Halaman


Rabu, 12 September 2012

Subdrop/ dropping dalam BDSM

Didalam bdsm, ada satu period yang ditakuti oleh submissive dan dom. Iaitu tempoh masa selepas satu permainan yang intense. Play yang intense mungkin melibatkan sesuatu yang baru, atau dom cuba menguji had atau limit submissive mereka. Dan apatah lagi andai dalam session tersebut ada melibatkan kemalangan, seperti sedikit cedera atau sub menyebut save word. Save word bermaksud submissive mahu permainan dihentikan, harus diingat, submissive selalunya telah dilatih untuk mengikut kehendak dom mereka, dan menyebut save word adalah perkara terakhir yang diingini oleh submissive tersebut, kerana ini bermakna mereka gagal. Gagal menyempurnakan tugas mereka dan juga gagal dalam ujian yang diberikan oleh dom mereka.

Contoh, sebenarnya sukar untuk aku berikan contoh, kerana aku takut ada pembaca yang terkejut. (pejam mata, tawakal, tak tulis, maka bdsm jadi sekadar teori sahaja).

Katalah, dalam permainan tu, submissive biasanya menerima 30 sebatan. Tapi kali itu, dom mereka mahu mereka menerima 50 sebatan. Dom yang baik akan melihat reaksi tubuh badan submissive mereka, tapi mungkin juga, submissive berlagak macho, jadi terima walhal, bila-bila masa saja dia rasa nak pengsan.

Jadi permainan mereka hariitu agak 'intense'.

Dan, kerana kebiasaannya, hubungan Submissive dan Dom, adalah umpama skandal, iaitu mereka adalah dua entiti yang hanya bertemu sewaktu play saja, bermaksud tiada ikatan yang sah, jadi mereka biasanya akan berpisah sehingga ke sessi yang lain. Disinilah, tugas paling sukar seorang dom.

Menenangkan sub mereka yang kemurungan selepas sessi tersebut. Dia lebih kurang macam baru terjatuh dari langit lah. Masa ni, kalau komuniti tahu, yang dom tidak bertindak sewajarnya kepada sub, memang, nama dom akan tercemar. Dom akan malu semalunya, kalau sub mereka mengeluh kemurungan selepas sessi di online forum bersama komuniti.

Apa yang perlu Dom lakukan adalah menghubungi sub itu tadi, keluar jumpa, atau apa sahaja, selalunya teknik paling kelakar, ialah belikan sub mereka coklat banyak-banyak.hahah.

Dan dom, juga kena ambil tahu tentang apa juga kesan pada tubuh sub mereka, selalunya melalui video call atau kiriman gambar melalui email. Setelah luka atau apa saja tanda pada tubuh hilang, sebaiknya selepas itu saja boleh diadakan sessi yang lain.

Kerana itu, sub selalunya tidak boleh play dengan orang lain melainkan dengan izin dom mereka, melainkan mereka itu sekadar one night stand. Tidak dicollar dan tidak ada mewar-warkan hubungan mereka didalam komuniti. Submissive yang sesuka hati play dengan orang lain, selalunya dianggap free sub.

Subrop.

Dalam tempoh ini, andai sub tidak dihubungi oleh Dom, sub akan mengalami kemurungan yang teruk, dia akan merasa baran dan kesedihan yang dalam. Lebih teruk jika adanya perasaan bersalah. Pakej kemurungan yang lengkap. Dan sekiranya sub itu sendiri tidak mengambil inisiatif untuk memanjakan dirinya, kemungkinan kemurungan akan menjadi parah. Berlarutan, lebih dari 3 hari.

Domdrop juga ada, tetapi biasanya didalam komuniti, dom yang tidak tahu menguruskan drop nya sendiri hampir sahaja dianggap tidak tahu menjadi dom. hahaah. Tetapi tidak dinafikan ia selalunya terjadi pada dom yang baru.

Kenapa aku menulis disini? Kerana aku perlu menulis tentang ini. Tetapi bukan di laman komuniti itu.

Aku tidak mahu masuk ke komuniti itu, walaupun sesaat. Dah dua bulan rasanya.

Jadi aku luahkan diblog ini. Apa risikonya? ada. Tapi entahlah. Pergi mati dengan risiko.

note: aku tahu, aku terlalu rindukan komuniti bdsm, dah setahun aku tak play dengan sesiapa, member ajak, aku tolak, dan tolak, dan baru-baru ni aku bergaduh dengan seorang kawan yang dah umpama dom pada aku, hanya kerna dia baru mula rancang untuk play dengan aku. Aku tak mahu. tapi ini dah jadi darah daging aku. Dan bila berhenti...aku umpama mengalami subdrop..yang tak berpenghujung. Mana ada dom nak jaga aku dah. Tuhan saja yang tahu.

Selasa, 11 September 2012

Hanya kau dan Dia

Ya Allah,
Rindu ini sukar untuk kutahan Ya Allah,
Emosi ini rasa terlalu kering, walau tiada apa yang menjadi duka,
Tiada apa jua untuk menyuap nafsuku.













Ya Allah,
Mungkin inilah perasaan pelacur yang bertaubat,
Mungkin inilah perasaan penjudi dan peminum arak,

Ya Allah,
Seolah semakin aku menjauhi segala itu,
Semakin aku derita,
Benar, sisi iblis ini yang menderita,
Menderita menepis segala yang selama menjadi hidangan,

Ya Allah,
Aku tahu nafsu ini sedang menangis,
Katanya aku menzalimi dia,
Tatkala aku menutup segala pintu nikmat buatnya,
Lalu dia menjolok si iman yang sedang baru sedar,
Mahu dia bergocoh,
Mahu dia membenam iman yang sedang terkekang belajar berdiri,

Dulu,
Jatuh bangun ku, aku masih punya sahabat
Kini,
Tuhan ajar aku bangun sendirian,
Tuhan ajar aku mengawal sendirian,

Tidak ada yang memeluk bahu mengajak berpimpinan solat,
Tidak ada yang menunjuk kitab,
Tidak ada yang mendengar tangis,

Tiada, null.

Zaman taubat mudah itu bukan didepan mata lagi,

Ini waktu hanya kau dan nafsu,
Kerna Allah mahu kau bergantung pada Nya semata.

Tiada sidia, tiada si teman.

Menjerit sang nafsu yang dulu kau suapkan dia setiap hari.

Ya Allah, bantu aku...

Aku tidak mahu tercampak kembali kelembah hina itu..tolong..ya Karim....

Sanggupkah sendirian? Lesbian, Gay?

Sanggupkah loner selamanya?

Itu soalan seorang rakan di FB, apabila aku memutuskan untuk berhenti menyintai Deanna. Mudahkah bagai dikata? Jawapan aku, andai itu perlu untuk mendapat redha Allah, aku sanggup.

Kerana proses berhenti itu, membuatkan aku mengalami satu gelodak emosi yang kadangkala aku pun tak faham apa yang berlaku pada aku.

Hampir sebulan, tak sampai sebulan. Aku dah maktubkan pada Deanna kami akan hentikan segala yang intim. Beberapa hari lepas, kerana aku agak down selepas menerima berita pemergian seorang kawan, dia menenangkan aku dibilikku. Sukar, kerana garisan untuk terlanjur tu sentiasa rapuh. Beberapa kali situasi kekok terjadi, akibat aku menahan diri.

Sudahnya, selepas tu, aku down pula kerana asbab yang lain, sebab dah rasa high sekejap, asyik teringat dadah terlarang.

Selepas ini perjumpaan ditempat persendirian harus aku elakkan.

Benarkah aku memilih untuk sendirian?

Sebenarnya, aku tahu, aku sentiasa harus bersedia untuk itu. Pertamanya, kerana aku tahu, aku bukanlah seperti perempuan yang diingini para lelaki. Bukan masalah fizikal. Masalahnya hidup aku. Aku seorang yang amat sederhana dan praktikal, banyak skill dan naluri wanita, tidak aku miliki.

Kata Deanna, bila aku berpakaian kerja, aku adalah orang yang berbeza, aku kelihatan boleh menjadi wanita yang sempurna, tetapi bila bersama dia, berdua, aku memang tak ubah seperti seorang suami. Seolah itu adalah aku yang sebenar. Mungkin.

Keduanya, aku tahu nafsu ku lebih kepada perempuan, bila aku melihat bibir, lenggok perempuan, keinginan untuk menerkam tu, membuak sangat. Tetapi apabila dengan lelaki, sebenarnya cuma satu perkara sahaja yang akan menarik perhatian aku, sifat dominan.Dan hanya sifat dominan mereka sahaja yang akan mengeluarkan sifat kewanitaan aku. Namun, berapa ramaikah lelaki yang menghargai fitrah mereka untuk bersifat dominan? sukar dah sekarang, dan yang penting, lelaki dominan tak tertarik pada perempuan macam aku.

Ketiganya, trauma. Fikir-fikir balik, aku tak sanggup nak lalui apa yang telah aku lalui.

Ramai orang kata, lalu bagaimana dengan naluri inginkan zuriat dan keluarga?

Andai itu bukan hak kita, mengapa perlu berduka kerana itu?

Satu-satunya lelaki yang membuat aku amat selesa sebagai aku, adalah Amir. Tetapi, hanya satu, dia tidak begitu dominan. Entahlah, andai bukan dia, mungkin sendirian lebih mudah bagi aku.

Ramai Gay dan lesbian, inginkan keluarga dan sebagainya. Tapi kadang-kadang aku mengomel sendiri, berjuang sendirian, kadangkala itu takdir kita. Sedih, pedih, luka atau apa, genggam sampai lumat, kelak kau akan biasa dengan panasnya bara itu, dan kau akan hidup sendiri, tetapi kuat.

Sabtu, 8 September 2012

Perjuangan anda?

Hidup ni perjuangan, klise kan ayat tu. Dilahirkan dengan berjuang, sebab kita ni lahir dari sperma yang berjuang untuk mencapai ovum untuk disenyawakan.

Ada orang berjuang mengejar syahid dimedan perang,
Ada orang berjuang untuk mendapat nama dan penghargaan dari manusia,
Ada orang berjuang untuk membesarkan anak-anak,
Ada orang berjuang untuk menuntut ilmu hingga ke liang lahad,
Ada orang berjuang melawan nafsu,
Ada orang berjuang untuk satu kebenaran yang dianggap sampah,

Tak kurang juga yang berjuang untuk melunaskan nafsu.

Perjuangan aku kini, untuk terus berfikiran positif.
Perjuangan aku kini, untuk melawan nafsu.
Perjuangan aku kini ,untuk menjadi anak yang solehah,
Perjuangan aku kini, untuk dapat redha Allah.

Hidup sebenar kita, bukan untuk syurga atau neraka.
Tapi untuk mendapat redha ALLAH.

Kata Rabiatul Adawiyah, andai redha Allah itu ada di neraka, dia sanggup kesitu.

Nak mencapai pada sentiasa mencari redha Allah tu, bukan mudah. Bagi aku. Sebab aku masih manusia yang mencintai duniawi, yang bosan, main game, bila marah, hentak stereng kereta, dan bila sedih, mengadu kat orang.

Sebenarnya, aku nak menulis tentang lanjutan entry lepas, tentang bdsm. Tapi aku fikir, tak perlulah buat masa ini. Sebab dalam masa ini, aku tak mahu fikir tentang itu.

Perjuangan aku hari ini, nak jaga solat, jangan tertinggal. Nak jaga baran, bila berhadapan dengan Ma dan Pa.

Semua contact bdsm aku dah faham, aku tak mahu play lagi. Walaupun ini bermaksud aku hilang semua rakan. Tapi biarlah.

Cukup itu dulu. Dan kedua itu pun bukan mudah untuk aku. Serta, aku nak banyakkan istighfar, atas dosa yang terlalu banyak.

Serta, syukur..banyak...sangat, buat kehidupan yang terlalu indah ini. Sempurna dirancang tuhan. Hidup sekejap je, entah esok lusa , aku piap.

Khamis, 6 September 2012

apa itu BDSM?

Sebenarnya, aku agak keberatan nak menulis tentang tajuk ini, tetapi oleh kerana aku bosan pada malam ini rasa, tak elok biarkan aku bercerita seorang dengan secara monolog dalam blog ini, yeah, aku memilih untuk menerangkan.

Ada pembaca tanya ..entah bulan lepas agaknya, apa itu bdsm, aku jawab sila google sendiri.

Tapi sehari dua ni, aku rasa aku perlu terangkan.

B=Bondage, D=Domination, S=submission/Sadism M= Masochism



Sebenarnya,BDSM juga adalah satu kelompok manusia yang mempunyai ujian seksualiti yang maha hebat. Pernah dengar tentang fetish? Kinky? Semua ini didalam ilmu psikologi telah dimaktubkan didalam psikologi bilazim. Bilazim, secara mudahnya didefinisikan sebagai seks songsang.

Namun, BDSM adalah satu bidang, dimana semua sesualiti aneh ini dikawal dengan pelbagai undang-undang keselamatan dan etika yang tidak bertulis. Ia hanya diguna pakai didalam komuniti atau pengamal bidang ini sahaja. Sesiapa yang melanggar etika ini, biasanya akan hilang kredibiliti, dan dikira tidak selamat.

Kenapa? Kerana garisan yang membezakan psikotik dan bdsmers, amat nipis.

BDSM, empat huruf ini sekadar mewakili fetish yang memayungi fetish-fetish kecil yang lain. Apa itu fetish?

Fetish adalah keinginan seksual terhadap sesuatu yang tidak berunsur seksual pada pandangan manusia normal. Contoh, melihat wanita bertumit tinggi, melihat wanita memakai burqa, menjadi suruhan kepada wanita, dikawal oleh seseorang yang bersifat autoriti atau dominan, mengasari pasangan, melihat pasangan merasa malu atau terhina, dihina atau dimalukan..dan banyak lagi yang kadang-kadang tidak terfikir oleh akal manusia yang tidak diuji dengan seksualiti ini.

Setiap kali melakukan sessi BDSM, kebiasaannya pasangan mempunyai peranan masing-masing, iaitu Dominant atau Submissive, atau juga, Top atau Bottom.

Kebiasaannya, Dom (Dominant) atau Top adalah mempunyai sifat Sadist. Sub (Submissive) atau bottom pula mempunyai sifat masokis.

Bondage, melibatkan sekatan-sekatan secara fizikal dan juga minda, contoh peralatan bondage yang biasa digunakan ialah gari dan tali. Ini fetish yang paling majoriti.  Seseorang merasa teruja melihat pasangannya mengalami kesukaran bergerak dengan tangan yang terikat, atau teruja melihat pasangan tidak mampu membuat apa-apa.

Discipline/ Domination, Dom biasanya menyenaraikan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh sub mereka, undang-undang ini sebenarnya membentuk Sub untuk menjadi sesuatu yang diingini oleh Dom. Contoh yang agak ekstrem tetapi biasa, Dom mahu menjadikan Sub mereka sentiasa dahagakan seks, lalu Dom akan melatih Sub mereka mengikut langkah-langkah tertentu. Agar Dom akan menjadi paksi kepada kehidupan sub mereka.Domination, juga bermaksud mengawal dan menguasai.

Submission/Sadist, sub, adalah pasangan kepada Dom yang menyerahkan dirinya untuk dikawal secara fizikal dan juga mental. Dom biasanya mempunyai sifat sadis, merasa teruja apabila pasangannya terseksa melalui kesakitan atau kesukaran, semata-mata kerana perbuatan dan juga kehendak dia.

Masokis, masokis adalah sifat yang dimiliki oleh semua sub, didalam bdsm, sifat sadist dan juga masokis ini adalah terkawal.

Antara elemen penting didalam BDSM adalah, keselamatan, kepercayaan dan kehendak yang sama. Iaitu, segala aktiviti haruslah selamat dan hanya boleh dilakukan apabila sub percaya kepada dom dan kedua-dua pihak menginginkan matlamat yang sama.

Dominant yang memiliki submissive secara total dan permanent, akan meng'collared' submissive miliknya, dan submissive yang telah di hakmilikkkan tidak akan disentuh oleh mana-mana dominant lain.

Submissive yang telah selesa dan merasa dimiliki oleh tuannya iaitu Dominan atau Master yang sellaunya dipanggil Sir atau Master boleh merasa telah di 'own' atau hakmiliki walaupun tanpa di collared.

Teknikal kan..

Noted:Sifat kinky, iaitu apa-apa yang digunakan sebagai foreplay didalam hubungan seks biasa adalah berlainan dengan definisi utama BDSM. Dan, amaran, BDSM adalah haram, secara umumnya, andai dipraktikkan dengan pasangan yang bukan dinikahi.

Isnin, 3 September 2012

Kalau aku mati sendirian.

Sehari dua ni aku tidak begitu sihat, dan aku memilih untuk duduk dirumahku. Ada beberapa kebimbangan yang aku fikirkan.

Satu-satuny ketakutan ialah, andai aku mati tanpa tida siapa yang tahu. Rumah aku memang aku sentiasa bertutup, jarang pun kubuka pintu depan tu. Dan sentiasa berkunci grill dan pagar. Dulu ada kusimpan kunci spare dirumah Ma, tapi lepas divorce haritu, dah kutukar kunci pagar. Setelah masuk hari keempat dirumahku, baru Ma telefon kenapa aku tak menjenguk. Aku ni bila duduk seorang, mulalah leka main game dan online. Ma dan Pa pun tak kutanya berita. Hishh.

Bagaimana kalau aku jatuh tangga dan mati ditempat kejadian, telefon pula dibilik atas. Ma mungkin akan telefon 4 hari kemudian. Hari ke 5, mungkin baru Ma akan jenguk. Ma tak dapat buka pintu grill, Ma akan panggil-panggil, ooh..rumah aku tiada loceng pintu ya. Telefon-telefon. Tanya jiran.

Dua jam kemudian, baru Ma akan minta orang pecahkan mangga pagar, lepas tu kunci grill, waa kunci grill tu susah juga. Komdian, pecahkan pintu rumah. Tengok mayat aku dah membusuk ditangga. Entahkan pakai apa aku waktu tu, bernasib baiklah kalau aku pakai baju lengkap. Aduh, pasti Ma malu.


Ah, aib. Kalau aku saja tak apa, ini Ma.

Okay, ni motivasi untuk aku berpakaian lengkap dirumah, kurang-kurang kalau orang jumpa aku mati, taklah aib.

Sejujurnya, aku dah tak peduli tentang apa yang berlaku waktu itu, aku pasti sedang sibuk dengan Mungkar Nangkir.

Tapi bagaimana kalau tidak mati. Sebaliknya aku jatuh, atau kena rompak, orang potong tangan? Hmmm. Seksa juga, panjat tangga, telefon Deanna, Deanna dah tiada kunci pendua pula. Ah, telefon Ma juga jawabnya.

Memang aku layaklah kena marah dengan Ma sebab tak telefon tadi. Ish...

Ahad, 2 September 2012

Warna pink.


Sabtu

aku: Yang, esok I pergi open house,  with the positive group that I told you about.
dia: oh, okay that should be nice. So you will be wearing baju kurung?
aku: of course no, you know i hate baju kurung, I will wear what I wear now.

Dia melihat aku, ya, kami di stesyen bas, aku menghantarnya menaiki bas pulang ke utara.

dia: no, you will not wearing this cargo pants, black tudung and brown shirt.
aku: hello, its me, why suddenly I look ugly in dark colour (ada alasannya kenapa persona ku adalah Dark angel).
dia: its Open House sayang, not a funeral. Hah, wear your pink tudung and some red or pink shirt, I know you have one, and please dont wear this cargo pants.
aku: you dont like me in cargo pants?
dia: i like it when you with me, but tomorrow will be open house and you dont want to wear baju kurung, at least..go with proper clothes.
aku: hmm...no I will not wearing any pink thingy in my normal day.
dia: you know your skin looks really nice with pink colour, you look good with pink stuff.
aku: i hate pink.
dia:there are people are dying to have skin like yours, sayang. (yela aku tahu la kau tahu setiap inci diri aku, hahah)
aku: urghhh, dont want.
dia: please, dont wear dark colour, you will destroy my reputation.
aku: why?
dia: nanti orang cakap I tak pandai jaga u.
aku: grrrrrrr...
dia: promise me, you will wear the something pink.
aku: kiss me first.

Deanna buat muka geram. Hahaha. Aku suka usik dia ditempat awam, kerana aku tahu dia takkan berani berbuat apa-apa. Dan aku cuma berani usik dia ditempat awam, sebab tahu dia tidak akan berani mengajak aku lebih-lebih. Jadi janjiku pada diri aku, no intimate thing, selamat.hehe.

Ahad.

Sessi perkenalan.
aku: nama di FB saya.....Malaikat Gelap.

Terhamburlah ketawa, aku dengan baju merah dan tudung pink aku tetapi punya ID malaikat gelap, tapi memang kami semua tak lekang dengan gelak ketawa semalam. Yep, open house semalam, antara hari yang gembira. Setiap kita punya cerita tersendiri, kisah silam yang hitam dan juga perjuangan yang sukar untuk difahami oleh orang lain.

Dan setiap kita punya hak untuk bahagia, bahagia dengan jalan yang benar, adalah kebahagiaan yang hakiki. Bahagia dengan sesuatu yang mengundang kegusaran adalah sekadar membawa derita buat fitrah yang telah tuhan tanamkan dihati setiap kita, hambanya.

Aku sebenarnya on-diet, kalau tak memang aku belasah juga kek-kek yang sedia ada.Hehhe.

Paling indah bagi aku, ialah setiap wajah-wajah dirumah wahidayah semalam adalah lambang insan-insan terpilih yang diuji tuhan dengan pelbagai stigma dan mereka tidak mengalah, sebaliknya melawan arus, berjuang mendekatkan diri dengan masyarakat yang kononya normal dan bebas virus yang kononya berdosa ini.

Semoga silaturahim membawa kesyurga....

Dan lagu ini berputar menemani aku sepanjang perjalanan pulang sendirian semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...