Pertubuhan Positive Warriors Malaysia adalah inspirasi dari blog AkuHIV positif, dimana NGO ini terdiri daripada sukarelawan yang sukarela berkhidmat untuk menghasilkan komuniti yang memberi sokong bantu kepada PLHIV khususnya muslim di Malaysia. Juga bekerja keras menyebarkan maklumat yang tepat tentang situasi sebenar diskriminasi, prejudis dan stigma yang berlaku terhadap PLHIV kepada masyarakat,melalui media sosial, program-program yang dianjurkan ataupun yang menjemput wakil atau presiden PPWM untuk memberi penerangan tentang komuniti dan misi PPWM. PPWM bukanlah satu NGO yang mempunyai kepakaran dalam outreach atau bantuan kebajikan.
Presiden persatuan ini adalah En. Muhammad bin Wahid atau lebih dikenali sebagai Pie, beliau telah membawa keluarganya dalam perjuangan ini, beliau terjun dan dalam masa yang singkat iaitu kurang lebih 3 tahun, beliau telah membuatkan nama Pertubuhan Positive Warrior Malaysia mula meniti bibir mereka yang berkecimpung didalam arena HIV aktivis ini. Bonus bagi beliau kerana beliau seorang PLHIV yang beristeri dua(isteri-isteri dan anak-anak adalah bebas dari HIV) dan berlatar belakang agama yang kuat. Situasi itu menepis bahawa semua PLHIV itu hanya terdiri dari individu-individu yang berdosa, pembuat maksiat dan sampah masyarakat.
Disamping beliau dan keluarga sentiasa menghadiri jemputan program yang berkaitan dengan AIDS dan HIV yang bukanlah berbayar sangat seperti yang didakwa kadangkala, beliau baru-baru ini telah menggunakan semua sumber kewangan beliau dan keluarga demi membina sebuah pusat komuniti mini, sebagai lokasi program-program pemantapan sukarelawan PLHIV dan juga sebagai tempat untuk mendidik masyarakat tentang HIV dan AIDS.
Maafkan aku kalau aku dilihat sedikit menyanjungi keluarga ini. Buat pengetahuan semua, dari keluarga beliau dan beliau juga menerapkan asas didalam pertubuhan ini satu prinsip sukarelawan yang sebenar. Iaitu kami bekerja tanpa apa-apa imbuhan, program-program yang dikendalikan melalui tajaan JAKIM dan sebagainya, dijalankan tanpa sedikit pun ahli jawatankuasa mendapat imbuhan. Apatah lagi untuk masuk ke akaun pertubuhan. Kami bekerja dengan peluh dan airmata sendiri.
Aku belajar dan terkejut apabila sebenarnya, kebanyakan NGO bekerja dengan dana dari sesuatu sumber. Walaupun itu tidaklah salah dan kebanyakan NGO memperuntukkan elaun untuk sukarelawan sendiri, hingga kadangkala sesbuah NGO sangat bermotifkan wang untuk bergerak.
Pertubuhan Positive Warriors Malaysia mungkin adalah sebuah NGO yang paling miskin didalam bidang ini, Namun matlamat perjuangan ini adalah mendidik masyarakat dan juga memantapkan komuniti yang dikatakan terpinggir ini tetap berlansung. Benar, yang menggerakkan pertubuhan ini naif dalam bidang mengutip dana, namun bayangkan selama sepenggal, satu AGM, tanpa dana melainkan program-program yang ditaja JAKIM, pertubuhan ini telah dikenali dan memberikan khidmatnya dengan baik sekali.
Pusat Komuniti yang dibina di tanah persendirian ini adalah infaq beliau sekeluarga dan juga mereka yang memberi sumbangan untuk satu pusat pendidikan kepada masyarakat. Disinilah nanti, disamping seminar dan program, tempat beliau mengajar quran dan fardhu ain kepada murid-murid dewasa, juga penginapan mereka yang mungkin perlu kan tempat sementara menjalani rawatan di hospital atau klinik kesihatan terdekat.