note: tajuk diatas sekadar perangkap enjin carian.


13 ulasan:

  1. Semua orang boleh bercita-cita bahkan kita di suruh untuk berdoa syurga firdaus, syurga tertinggi..

    tentang yang lain no komen hehe :D

    BalasPadam
  2. Saya suka yang ini...PLU atau sesiapa saja kami yang menyimpan sisi gelap juga pun punya hak untuk bercita-cita. Yang diredha oleh Sang Pencipta.....:)

    BalasPadam
  3. Yang lain saya tak faham tp sy setuju dan suka dgn bertaubat dan doa tak putus2 tu..teruskan usaha awk ya..sy doakan Allah tetapkan hati awk pd jln yg awk pilih ni ...amin.. jaga dri..

    -MFM-

    BalasPadam
  4. maaf lambat reply saya agak bz lately..btw sapa saya?sy tiada siapa-siapa tp blog awk inspired...insyaAllah akan sentiasa bsama awk..cerita awk juga penguat saya..percaya lah..its gud 2 noe sumone else share de same fight..mungkin kisah tak sama tp sama dlm mncari kekuatan untuk meraih cinta demi Allah..

    btw maaf la jika buat awk x selesa komen di blog ini..

    -MFM-

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya amat selesa awak disini. cuma sifat curious sy ni amt tinggi. alhamdulillah,terima kasih selalu hadir.
      -mgda

      Padam
    2. Yup sy taw i can c from ur style of writing its shows wat type of person u r :-) but dun worry i mean no harm 2 u..btw awk share link fb awk kn sy add awk x aprove...tq selesa sy di blog awk..teruskn ya menulis..new entry awk bes n gambo tuh pon mnarik sggh meaningful..amik sndri? Btw gud job on ur writing :-) jg dri ya

      -MFM-

      Padam
    3. ooh..saya ada minta sesiapa yg nak add saya di fb, harap mesej sy dahulu, lelaki biasanya saya tak approve. sy cuma approve yg mesej sy dulu. tq.

      Padam
    4. Sy perempuan

      -MFM-

      Padam
  5. erm...best sangat ke bdsm ne? nmpk menyakitkan ja..hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan jadi seronok kpd seiapa yang minat....

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...