Halaman


Ahad, 9 Februari 2014

Fasa kehidupan

Sesungguhnya hidup ini berfasa-fasa. Dan begitu juga ujian yang ditakdirkan dalam landas kehidupan. Bila direnung diri ini, dalam-dalam, kadangkala alngkah celakanya jika kita tidak sedar kita adalah sekadar hambanya, yang melansungkan hidup sebagai khalifah, yang darjatnya lebih tinggi dari malaikat yang kekal berzikir setiap saat.

Ya, alhamdulillah, pernikahan yang berlansung pada minggu lepas adalah sesuatu yang sukar aku lupakan, kerana ia disusuli pula dengan pemergian insan yang paling aku sayang namun paling sukar aku sayangi, ibuku.

Sungguh, saat aku melangkah masuk kerumah bersama sang suami, aku memerlukan masa sendirian dan sebak beberapa saat. Kerana aku seolah tersedar, ya allah, aku kini seorang isteri. Satu keputusan yang tidak ada undur atau dapat dipadam. Kalau sebulan dulu, ia hanya sekadar mimpi, kali ini, detik ini adalah realiti yang akan menjadi hidup aku.

Alhamdulillah, aku dan dia amat serasi. Allah jodohkan kami, kerana memang kami dijodohkan dengan penuh keserasian. Dia menjadi bahu aku, disaat aku menerima berita pemergian ibu.

Dan, alhamdulillah, tuhan beri aku kekuatan dan kemudahan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sesuatu yang orang macam kita sering takuti. Aku akui, sebelum ini perkara ini juga menjadi sesuatu yang aku takuti.

Namun Allah lah pemegang hati manusia, , Dialah Maha Pembolak-balik hati manusia. Dia juga menjadikan setiap sesuatu itu dengan penuh hikmah dan ujian.

Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
(Al-Insyiqaaq 84:19

Yakin pada DIA. Hidup kan menjadi sekadar jalan yang kau lalui.

7 ulasan:

  1. Al Fatihah buat ibu yang tercinta semoga arwah bersama-sama dengan mereka yang beriman disana....

    Telah menjadi isteri orang? Alhamdulillah semoga mampu melayari kehidupan dengan lebih bahagia dan tenang...Amin3

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah achik, am sooooo happy for you!
    ^_^

    BalasPadam
  3. tahniah mgda!!!!!! semoga mgda & suami bahagia hingga ke syurga :)

    Takziah di atas pemergian arwah ibu mgda.

    BalasPadam
  4. alhamdullilah dan tahniah di atas pernikahan anda....sesungguhnya ujian tetap menanti dihadapan tetapi lalauinya dgn sabar ye....

    Takziah di atas pemergian ibu tercinta....sentiasa doakan ibu ye....

    BalasPadam
  5. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui... :) syafakallah

    BalasPadam
  6. Barakallahu laka wa baaraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fi khair

    May Allah bless you and bless your counterpart and may Allah tie your union with virtue.

    (:

    BalasPadam
  7. aamiin, atas semua doa. terima kasih tak terhingga

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...