Halaman


Isnin, 8 Oktober 2012

Qalbu itu amat istimewa.

Setiap kita punya seketul darah didalam tubuh yang dipanggil hati.

Siapa pun kita, akauntan, doktor, tukang sapu sampah, perogol bersiri atau mahu pun seorang algojo. Dari hati datangnya niat. Datangnya lintasan hati, yang tuhan tahu lebih dekat dari urat leher. Dan, dari hatilah datang segalanya. Cinta atau dusta, puji atau puja. Segalanya.

Tapi kadangkala, kerana kita terlalu mengikut hati, kita lupa bahawa orang lain juga mempunyai hati. Lalu kita permainkan hati itu, kita lakukan sewenangnya.

Sekeji manapun manusia itu, tetap ada kebaikan didalam hatinya, cuma kerana kadangkala kita buta hati, lalu kita tanpa berfikir dua kali, kita terus membenci. Hanya kerana dia lelaki, hanya kerana dia songsang, hanya kerana dia mungkin kecelaruan minda, hanya mungkin kerana khilafnya, kita membenci.

Harus juga diingat. Selagi ada perasaan benci dihati ini, ruang untuk kasih sayang dihati itu, akan sukar untuk masuk.

Aku baru menonton filem tentang perkahwinan yang dirancang. Seorang isteri dinafikan hak batinnya berkali-kali. Seorang suami juga hampir diperlakukan begitu.

Perkara pertama yang akan memberi kesan ialah, hati. Psikologi individu itu. Perempuan fitrahnya malu dan lelaki fitrahnya ego. Kerana fitrahnya malu, wanita akan mengalami kesan psikologi yang agak teruk. Lelaki pula mungkin akan mudah tercabar ego dan melenting.

Fitrah, lelaki itu khalifah. Itu ketetapan tuhan. Dan pasti ada alsannya. Perempuan tidak akan ditanya tentang saudara-saudara lelaki nya, tetapi lelaki akan ditanya tentang perempuan-perempuan dibawah jagaannya. Kerana itu tidak dapat disangkal, lelaki itu diberi akal yang sedikit lebih. Ya, mungkin darjat. Tetapi perkataan darjat ini sensitif, aku tahu. Namun tetap terbukti, Allah tidak pernah menjadikan wanita sebagai rasul, kerana itu juga lelaki tiada cuti solat, lol.

Lantas, tepatnya, lelaki ada istilah dayus. Andai dia gagal bertindak sebagai lelaki.

Aku bukan nak mengagungkan lelaki, hanya tuhan yang tahu bahawa beberapa kali aku cuba menahan diri dari tidak bersikap rasional dan membenci lelaki.

Banyak orang lupa menjaga hati orang yang menyintai dia, siapa pun orang itu.

Aku? aku tidak menyintai mana-mana lelaki pada saat ini, tapi saat ini, hatiku baru dihancurkan oleh seorang lelaki, mungkin tanpa dia sedar.

Namun ada hikmahnya bila kita tak menyintai sesiapa. Dan aku adalah manusia yang boleh sakit kerana cinta, amat sakit, aku pernah menangis hingga muntah apabila 2nd master aku berkahwin, walhal janji dah setinggi langit. Siapa aku saat itu, aku hanya sekadar barang permainannya. Tapi, aku juga mudah melupakan, sakit dan perit itu.

Kata kawan, aku mudah tenggelam dengan diri aku, aku mudah lupakan kawan. Bagi aku, tuhan jadikan aku mudah lupa pada banyak peristiwa supaya aku tabah menghadapi setiap perkara.

Tidak bermakna pula, aku mudah memaafkan diri aku. Kerana, jiwa aku sebenarnya tidak pernah lupa. Cuma ia tidak menghantarnya ke ruang akalku. Mungkin seketul hati ini telah rosak. Dan sekadar mengizinkan jantung mengepam darah dan membiarkan nadi terus berdenyut.

Tidak, aku bukan putus asa. Aku cuma tidak mahu berharap. Selain mendoakan keluargaku, dan mohon aku menjadi hamba yang diredhai, aku tidak meminta apa-apa dari Allah lagi. Bukan aku angkuh.

Tetapi hati aku, mungkin telah tiada.

8 ulasan:

  1. semoga kebahagiaan akan datang memeluk engkau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga kebahagiaan yang hakiki disana kelak dapat aku kecsapi

      Padam
  2. Tabahlah wahai hati...
    sentiasalah bersabar dalam bersabar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tahu hati tu tabah, dan setiap insan akan diuji hanya mengikut kemampuannya.insyaallah

      Padam
  3. ermm mengikut definasi dr maza.. qalbu tu jantung bukan hati..

    tak kisahlah apapun ujian dan bagaimana albu seseorang memandang dan mentafsir yang penting kena ada "strong heart" hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmm..banyak istilah dari segi definisi bahasa dan sebagainya. takpelah asal paham sudaaa..hehe

      Padam
  4. ikut hati mati, ikut rasa binasa..ikut iman..ada pulak yg menggoda tapi no xcuse ikut iman juge walau dimana dan kemana..insyaAllah...

    BalasPadam
  5. Yep. Nak taknak iman kena perjuangkn

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...