Halaman


Sabtu, 29 September 2012

Moga silaturrahim hingga ke syurga



"Moga silaturahim hingga ke syurga"

Kali pertama aku mendengar ungkapan ini, dari seorang sahabat yang jauh di Iran, yang tidak pernah aku temui. Yang menjadi sahabat chatting aku sejak aku berusia awal 20an lagi rasanya. Masa tu nak menitis air mata aku. Kenapa? Kerana..

Aku tahu bukanlah mudah nak mencapai syurga. Tapi bila aku ingat balik dan bayangkan hari panas yang sering aku dan kita lalui. Tak tertahan sangat rasanyanya. Punahlah andai aku kekal di neraka.

Bukan mudah bagi aku pendosa ni. Yang banyak sangat bergelumang dengan dosa,kawan. Dan sepanjang kehidupan aku,telah terlalu banyak insan yang aku lukai. Zalimi. Entah neraka mana yang menjadi tempat aku.

Telah banyak aku tewas didunia. Alangkah jahanamnya andai aku tewas di akhirat. Dalam quran ada menyebut kisah ashabul kahfi. Anjing yang menemani mereka ditakdirkan menetap disyurga. Alangkah bertuahnya!

Lantas bila ungkapan ...silaturahim hingga kesyurga.. amat menyentuh hati aku. Aku ni dah berapa kali jadi calon neraka, dan memang calon pun, andai tak dapat belas dari pencipta. Syurga tu memang amat jauh. Cuma dengan belas dari pencipta sajalah..

Moga Dia  lembutkanlah hati- hati mereka yang membenci aku,atas segala tingkah lakuku atas segala kata-kataku. Agar aku dapat di ampunkan.Aku ingin..amat ingin untuk kesyurga,menemui dan bersama-sama dengan orang yang aku sayang. Dan setiap yang mengucap syahadah pasti inginkan syurga..bertemu kekasih Allah dan penciptanya sendiri.

Kalau lihat diri aku.Memang aku wajar berputus asa sebab..rasanya mustahil aku nak kecap nikmat itu. Moga jauhkan aku dari kekal di neraka. Tapi...setiap kita dituntut bersangka baik pada pencipta kita...dan berharap padaNya.Mari kawan..mari sahabat..mari kasih...bantu aku..insan yang amat hina dan berdosa.

Kerana aku amat ingin berjumpa kalian..disana.

Jumaat, 28 September 2012

Tak terkira..



Alhamdulillah, tak terkira rahamat Allah didunia ini buat aku dan juga kamu. Hariini, segalanya sempurna, walau cuma hari-hari biasa. Alhamdulillah sehari dua ni, segalanya bertambah baik. Walau mungkin ia bukan selamanya, tapi aku wajib mensyukuri tenang yang tetap datang, malah, hari-hari yang tenang itulah yang harus aku syukuri, kelak takut nanti nila hari-hari yang merusuh, aku lupa pula tuhan sering beri aku ketenangan.

Sedikit demi sedikit, aku gunakan hari-hari, detik dan saat yang ada dengan apa-apa yang boleh mendekatkan diri aku dengan tuhan. Pad keluarga, aku belajar bersabar. Dan aku hampir lupa, bahawa aku sedang melupakan seseorang.

Moga aku akan sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dan mendapat redhaNya.

Tak layak sangat rasanya..tapi..aku takut sangat nak masuk neraka, yang panasnya..lebih panas dari hari terik yang selalu aku buat mengeluh tu.

Aku doakan semua rakan-rakan yang sedang mencari jalan, akan dikurniakan hidayah.

Aku ni cakap macam budget bagus pula. Tak, aku ini pendosa, kawan. Baru nak belajar nikmat syukur. Mungkin aku tak kuat untuk menarik Deanna ke jalan Allah, yang penting, aku ...kena kuatkan diri aku dulu. Sesungguhnya perkara terakhir dan aku tidak mahu berlaku, adalah berpatah balik.

Ianya tidak aku izinkan berada didalam kamus.

Ya, aku rela sendiri hingga kehujung hayat, daripada memiliki cinta yang membawa aku jauh dari tuhan.

Rabu, 26 September 2012

Psikotik sadomasokis



Sadomasokis, adalah salah satu kecenderungan didalam bdsm. Tetapi, apa yang di amalkan didalam berita yang dipaparkan di akhbar, dua hari lepas adalah perkara yang mencemarkan segala etika didalam bdsm.

Berita online, disini.

Lelaki yang mengaku datuk ini adalah sadistik terlampau dan gadis remaja ini mempunyai kecenderungan masokis (jika tidak dia tidak akan mudah menerima arahan dari orang asing ini), kedua-dua kecenderungan seksualiti ini boleh dikawal andai mereka mengamalkan bdsm dengan betul.

Didalam bdsm, kami ada satu mantera yang perlu ditanam, antaranya adalah SAFETY.

Aku bukan membela pengamal bdsmers, dan penjenayah didalam berita ini, bukan bdsmers, orang ini adalah psikotik, yang memiliki kecenderungan seperti kami, bezanya, kami waras dan mengamalkan undang-undang dan etika kami sendiri.

bdsm cuma jadi haram didalam islam, adalah jika diamalkan dengan pasangan yang bukan halal.

Namun aku yakin, semua pengamal bdsmers yang membaca akhbar ini dua hari lepas, mesti tersentap dan marah.

note: okay, okay,...aku cuba untuk tidak menulis pasal bdsm lagi. sebenarnya, selalunya benda2 macamni aku akan kongsi di komuniti bdsm, tapi sebab aku taknak masuh dah website komuniti tu, jadi aku luah disini...adeh.

Isnin, 24 September 2012

Ep 2: Seksualiti, lesbian dan biseksual.


Biseksual.
Adakah anda perempuan/wanita biseksual?

Sebenarnya, jika wanita, adalah agak sukar untuk memastikan anda adalah biseksual. Aku hingga sekarang pun masih ada 10% keliru tentang diri aku. Sejujurnya kalau aku melihat lelaki tidak berpakaian, aku tidak rasa apa-apa. Melainkan lelaki itu ada aura dominan. Ni masalah aku. Mungkin kerana aku dilahirkan berkecenderungan begitu. Tetapi, wanita ni ada satu kelemahan.

Sentuhan.

Sejujurnya, aku pernah tidak bertanggungjawab membuatkan seorang gadis straight menjadi biseksual. Kalau setahun dulu memang aku berbangga la, tapi sekarang benda ni jadi bebanan pada aku, nasiblah gadis tu tak mencari perempuan lain.

Biseksual yang sebenar adalah yang bernafsu pada kedua-dua jantina. Aku tak dapat terangkan nafsu pada lelaki, sebab sejujurnya nafsu aku amat kuat pada perempuan. Bila tengok perempuan, kalau kau orang nampak mata aku terpejam sekejap tu, maksudnya aku tengah kawal semangat kebangsaan lah tu. Kalau aku renung je lebih dari 2 minit, memang pastilah perempuan yang berpakaian depan mata aku tu dah masuk dalam pelukan aku, dah kena ratah, dalam kepala aku.(korang takkan jumpa aku in person kan,kan,kan..hehe).

Tapi sejujurnya aku pernah hampir kalah dengan sentuhan. Jadi aku tahu, aku juga ada naluri wanita, iaitu kalah dengan sentuhan. Pada tempat tertentu, Jadi sebenarnya, aku selalu rasa, lelaki yang mengahwini wanita lesbian, andai anda pakar dalam sentuhan, akhirnya wanita tu akan tunduk juga pada anda. Cuma, kena hilangkan rasa tidak selamat wanita itu pada anda.

 Jadi, soalan seorang pembaca samaada adakah dia seorang biseksual, setelah dia berkahwin kerana takut bergelumang dengan dosa, dan setelah berpisah dengan suaminya, dia kini menjalin hubungan dnegan seorang pengkid, jawapan aku senang je, anda mungkin bicurious.

Sekiranya anda, bersetubuh dengan pengkid tersebut, anda juga memainkan peranan, iaitu menyentuh kekasih (aku tak gemar nak sebut pengkid, sebab aku pun pernah baling kerusi sebab orang panggil aku pengkid) anda dengan nafsu, iaitu berkehendak kepada kekasih itu, bukannya sekadar ingin membalas setelah dia memuaskan anda, ya, anda biseksual. Tetapi andai, anda sekadar berperanan sebagai bottom, dimana dia yang amat berkehendak pada anda dan anda suka disentuh dan disetubuh oleh dia kerana kepuasan yang diberikan, jadi anda sebenarnya sekadar memainkan peranan wanita, anda bukan biseksual, anda mungkin sekadar bicurious atau paling kelakar(maaf), anda mungkin sebenarnya adalah memang straight.

Berzina, memanglah nikmat, sedang berzina dengan diri sendiri pun dah rasa nikmat kan (dimana aku pun sedang berusaha sekuat mungkin untuk tidak melakukkannya lagi). Sebab tu Allah larang mendekati zina. Dalam Ianya merosakkan minda anda. Ianya akan menjadikan anda menyukai nikmat yang haram itu.

Buat kawan, jauhi zina.Apabila dia dan kamu mula membuka pakaian, hukum aurat telah tertulis, apabila dia menyentuh kemaluan mu, hukum lesbian (sihaq) telah terjadi.

Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)

Aku tahu bukan mudah. Aku kemurungan selama hampir sebulan, aku tahan macam ambil dadah, aku tahan hati sedih bila dia merayu pada aku, sedih sampai nak gigit stereng kereta la lebih kurang. Sebenarnya, baru dua minggu ni aku stabil, boleh lupa.

Dan aku sedar untuk memutuskan hubungan dengan kekasih, bukan mudah. Tapi, aku ada seorang kawan lesbian yang telah membawa partner nya ke jalan yang benar, dua-dua mencari hidayah, belajar agama kembali, dan berhenti melakukan hubungan seks. Bukan mudah, bak kata kawan aku tu, partner dia pernah buat tarian poll tanpa seurat benang lah depan dia, sebab nak merayu.

Tentang lesbian, aku akan tulis entry akan datang.

Dan pada yang bertanya, ada aku selitkan email, dan juga aku letak di header untuk dihubungi.




Ahad, 23 September 2012

Ep 1:Seksualiti, lesbian, dan biseksual.

I am boyish, am I lesbian?

Aku dilahirkan dalam kekeliruan. Kekeliruan tentang seksualiti aku. Dan aku tahu aku tidak sendirian.

Seorang pembaca blog ni bertanyakan satu soalan di formspring (ya, aku check formspring, cuma, kalian tu selalu tanya as anonymous, jadi macamanalah aku nak jawab secara personal, lagipun aku terima notification melalui email saja, password akaun aku dah lupa,lol).

Soalan dia lebih kurang begini:

"Saya kahwin kerana tidak mahu bergelumang dengan dosa, tetapi suami saya curang, lalu saya berhubungan dengan perempuan, adakah saya biseksual?"

Macamni, baiklah, aku cuba cerita sejarah aku. Mungkin dah cerita tapi terpaksa cerita lagi. Sebab kalau aku nak menulis berdasarkan teori atau ujian klinikal, maksudnya kenalah tunggu 5 tahun lagi aku ambil master dalam seksualogi, dimana tidak ditawarkan di Malaysia. Aku tahu, aku dah survey.

Jadi tulisan ini akan aku bagikan kepada tiga bahagian iaitu tentang aku, pandangan aku tentang lesbian dan definisinya, serta akhir sekali adalah tentang biseksual.

Aku mula meminati perempuan hanya kerana terpikat dengan kecomelan dan kecantikan mereka sejak aku tadika. Masa tu manalah tahu nak buat apa pun dengan mereka. Tapi, dari dulu aku memang ramai rakan lelaki, dan aku amat rapat dengan adik beradik lelaki aku. Jadi dari situ aku tengok budak-budak lelaki tak menarik lansung, dahlah busuk lepas tu selalu tak bagi aku join main sama, lepas tu, aku juga selalu rasa benci pada mereka kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang memuja golongan lelaki. Anak lelaki tidak perlu kedapur, tidak perlu bangun pagi, hanya perlu pesan makan minum, tidak perlu basuh pinggan, tidak perlu lipat kain, dan bilik mereka bersepah adalah perkara biasa, normal, kalau tidak mereka tu pondan. Jadi, sejak kecil aku sahajalah yang akan kena belasah kalau rumah macam kapal karam. Jadi, perasaan feminism masa tu menebal. Aku membenci apa sahaja yang adat mengatakan perempuan perlu tahu. Aku tak pandai hargai bunga dan aku benci kedapur.

Perasaan suka pada lelaki, ada. Sejak baligh ataupun sebelum. Cuma kerana aku kasar, lalu aku tidak pernah dilayan seperti perempuan. Umur 10 tahun aku dah meminati seorang pelajar lelaki disekolah. Sebab dia ni muka baik. Ya, aku memang fitrahnya suka orang baik, bersih tak smoking, dan dia ni abang sulong yang ada berderet adik lelaki. Dominan. Masa ni dah mula aku minat mana-mana budak lelaki yang nampak baik, tak buli budak perempuan.

Umur 12 tahun, aku masuk sekolah perempuan. Disitulah bermula, aku minat budak perempuan comel, muka chinese look. Hingga kini.

Masuk sekolah lain budak-budak lelaki anti aku sebab aku boyish, tak manja macam budak perempuan lain, ooh..aku ingat dulu, budak lelaki suka panggil aku 'Bouncer', yela sebab saiz badan aku dan juga muka aku yang macam ganas. Tak tahu dalam hati ada taman. haha.Nampak je la aku macho, tapi aku dok minat budak lelaki lebih la dari aku minat budak perempuan. Budak perempuan aku minat sebab mereka comel je dan aku suka nak melindungi mereka.

Sebelum umur 27, aku bercinta dengan lelaki sebanyak 2 kali. Dan tahun 2008, aku mula kenal internet dan porno lesbian.  Bagi aku lelaki tiada apa yang menarik, suara dalam video tak menarik dan pelakon pun selalunya tak kacak. Dan aku selalu rasa nak muntah bila tengok alat sulit mereka, dalam video la, masa tu aku tak pernah tengok secara nyata.(Astarghfirullah al azim, istighfar banyak).

Umur 27, aku putus cinta, dan aku pertama kali jumpa Xola. Xola membawa impian dan keinginan bdsm aku menjadi nyata. Dan masa tu aku dah sedar, bdsm ni secara umumnya, kuncinya adalah keterujaan seksual. Lepas cuba pelbagai aksi dlm bsm, nafsu akan teruja, dan masa tu akan ada rasa nak melunaskan nafsu. Dan sejak itu aku bernafsu pada perempuan. Masa tu aku memang tak berapa pandang lelaki dah, aku menisytiharkan diri aku sebagai lesbian.  Masuk komuniti lesbian dan mula mengejar gadis-gadis. Tetapi bdsm mengajar aku bahawa lelaki yang dominan boleh membuat aku rasa kasih pada mereka. Lelaki yang tegas, dan keras waktu mengawal aku, mampu membuatkan aku terbang melayang sambil senyum (wakakaka, ayat tak boleh blah).

Sejujurnya sewaktu itu aku amat naif tentang heteroseksual. Kerana sifat aku yang tomboy, boyish tidak tahu menunjukkan sifat perempuan, aku terperangkap dalam kenaifan aku sendiri. Tidak dinafikan sebenarnya, aku sebenarnya sekadar menyangka aku adalah lesbian. Waktu itu. Aku terperangkap dalam prejudis dan sifat masyarakat. Rasa rendah diri, membuatkan aku waktu merasakan aku tidak layak untuk menjadi perempuan. Lalu aku sebenarnya membaja benih sifat ingin tahu menjadi nafsu. Nafsu yang akhirnya menjadikan aku biseksual. Kata Master aku yang pertama, aku adalah Lesbian bicurious.

Dan sifat ingin tahu serta ketidak yakinan seksualiti aku, membuat aku menjelajah dunia sisi gelap dan hampir terjerumus ke lembah sesat.

update: Cuma aku teringat, sewaktu aku berusia 14 tahun lebih kurang, seorang ssaudara ku yang dah matang, dan memang cantik dan punya tubuh wanita yang sempurna berusia 21 tahun tak silap aku waktu itu., telah tidur bersama aku,dengan hanya memakai pakaian dalam saja. Malam itu, aku resah yarabbi, mata aku tak boleh nak pandang dia, walaupun aku berusaha menjeling dia. Tangan aku berpeluh dan jadi ketar, hingga  dia menempelak aku dan mengatakan aku lesbian, kerana bagi dia dan, berpakaian begitu adalah biasa. Muka aku kemerahan. Itu pertama kali aku mendengar perkataan lesbian. Tapi aku memang dah mula keliru dengan seksualiti aku masa itu.

Khamis, 20 September 2012

Jangan pergi



2hb 9 2012

Philip menelefon aku. Philip adalah salah seorang dom yang agak lama berhubungan dengan aku. Dia hampir nak collar aku, tapi aku tidak mahu. Keinginannya tinggi dan salah satu dari kecenderungan fetishnya melampaui apa yang boleh aku tawarkan. Sebagai play partner aku boleh berkata tidak, bila-bila masa. Tetapi andai setelah di collar dan aku tidak cuba untuk menyukai fetish yang dikehendaki oleh Master aku, reputasi ku sebagai submissive agak tercalar. Aku mungkin akan subdrop.

Philip selalu menghubungi aku, berkongsi cerita dan bertanya khabar. Salah satu kenapa aku menyenangi dia ialah kerana dia berhati tulus, cuma, kerana dia penganut agama penyembah berhala, dia takkan faham apa yang bersarang difikiran aku. Kami pernah keluar sebagai pasangan biasa, menonton wayang, makan dan berbual diluar. Dia banyak berhubung dengan aku waktu aku sedang amat down dipenghujung perkahwinan dulu.

Philip: Lelaki tu taknak sentuh awak? Saya nak sentuh awak, dia berani bagi?

Kata-kata Philip banyak membina keyakinan aku, keyakinan bahawa lelaki kurus itu tidak mahu menyentuh aku, bukan kerana apa-apa kekurangan sifat fizikal aku. Ada sesuatu yang lebih jauh dari itu, dan ia bukan kerana aku.

Lelaki kurus tinggi dan wajah mirip Andy Lau ni, memang kadangkala aku rindu juga bila tak bertemu. Kerana kadangkala aku memerlukan nasihat dalam menghadapi hari-hari biasa dan sukar, tentang kereta rosak, kesihatan, kerja dan sebagainya, lantas itu meletakkan dia sebagai kawan yang baik.

ya, harini.

aku: Sir, kereta apa yang lasak, I terfikir nanti nak beli kereta la after loan I habis.
dia: lasak, you belilah ford ranger, I punya tu ada orang nak beli I tak bagi.
aku: aiyaaa.. apa pulak I pakai ford ranger...hmm..keretala.
dia: for saloon atau pakai lasak.
aku: i need a normal car la, not mpv or 4 wd. Cuma i ni tak pandai jaga kereta sangat, langgar sana sini.
dia: then you beli toyota la, vios okay juga. I suka toyota.
aku: vious ok?
dia: ok, tapi body kurang solid, kalau accident teruk juga kemek.
aku: then kereta apa yang solid?
dia: camry..you beli camry second pun ok, you janganla nak ambil first hand ke, financial you bukan okay sangat, nanti tiada wang nak pergi wayang pula.
aku: hahaha, ok.
dia: eh, u baca artikel yang i sent by whassap. Nanti bila jumpa kita try
aku: hmmmm...err...ok.....
dia: ok, bye..contact u later k
aku: ok.

Aku membelek artikel yang dihantar. Hmmm...tentang salah satu play yang memang kepakaran dan kesukaan aku dulu, dan selamanya. Aku dilahirkan dengan fetish itu. Kalau nak ikut nafsu dan keperluan aku untuk fetish itu adalah lebih tinggi dari nafsu aku pada seorang perempuan. Dan kerana fetish ini juga aku selalunya memerlukan lelaki, yang dominan. Fetish ini memerlukan penyerahan (submission).

Pesanan ringkas.

aku: Sir...I want stop play.
dia: this is not first time u tell me.
aku: I know, but I want to stop, will only play with man who marry me.
dia: ok...
aku: sorry sir.
dia: can u still be my safe keeper (safe keeper adalah contact kepercayaan, atau pun pemegang amanat lokasi play atau tempat penyimpanan barang2 kami, selalunya rakan searena dan paling dipercayai akan dipilih).
aku: yes, nothing change, except I dont want to play anymore.
dia: ok, thanks.

4/9/2012

dia: I dont understand why you want to stop, how about Deanna, you stop with her too?
aku: Yes, sir, we still a close friend, but I stop anything intimate.
dia: Its not you. All of us have this thing in our blood, DO NOT care about our society.
aku: its not about society sir.
dia: then, if just because i am guy, why you stop with Deanna too? all of us know how crazy you towards her.
aku. Sir, I stop with her because if I play with her, usually we will end up having sex.
dia: then?
aku: sir, sex between unmarried couple is wrong. (aku cuba bertenang, aku tahu dia dihujung sana sedang amat menahan marah)
dia: Who said having sex without married is wrong?! Tell me.
aku: Sir, I just want to stop.
dia: This is the 3rd time, you said you want to stop.
aku: yes, sir.
dia: okay why sex is wrong, who said its wrong.
aku: ....(dengan berat hati..aku menjawab)...God, Sir, I am a believer. I believe in God.
dia: so..
aku: I want to stop..because of God.
dia: This is not you.
aku: Sir, please..
dia: okay, I don't want to talk about religion, ok.
aku: Thanks Sir.
dia: Why thank me, thank your God.
aku: Thank you, for understand me.
dia: No, I dont understand you, I just respect you.
aku: Thanks for that Sir.

Jeda...


Satu demi satu, rakan yang aku rapat, hilang. Ya, Philip antara rakan tempat aku meluah kesedihan dan kegembiraan. Andai Philip juga tidak lagi menghubungi aku, aku faham. Dia boleh cari submissive lain bila-bila masa, yang tiada limit dan juga kepercayaan yang membataskan.

Aku? Hidup ini sementara, aku tidak mahu minta apa-apa, aku cuma mahu minta tuhan berikan aku ketabahan dalam setiap dugaan yang diberiNya.

Hariini..

Sejujurnya, bukan mudah aku nak melupakan Philip. Nasib aku dan Philip sekadar Top/bottom sahaja. Apa sahaja session yang dibuat, sekadar ringan, tidak melibatkan luka atau sakit yang dalam. Ianya membawa banyak maksud.

Mungkin tuhan mahu aku berjuang sendirian.

Noted: Aku harus yakin, apabila aku meninggalkan sesuatu kerana allah, Allah tidak akan meninggalkan aku.

Selasa, 18 September 2012

Terbuang..



Buat pertama kali semalam, Deanna membeli rokok didepan ku. Aku tak tahu bagaimana nak sembunyikan perasaan marah. Pertama kali juga dia tidak mengendahkan teguran aku. Katanya dia tidak rasa bersalah, dia perlu untuk melepaskan tekanan peperiksaan. Dan kata dia..

"I pissed of you of many thing, but do I complained?"

Aku tahu. Aku tahu dia masih tidak dapat menerima tentang aku tidak lagi mahu menyetubuhi dia. Semalam, aku amat letih, jadi tidak punya masa mengucapkan selamat malam pada dia. Petang itu aku menerima mesej dari dia. Dia tahu aku marah, tapi dia sukar untuk mempunyai perasaan untuk membahagiakan aku setelah aku tidak mahu 'bersama ' dengan dia lagi.

Aku tahu ini permulaan kepada pengakhiran perhubungan aku dan dia sebagai lebih dari kawan. Tiba-tiba aku rasa terbuang, rejected. Selama ni dia banyak menghormati teguran dan apa yang aku lakukan. Kali ini tidak lagi. Dan aku tahu kenapa.

Down.

Itulah yang aku rasa. Hati bagai nak menjerit. Kerana aku sendiri nak sangat 'bersama' dengan dia, tetapi aku tidak mahu mengulanginya. Petang itu, pulang dari kerja, terasa segalanya lemah. Mata aku basah, menangis. Namun pada siapa nak aku ceritakan.

Nak kurcerita kepada teman, di dunia luar, namanya aku mencari maut. Nak diceritakan pada keluarga, juga mencari maut. Nak kuceritakan pada rakan lesbian, dah tiada yang bersama aku, nak kuceritakan pada Philips, bekas dom aku, pasti dia ketawakan aku balik.

Terbuang rasanya.

Dan terasa amat sendiri.

Noted:  Lesbian dalam Islam disebut sebagai musahaqah, iaitu melakukan perbuatan seks antara perempuan dengan perempuan dengan menggeselkan kemaluan sehingga mendatangkan berahi. Islam jelas mengharamkan musahaqah.

Dari Abu Musa katanya, Rasulullah bersabda, “Bila lelaki menyetubuhi lelaki maka keduanya berzina, dan bila wanita menyetubuhi wanita maka kedua-duanya juga berzina.” (HR Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman)


rujukkan Wall UAI FB 

Ahad, 16 September 2012

Sumpahan biseksual

Biseksual, manusia dua alam.

Dulu, aku pernah terasa, kemana aku pergi, aku tidak diterima. Aku bukan pengkid, lalu potensi untuk aku memikat gadis memang rendah, dalam kurang potensi tu empat orang gadis dah aku berhubungan. Kalau aku pengkid, rasanya dah jadi putar alam dah aku ni.

Didalam forum lesbian malaysia (ada nama khas dia, tak boleh aku dedah disini, nanti jadi pengkhianat pula), sesiapa yang mengaku biseksual, memang habislah kena hamun. Wah lelaki kau nak perempuan pun kau nak. Jadi, aku yang pernah bercinta dengan lelaki ni tapi dok bersetubuh dengan perempuan ni, senyap sajalah dan cuba-cuba lah berlagak macho sikit.

Kalau orang lihat aku diluar, terutama waktu aku pergi kerja, sumpah mati hidup 10 kali pun, orang tak sangka yang aku dok bercinta dan bersetubuh dengan perempuan. Lebih-lebih lagi dengan status pernah berkahwin, aku. Kerana itu, aku masih lagi cuak kalau blog ni dijumpai oleh sesiapa yang kenal aku secara dasar sahaja.

Aku akui, aku boleh bercinta dengan lelaki, mudah sangat. Jumpa yang dominan sikit, hati mulalah melayang-layang. Cuma, dengan lelaki ni, memang aku keras sikitla, jangan harap aku nak manja atau melayan macam perempuan lain, itu memang bukan aku la, aku tak reti berkelakuan macam tu. Lainla dah kahwin.

Sungguh aku rasa sentap, kalau orang cakap biseksual ni bahaya. Tapi memang betul pun.

Tapi, kalian pernah fikir deritanya jiwa kami ni nak menahan hati. Kalau kata nafsu tu lain cerita sikitla, sebab nafsu aku pada lelaki kurang sikit, mungkin sebab lebih biasa melunas nafsu dengan perempuan.

Cuma mungkin kerana aku berhati perempuan, hati aku ni sebenarnya boleh dimenangi dan ditundukkan dengan cinta. Andai lelaki itu boleh menjaga aku, mengambil hati aku, dan memberi nafkah batin dengan berhikmah,  mungkin aku akan melupakan kehendak aku kepada perempuan, memang boleh hilang terus.

Pada satu waktu, aku pernah memiliki seorang submissive perempuan, seorang submissive lelaki, seorang teman lelaki, seorang teman perempuan dan seorang dominan. Pergh....tak cukup masa aku masa tu, telefon memang tak henti mesej dan berbunyi, orang kata akulah paling bahagia, walau sebenarnya bagi aku masa tu, akulah paling stress. Dan teman lelaki aku yang kini ex husband, masa tu tak tahu satu apa pun.  Dia tak tahu, sebab dia memang tak ambil tahu sangat hal aku.

Nafsu jangan cakapla masa tu, memang layan hampir penuh. Hampir nafsu jadi raja.

Tapi sebenarnya semuanya terjadi, kerana aku turutkan semua kehendak nafsu dan hati. Aku mudah jatuh cinta. Pada perempuan dan lelaki.

Masa tu, kawan-kawan yang senget dah dapat hidu dah hidup aku. Jadi dari situ, kawan-kawan lesbian mula hilang. Kawan-kawan bdsmers ..jangan cakap, mereka memang senang dengan aku, sebab nak taknak, aku akui, bdsmers ni sebenanrya bertuhankan nafsu. Aku la dulu tu.

Dan azabnya, bagi aku nak menghadapi dunia normal. Tertekan sangat. Tertekan kerana aku tahu, aku menjadi hina kerana gagal mengawal diri. Mengawal nafsu. Aku tertekan amat sangat kerana aku amat menyintai seorang perempuan dan bercinta dengan lelaki pula semua ada halangan.

Orang tuduh biseksual pengkhianat, boleh main depan belakang, kiri kanan. Tapi pernah fikir tak, keadaan kami yang tidak pernah diterima sesiapa, dan lebih azabnya kami nak mengawal nafsu.

Deanna berpesan pada aku, agar janganlah aku berkahwin lagi melainkan lelaki tu boleh menandingi dia dalam mencintai aku, aku tahu alamatnya memang aku takkan kahwin lah. Tapi memang ada benarnya.Aku mungkin boleh berhenti bernafsu dengan Deanna, tetapi rela kah aku nak menyerahkan diri aku pada lelaki yang tidak dapat menandingi cinta Deanna kepada aku?

Tapi memang aku selalu memohon  pada Yang Esa agar aku tidak terperangkap selamanya dengan cinta terhadap Deanna. Dan itu perjuangan aku sekarang.


Jumaat, 14 September 2012

Kebangkitan ikon lesbian Islam



Pagi tadi aku membelek blog seorang PLU. Kawan aku, kami pernah berhubungan selama 3 bulan rasanya.

Baca punya baca, ya allah pening aku. Ramai dah kawan-kawan lesbianku, mula memasuki era memperjuangkan hak LGBT. Dan mereka ini menggunakan hadis dan kata-kata ulama. Aku tahu pendidikan mereka bukan calang-calang.

Gerun aku, gerun sangat. Ni tak lama lagi Irshad Manji akan hadir di jiwa-jiwa PLU di Malaysia.

Memang aku amat gerun bila ada orang memanipulasi ilmu agama mereka untuk menegakkan sesuatu yang bukan kebenaran.

Kenapa nak menegakkan perkara yang tidak pasti kebenarannya? Berhujah untuk menegakkan benang yang basah. Kerana satu tujuan itu sahaja, iaiatu menghalalkan yang haram.

Hidup terlalu pendek untuk itu.

Nota: aku suka giler dengan fesyen rambut si Irshad Manji ini. Nanti, akan kutulis entry tentang kegilaan aku pada rambut. Hmm..best berblog ni, boleh syok sendiri menulis, hahaha.

Rabu, 12 September 2012

Subdrop/ dropping dalam BDSM

Didalam bdsm, ada satu period yang ditakuti oleh submissive dan dom. Iaitu tempoh masa selepas satu permainan yang intense. Play yang intense mungkin melibatkan sesuatu yang baru, atau dom cuba menguji had atau limit submissive mereka. Dan apatah lagi andai dalam session tersebut ada melibatkan kemalangan, seperti sedikit cedera atau sub menyebut save word. Save word bermaksud submissive mahu permainan dihentikan, harus diingat, submissive selalunya telah dilatih untuk mengikut kehendak dom mereka, dan menyebut save word adalah perkara terakhir yang diingini oleh submissive tersebut, kerana ini bermakna mereka gagal. Gagal menyempurnakan tugas mereka dan juga gagal dalam ujian yang diberikan oleh dom mereka.

Contoh, sebenarnya sukar untuk aku berikan contoh, kerana aku takut ada pembaca yang terkejut. (pejam mata, tawakal, tak tulis, maka bdsm jadi sekadar teori sahaja).

Katalah, dalam permainan tu, submissive biasanya menerima 30 sebatan. Tapi kali itu, dom mereka mahu mereka menerima 50 sebatan. Dom yang baik akan melihat reaksi tubuh badan submissive mereka, tapi mungkin juga, submissive berlagak macho, jadi terima walhal, bila-bila masa saja dia rasa nak pengsan.

Jadi permainan mereka hariitu agak 'intense'.

Dan, kerana kebiasaannya, hubungan Submissive dan Dom, adalah umpama skandal, iaitu mereka adalah dua entiti yang hanya bertemu sewaktu play saja, bermaksud tiada ikatan yang sah, jadi mereka biasanya akan berpisah sehingga ke sessi yang lain. Disinilah, tugas paling sukar seorang dom.

Menenangkan sub mereka yang kemurungan selepas sessi tersebut. Dia lebih kurang macam baru terjatuh dari langit lah. Masa ni, kalau komuniti tahu, yang dom tidak bertindak sewajarnya kepada sub, memang, nama dom akan tercemar. Dom akan malu semalunya, kalau sub mereka mengeluh kemurungan selepas sessi di online forum bersama komuniti.

Apa yang perlu Dom lakukan adalah menghubungi sub itu tadi, keluar jumpa, atau apa sahaja, selalunya teknik paling kelakar, ialah belikan sub mereka coklat banyak-banyak.hahah.

Dan dom, juga kena ambil tahu tentang apa juga kesan pada tubuh sub mereka, selalunya melalui video call atau kiriman gambar melalui email. Setelah luka atau apa saja tanda pada tubuh hilang, sebaiknya selepas itu saja boleh diadakan sessi yang lain.

Kerana itu, sub selalunya tidak boleh play dengan orang lain melainkan dengan izin dom mereka, melainkan mereka itu sekadar one night stand. Tidak dicollar dan tidak ada mewar-warkan hubungan mereka didalam komuniti. Submissive yang sesuka hati play dengan orang lain, selalunya dianggap free sub.

Subrop.

Dalam tempoh ini, andai sub tidak dihubungi oleh Dom, sub akan mengalami kemurungan yang teruk, dia akan merasa baran dan kesedihan yang dalam. Lebih teruk jika adanya perasaan bersalah. Pakej kemurungan yang lengkap. Dan sekiranya sub itu sendiri tidak mengambil inisiatif untuk memanjakan dirinya, kemungkinan kemurungan akan menjadi parah. Berlarutan, lebih dari 3 hari.

Domdrop juga ada, tetapi biasanya didalam komuniti, dom yang tidak tahu menguruskan drop nya sendiri hampir sahaja dianggap tidak tahu menjadi dom. hahaah. Tetapi tidak dinafikan ia selalunya terjadi pada dom yang baru.

Kenapa aku menulis disini? Kerana aku perlu menulis tentang ini. Tetapi bukan di laman komuniti itu.

Aku tidak mahu masuk ke komuniti itu, walaupun sesaat. Dah dua bulan rasanya.

Jadi aku luahkan diblog ini. Apa risikonya? ada. Tapi entahlah. Pergi mati dengan risiko.

note: aku tahu, aku terlalu rindukan komuniti bdsm, dah setahun aku tak play dengan sesiapa, member ajak, aku tolak, dan tolak, dan baru-baru ni aku bergaduh dengan seorang kawan yang dah umpama dom pada aku, hanya kerna dia baru mula rancang untuk play dengan aku. Aku tak mahu. tapi ini dah jadi darah daging aku. Dan bila berhenti...aku umpama mengalami subdrop..yang tak berpenghujung. Mana ada dom nak jaga aku dah. Tuhan saja yang tahu.

Selasa, 11 September 2012

Hanya kau dan Dia

Ya Allah,
Rindu ini sukar untuk kutahan Ya Allah,
Emosi ini rasa terlalu kering, walau tiada apa yang menjadi duka,
Tiada apa jua untuk menyuap nafsuku.













Ya Allah,
Mungkin inilah perasaan pelacur yang bertaubat,
Mungkin inilah perasaan penjudi dan peminum arak,

Ya Allah,
Seolah semakin aku menjauhi segala itu,
Semakin aku derita,
Benar, sisi iblis ini yang menderita,
Menderita menepis segala yang selama menjadi hidangan,

Ya Allah,
Aku tahu nafsu ini sedang menangis,
Katanya aku menzalimi dia,
Tatkala aku menutup segala pintu nikmat buatnya,
Lalu dia menjolok si iman yang sedang baru sedar,
Mahu dia bergocoh,
Mahu dia membenam iman yang sedang terkekang belajar berdiri,

Dulu,
Jatuh bangun ku, aku masih punya sahabat
Kini,
Tuhan ajar aku bangun sendirian,
Tuhan ajar aku mengawal sendirian,

Tidak ada yang memeluk bahu mengajak berpimpinan solat,
Tidak ada yang menunjuk kitab,
Tidak ada yang mendengar tangis,

Tiada, null.

Zaman taubat mudah itu bukan didepan mata lagi,

Ini waktu hanya kau dan nafsu,
Kerna Allah mahu kau bergantung pada Nya semata.

Tiada sidia, tiada si teman.

Menjerit sang nafsu yang dulu kau suapkan dia setiap hari.

Ya Allah, bantu aku...

Aku tidak mahu tercampak kembali kelembah hina itu..tolong..ya Karim....

Sanggupkah sendirian? Lesbian, Gay?

Sanggupkah loner selamanya?

Itu soalan seorang rakan di FB, apabila aku memutuskan untuk berhenti menyintai Deanna. Mudahkah bagai dikata? Jawapan aku, andai itu perlu untuk mendapat redha Allah, aku sanggup.

Kerana proses berhenti itu, membuatkan aku mengalami satu gelodak emosi yang kadangkala aku pun tak faham apa yang berlaku pada aku.

Hampir sebulan, tak sampai sebulan. Aku dah maktubkan pada Deanna kami akan hentikan segala yang intim. Beberapa hari lepas, kerana aku agak down selepas menerima berita pemergian seorang kawan, dia menenangkan aku dibilikku. Sukar, kerana garisan untuk terlanjur tu sentiasa rapuh. Beberapa kali situasi kekok terjadi, akibat aku menahan diri.

Sudahnya, selepas tu, aku down pula kerana asbab yang lain, sebab dah rasa high sekejap, asyik teringat dadah terlarang.

Selepas ini perjumpaan ditempat persendirian harus aku elakkan.

Benarkah aku memilih untuk sendirian?

Sebenarnya, aku tahu, aku sentiasa harus bersedia untuk itu. Pertamanya, kerana aku tahu, aku bukanlah seperti perempuan yang diingini para lelaki. Bukan masalah fizikal. Masalahnya hidup aku. Aku seorang yang amat sederhana dan praktikal, banyak skill dan naluri wanita, tidak aku miliki.

Kata Deanna, bila aku berpakaian kerja, aku adalah orang yang berbeza, aku kelihatan boleh menjadi wanita yang sempurna, tetapi bila bersama dia, berdua, aku memang tak ubah seperti seorang suami. Seolah itu adalah aku yang sebenar. Mungkin.

Keduanya, aku tahu nafsu ku lebih kepada perempuan, bila aku melihat bibir, lenggok perempuan, keinginan untuk menerkam tu, membuak sangat. Tetapi apabila dengan lelaki, sebenarnya cuma satu perkara sahaja yang akan menarik perhatian aku, sifat dominan.Dan hanya sifat dominan mereka sahaja yang akan mengeluarkan sifat kewanitaan aku. Namun, berapa ramaikah lelaki yang menghargai fitrah mereka untuk bersifat dominan? sukar dah sekarang, dan yang penting, lelaki dominan tak tertarik pada perempuan macam aku.

Ketiganya, trauma. Fikir-fikir balik, aku tak sanggup nak lalui apa yang telah aku lalui.

Ramai orang kata, lalu bagaimana dengan naluri inginkan zuriat dan keluarga?

Andai itu bukan hak kita, mengapa perlu berduka kerana itu?

Satu-satunya lelaki yang membuat aku amat selesa sebagai aku, adalah Amir. Tetapi, hanya satu, dia tidak begitu dominan. Entahlah, andai bukan dia, mungkin sendirian lebih mudah bagi aku.

Ramai Gay dan lesbian, inginkan keluarga dan sebagainya. Tapi kadang-kadang aku mengomel sendiri, berjuang sendirian, kadangkala itu takdir kita. Sedih, pedih, luka atau apa, genggam sampai lumat, kelak kau akan biasa dengan panasnya bara itu, dan kau akan hidup sendiri, tetapi kuat.

Sabtu, 8 September 2012

Perjuangan anda?

Hidup ni perjuangan, klise kan ayat tu. Dilahirkan dengan berjuang, sebab kita ni lahir dari sperma yang berjuang untuk mencapai ovum untuk disenyawakan.

Ada orang berjuang mengejar syahid dimedan perang,
Ada orang berjuang untuk mendapat nama dan penghargaan dari manusia,
Ada orang berjuang untuk membesarkan anak-anak,
Ada orang berjuang untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad,
Ada orang berjuang melawan nafsu,
Ada orang berjuang untuk satu kebenaran yang dianggap sampah,

Tak kurang juga yang berjuang untuk melunaskan nafsu.

Perjuangan aku kini, untuk terus berfikiran positif.
Perjuangan aku kini, untuk melawan nafsu.
Perjuangan aku kini ,untuk menjadi anak yang solehah,
Perjuangan aku kini, untuk dapat redha Allah.

Hidup sebenar kita, bukan untuk syurga atau neraka.
Tapi untuk mendapat redha ALLAH.

Kata Rabiatul Adawiyah, andai redha Allah itu ada di neraka, dia sanggup kesitu.

Nak mencapai pada sentiasa mencari redha Allah tu, bukan mudah. Bagi aku. Sebab aku masih manusia yang mencintai duniawi, yang bosan, main game, bila marah, hentak stereng kereta, dan bila sedih, mengadu kat orang.

Sebenarnya, aku nak menulis tentang lanjutan entry lepas, tentang bdsm. Tapi aku fikir, tak perlulah buat masa ini. Sebab dalam masa ini, aku tak mahu fikir tentang itu.

Perjuangan aku hari ini, nak jaga solat, jangan tertinggal. Nak jaga baran, bila berhadapan dengan Ma dan Pa.

Semua contact bdsm aku dah faham, aku tak mahu play lagi. Walaupun ini bermaksud aku hilang semua rakan. Tapi biarlah.

Cukup itu dulu. Dan kedua itu pun bukan mudah untuk aku. Serta, aku nak banyakkan istighfar, atas dosa yang terlalu banyak.

Serta, syukur..banyak...sangat, buat kehidupan yang terlalu indah ini. Sempurna dirancang tuhan. Hidup sekejap je, entah esok lusa , aku piap.

Khamis, 6 September 2012

apa itu BDSM?

Sebenarnya, aku agak keberatan nak menulis tentang tajuk ini, tetapi oleh kerana aku bosan pada malam ini rasa, tak elok biarkan aku bercerita seorang dengan secara monolog dalam blog ini, yeah, aku memilih untuk menerangkan.

Ada pembaca tanya ..entah bulan lepas agaknya, apa itu bdsm, aku jawab sila google sendiri.

Tapi sehari dua ni, aku rasa aku perlu terangkan.

B=Bondage, D=Domination, S=submission/Sadism M= Masochism



Sebenarnya,BDSM juga adalah satu kelompok manusia yang mempunyai ujian seksualiti yang maha hebat. Pernah dengar tentang fetish? Kinky? Semua ini didalam ilmu psikologi telah dimaktubkan didalam psikologi bilazim. Bilazim, secara mudahnya didefinisikan sebagai seks songsang.

Namun, BDSM adalah satu bidang, dimana semua sesualiti aneh ini dikawal dengan pelbagai undang-undang keselamatan dan etika yang tidak bertulis. Ia hanya diguna pakai didalam komuniti atau pengamal bidang ini sahaja. Sesiapa yang melanggar etika ini, biasanya akan hilang kredibiliti, dan dikira tidak selamat.

Kenapa? Kerana garisan yang membezakan psikotik dan bdsmers, amat nipis.

BDSM, empat huruf ini sekadar mewakili fetish yang memayungi fetish-fetish kecil yang lain. Apa itu fetish?

Fetish adalah keinginan seksual terhadap sesuatu yang tidak berunsur seksual pada pandangan manusia normal. Contoh, melihat wanita bertumit tinggi, melihat wanita memakai burqa, menjadi suruhan kepada wanita, dikawal oleh seseorang yang bersifat autoriti atau dominan, mengasari pasangan, melihat pasangan merasa malu atau terhina, dihina atau dimalukan..dan banyak lagi yang kadang-kadang tidak terfikir oleh akal manusia yang tidak diuji dengan seksualiti ini.

Setiap kali melakukan sessi BDSM, kebiasaannya pasangan mempunyai peranan masing-masing, iaitu Dominant atau Submissive, atau juga, Top atau Bottom.

Kebiasaannya, Dom (Dominant) atau Top adalah mempunyai sifat Sadist. Sub (Submissive) atau bottom pula mempunyai sifat masokis.

Bondage, melibatkan sekatan-sekatan secara fizikal dan juga minda, contoh peralatan bondage yang biasa digunakan ialah gari dan tali. Ini fetish yang paling majoriti.  Seseorang merasa teruja melihat pasangannya mengalami kesukaran bergerak dengan tangan yang terikat, atau teruja melihat pasangan tidak mampu membuat apa-apa.

Discipline/ Domination, Dom biasanya menyenaraikan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh sub mereka, undang-undang ini sebenarnya membentuk Sub untuk menjadi sesuatu yang diingini oleh Dom. Contoh yang agak ekstrem tetapi biasa, Dom mahu menjadikan Sub mereka sentiasa dahagakan seks, lalu Dom akan melatih Sub mereka mengikut langkah-langkah tertentu. Agar Dom akan menjadi paksi kepada kehidupan sub mereka.Domination, juga bermaksud mengawal dan menguasai.

Submission/Sadist, sub, adalah pasangan kepada Dom yang menyerahkan dirinya untuk dikawal secara fizikal dan juga mental. Dom biasanya mempunyai sifat sadis, merasa teruja apabila pasangannya terseksa melalui kesakitan atau kesukaran, semata-mata kerana perbuatan dan juga kehendak dia.

Masokis, masokis adalah sifat yang dimiliki oleh semua sub, didalam bdsm, sifat sadist dan juga masokis ini adalah terkawal.

Antara elemen penting didalam BDSM adalah, keselamatan, kepercayaan dan kehendak yang sama. Iaitu, segala aktiviti haruslah selamat dan hanya boleh dilakukan apabila sub percaya kepada dom dan kedua-dua pihak menginginkan matlamat yang sama.

Dominant yang memiliki submissive secara total dan permanent, akan meng'collared' submissive miliknya, dan submissive yang telah di hakmilikkkan tidak akan disentuh oleh mana-mana dominant lain.

Submissive yang telah selesa dan merasa dimiliki oleh tuannya iaitu Dominan atau Master yang sellaunya dipanggil Sir atau Master boleh merasa telah di 'own' atau hakmiliki walaupun tanpa di collared.

Teknikal kan..

Noted:Sifat kinky, iaitu apa-apa yang digunakan sebagai foreplay didalam hubungan seks biasa adalah berlainan dengan definisi utama BDSM. Dan, amaran, BDSM adalah haram, secara umumnya, andai dipraktikkan dengan pasangan yang bukan dinikahi.

Isnin, 3 September 2012

Kalau aku mati sendirian.

Sehari dua ni aku tidak begitu sihat, dan aku memilih untuk duduk dirumahku. Ada beberapa kebimbangan yang aku fikirkan.

Satu-satuny ketakutan ialah, andai aku mati tanpa tida siapa yang tahu. Rumah aku memang aku sentiasa bertutup, jarang pun kubuka pintu depan tu. Dan sentiasa berkunci grill dan pagar. Dulu ada kusimpan kunci spare dirumah Ma, tapi lepas divorce haritu, dah kutukar kunci pagar. Setelah masuk hari keempat dirumahku, baru Ma telefon kenapa aku tak menjenguk. Aku ni bila duduk seorang, mulalah leka main game dan online. Ma dan Pa pun tak kutanya berita. Hishh.

Bagaimana kalau aku jatuh tangga dan mati ditempat kejadian, telefon pula dibilik atas. Ma mungkin akan telefon 4 hari kemudian. Hari ke 5, mungkin baru Ma akan jenguk. Ma tak dapat buka pintu grill, Ma akan panggil-panggil, ooh..rumah aku tiada loceng pintu ya. Telefon-telefon. Tanya jiran.

Dua jam kemudian, baru Ma akan minta orang pecahkan mangga pagar, lepas tu kunci grill, waa kunci grill tu susah juga. Komdian, pecahkan pintu rumah. Tengok mayat aku dah membusuk ditangga. Entahkan pakai apa aku waktu tu, bernasib baiklah kalau aku pakai baju lengkap. Aduh, pasti Ma malu.


Ah, aib. Kalau aku saja tak apa, ini Ma.

Okay, ni motivasi untuk aku berpakaian lengkap dirumah, kurang-kurang kalau orang jumpa aku mati, taklah aib.

Sejujurnya, aku dah tak peduli tentang apa yang berlaku waktu itu, aku pasti sedang sibuk dengan Mungkar Nangkir.

Tapi bagaimana kalau tidak mati. Sebaliknya aku jatuh, atau kena rompak, orang potong tangan? Hmmm. Seksa juga, panjat tangga, telefon Deanna, Deanna dah tiada kunci pendua pula. Ah, telefon Ma juga jawabnya.

Memang aku layaklah kena marah dengan Ma sebab tak telefon tadi. Ish...

Ahad, 2 September 2012

Warna pink.


Sabtu

aku: Yang, esok I pergi open house,  with the positive group that I told you about.
dia: oh, okay that should be nice. So you will be wearing baju kurung?
aku: of course no, you know i hate baju kurung, I will wear what I wear now.

Dia melihat aku, ya, kami di stesyen bas, aku menghantarnya menaiki bas pulang ke utara.

dia: no, you will not wearing this cargo pants, black tudung and brown shirt.
aku: hello, its me, why suddenly I look ugly in dark colour (ada alasannya kenapa persona ku adalah Dark angel).
dia: its Open House sayang, not a funeral. Hah, wear your pink tudung and some red or pink shirt, I know you have one, and please dont wear this cargo pants.
aku: you dont like me in cargo pants?
dia: i like it when you with me, but tomorrow will be open house and you dont want to wear baju kurung, at least..go with proper clothes.
aku: hmm...no I will not wearing any pink thingy in my normal day.
dia: you know your skin looks really nice with pink colour, you look good with pink stuff.
aku: i hate pink.
dia:there are people are dying to have skin like yours, sayang. (yela aku tahu la kau tahu setiap inci diri aku, hahah)
aku: urghhh, dont want.
dia: please, dont wear dark colour, you will destroy my reputation.
aku: why?
dia: nanti orang cakap I tak pandai jaga u.
aku: grrrrrrr...
dia: promise me, you will wear the something pink.
aku: kiss me first.

Deanna buat muka geram. Hahaha. Aku suka usik dia ditempat awam, kerana aku tahu dia takkan berani berbuat apa-apa. Dan aku cuma berani usik dia ditempat awam, sebab tahu dia tidak akan berani mengajak aku lebih-lebih. Jadi janjiku pada diri aku, no intimate thing, selamat.hehe.

Ahad.

Sessi perkenalan.
aku: nama di FB saya.....Malaikat Gelap.

Terhamburlah ketawa, aku dengan baju merah dan tudung pink aku tetapi punya ID malaikat gelap, tapi memang kami semua tak lekang dengan gelak ketawa semalam. Yep, open house semalam, antara hari yang gembira. Setiap kita punya cerita tersendiri, kisah silam yang hitam dan juga perjuangan yang sukar untuk difahami oleh orang lain.

Dan setiap kita punya hak untuk bahagia, bahagia dengan jalan yang benar, adalah kebahagiaan yang hakiki. Bahagia dengan sesuatu yang mengundang kegusaran adalah sekadar membawa derita buat fitrah yang telah tuhan tanamkan dihati setiap kita, hambanya.

Aku sebenarnya on-diet, kalau tak memang aku belasah juga kek-kek yang sedia ada.Hehhe.

Paling indah bagi aku, ialah setiap wajah-wajah dirumah wahidayah semalam adalah lambang insan-insan terpilih yang diuji tuhan dengan pelbagai stigma dan mereka tidak mengalah, sebaliknya melawan arus, berjuang mendekatkan diri dengan masyarakat yang kononya normal dan bebas virus yang kononya berdosa ini.

Semoga silaturahim membawa kesyurga....

Dan lagu ini berputar menemani aku sepanjang perjalanan pulang sendirian semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...