Halaman


Sabtu, 8 September 2012

Perjuangan anda?

Hidup ni perjuangan, klise kan ayat tu. Dilahirkan dengan berjuang, sebab kita ni lahir dari sperma yang berjuang untuk mencapai ovum untuk disenyawakan.

Ada orang berjuang mengejar syahid dimedan perang,
Ada orang berjuang untuk mendapat nama dan penghargaan dari manusia,
Ada orang berjuang untuk membesarkan anak-anak,
Ada orang berjuang untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad,
Ada orang berjuang melawan nafsu,
Ada orang berjuang untuk satu kebenaran yang dianggap sampah,

Tak kurang juga yang berjuang untuk melunaskan nafsu.

Perjuangan aku kini, untuk terus berfikiran positif.
Perjuangan aku kini, untuk melawan nafsu.
Perjuangan aku kini ,untuk menjadi anak yang solehah,
Perjuangan aku kini, untuk dapat redha Allah.

Hidup sebenar kita, bukan untuk syurga atau neraka.
Tapi untuk mendapat redha ALLAH.

Kata Rabiatul Adawiyah, andai redha Allah itu ada di neraka, dia sanggup kesitu.

Nak mencapai pada sentiasa mencari redha Allah tu, bukan mudah. Bagi aku. Sebab aku masih manusia yang mencintai duniawi, yang bosan, main game, bila marah, hentak stereng kereta, dan bila sedih, mengadu kat orang.

Sebenarnya, aku nak menulis tentang lanjutan entry lepas, tentang bdsm. Tapi aku fikir, tak perlulah buat masa ini. Sebab dalam masa ini, aku tak mahu fikir tentang itu.

Perjuangan aku hari ini, nak jaga solat, jangan tertinggal. Nak jaga baran, bila berhadapan dengan Ma dan Pa.

Semua contact bdsm aku dah faham, aku tak mahu play lagi. Walaupun ini bermaksud aku hilang semua rakan. Tapi biarlah.

Cukup itu dulu. Dan kedua itu pun bukan mudah untuk aku. Serta, aku nak banyakkan istighfar, atas dosa yang terlalu banyak.

Serta, syukur..banyak...sangat, buat kehidupan yang terlalu indah ini. Sempurna dirancang tuhan. Hidup sekejap je, entah esok lusa , aku piap.

4 ulasan:

  1. Allah, boleh tukarkan dosa kpd pahala jika taubat.

    jangan sedih, gengam dan mulakan perjuangan, saya sendiri sedang berjuang.. dan kita tidak pernah terlepas dari berjuang.

    Moga berjaya, moga di permudahkan.. moga khusnul khatimah.. moga balasannya jannah.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. jgn tabik pakcik..perjuangan ni belum selesai, ia hingga ke hari saya kembali ke pencipta

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...