Halaman


Jumaat, 28 Februari 2014

Pagi

Pagi-pagi aku akan mula berurusan dengan kehidupan. Cari sarapan. Kini hidup berdua,dan dia memang sentiasa disisi aku,membuatkan kami seolah-olah satu unit.

Aneh kadangkala aku ada merasakan sesuatu yang salah.

Tapi hakikatnya tiada yang salah. Kadangkala rindu pada rakan-rakan itu tak dinafi. Apalagi rindu pada hidup yang dulu.

Namun aku kini hidup dengan apa yang didepan mata. Bukan yang berlaku dulu. Jika aku hilang sesuatu yang aku korbankan untuk jalan yang diredhai ini, itulah sesuatu yang aku putuskan.

Selalu dia pesan pada aku, bila aku keluar bekerja dan sebagainya.

"Ayang,jaga hati..jaga mata"

Yep,sebab dia faham siapa aku. Ujian sentiasa menanti. Mata, dan nafsu saling berkait.

Dan aku amat bahagia mendengar sahabat-sahabat seperjuangan ku semakin kuat mencari jalan kebenaran. Kadangkala,aku terasa sendiri. Tak mengapa, tuhan sentiasa ada untuk hambanya.

5 ulasan:

  1. Lagu ni tuk MG...
    Aku yang dulu bukanlah yang sekarang... Dulu di tendang..sekarang ku disayang
    Dulu dulu dulu ku menderita.. Sekarang aku bahagia

    BalasPadam
  2. lama sangat aku tak baca belog engkau. hari ni baru aku tahu engkau dah dua bulan di dalam syurga dunia. selamat kawan ! semoga bahagia sampai syurga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...