Halaman


Rabu, 4 September 2013

Pengkid oh pengkid

Sebenarnya isu ini agak dah basi. Tapi asyik bermain dikepala aku.  Beberapa bulan lepas, ada dua isu yang berputar di muka buku tentang pengkid. Pengkid disini adalah individu berjantina perempuan yang berperwatakan lelaki. Kenapa aku buka definisi, sebab ada juga yang merujuk kepada semua kami yang senget sebagai pengkid. Sungguh salah. Tapi tiada salah apa pun, cuma salah definisi sahaja. Aku tak kisah pun.

Isu pertama, video yang kononnya menghina Islam. Video ni, setelah aku tonton berkali-kali. Pertama sekali, aku dah berdebar dah bila nampak individu didalam ni. Yang bagi aku sekadar boyish kot. Pengkid tegar, lebih lagi dari ini. Aku tak sedap hati, sebab aku tahu akan mulalah segala cacian terhadap golongan pengkid menghangatkan masyarakat. Masa tu aku berdoa agar bukanlah individu ini seorang Islam. Allah tak makbul. Didalam kad pengenalannya, Islam.




Tapi, percaya atau tidak, aku tak rasa pun video ini menghina islam. Pada aku video ini sekadar memainkan sentimen perkauman. Berdosa ke sentuh anjing? Orang melayu, kalau sebut anjing pergh, memang boleh melenting. Walhal dalam sirah ada disebut orang yang tidak solat dengan sengaja, air hujan yang jatuh ke atapnya, boleh dianggap air yang jatuh tu lebih hina dari urin anjing. Sentuh anjing cuma perlu samak, tidak berdosa, anjing juga makhluk ciptaan Allah. Sentuh orang yang bukan muhrim, ya berdosa. Tak solat, ya berdosa. Dan, yeah, Maznah agak nakal memainkan sentimen ini, dan sekarang tak tahu lah apa cerita didalam lokap ke. Aku akui, video ini tidak wajar, kerana video ini memang berniat jahat untuk meng onarkan masyarakat melayu Islam di Malaysia.

Dunia pengkid juga yang kena ludah.

Kemudian, isu tentang Tabung Haji mengisytiharkan Pengkid haram pergi haji. Masa ni aku memang nak kata Apa neraka! (What the hell). Tengok video, rupanya masalah nak menyediakan bilik, kerana ditakuti muslimat lain tidak mahu berkongsi bilik.




Pertama sekali, aku nak cakap. Pengkid, kalau nak pergi haji, dia dah tak macam pengkid dah. Kalau ada pun, dalam hati sahaja. Cuma, ye, kalau bila sebilik dengan muslimat lain, buka tudung, rambut ala komando, memang muslimat lain akan tak senang, apa susah, duduk kan jela dengan makcik-makcik, paling-paling pun beristighfar je, paling-paling pun makcik-makcik tu berleter jela. Dan lagipun, kalau kami nak pergi haji, masa tu takde lah fikir nak mengsongsang tak tentu pasal. Ehhh..kami pun tahu juga hormat agama dan tanah suci tu, kalau tak takdelah kami pergi mendaftar haji weiiii. Benda ni takde isu sebenarnya. Takdelah siapa antara kami yang kurang akal, mendaftar nak pergi haji, lepas tu declare kami ni pengkid. Tu konpem la orang kurang waras wehhh.

Lain tak bukan sekadar nak memburukkan pengkid kan? Isu ni. Jangan risau, tidak ada pengkid yang mendeclare diri pengkid nak daftar haji. Ni lain dengan kes FTM. FTM di Malaysia memang tidak ada undang-undang mengesahkan. Itu kes lain. Semua, pengkid ke, senget ke, PLU mana pun, kalau nak pergi haji, mesti nak pergi sebagai muslimat/muslimin. Dan kalau tersatu bilik dengan muslimat yang ala-ala pengkid pun, jaga aurat sudahla, tak perlu takut, kami sedar diri, kami sedar kami dimana masa tu. Jaga aurat sebagai sesama perempuan. Janganla pula, pergi gedik tanpa seurat benang dalam bilik tu. Itu memang cari nahas.

Setiap kita punya hati dan perasaan, lihatlah lebih dari sekadar kulit. Jika anda seorang yang berhikmah.


note: aku rindu nak menulis. Hujung tahun makin hampir, makin sibuk. hidup aku alhamdulillah, segala puji bagi Allah, aku gembira dan tenang, segalanya punya hikmah. Dan ..aku sayang dan rindu mak ayah aku yang kini tak tinggal sekali dengan aku, mungkin sementara, atau tempoh tertentu.

11 ulasan:

  1. tentang air tangan orang tak solat tu hurmm.. suka saya nak ingatkan bahawa cerita berkaitan agama, nabi dan ulama terdahulu di selidik dulu sumbernya takut israeliat.. wallahualam..

    tentang Maznah dan anjing saya no komen cuma yang silapnya dia upload video di waktu Malaysia tengah panas dengan isu bak ku teh halal.. walaupun niatnya baik tapi dengan moral dan sensetiviti yang rendah di kalangan rakyat Malaysia ni...memang kena bersabar dengan impaknya..

    saya suka penerangan DR MAZA kalau hal berkaitan anjing...dan mungkin masyarakat Malaysia mengambil pandangan imam syafie dalam hal ini.

    Tentang pergi haji... biasalah tabung haji skrg bukan lagi mendengar suara hati rakyat lebih kpd keuntungan perniagaan.. dan di Malaysia maklum kpd nampak islamik berbanding berjiwa islamik..

    kalau hukum bela anjing pula saya suka dgr penerangan ustaz Imran... dia ada sebut cucu rasullulah bermain dgn anjing dan menyorok anjing di bawah katil..

    agama ini sebenarnya seronok dan indah kalau betul2 kita mengamalkannya.. kita banyak amal persepsi..dan sangkaan agama.. sedih..

    wallahualam.


    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks AO, susah juga kalau kita yang cetek ilmu ni, hai...kena banyak belajar ilmu hadis2 dan perawi2nya.

      Padam
    2. kan....nampak tak main prob nya disitu...umat islam masih cetek pengetahuan agama sendiri terutama bab fiqh nihhh( termasuk le diri sendiri) ..hadis pon tak berapa hafal..patot byk kan prog agama kat tv drpd tunjuk drama yg melalaikan....umat islam semakin tenat.....

      Padam
    3. ermm masalahnya besar tapi setiap kali sesuatu isu kat MAlaysia ni ada... setiap kali itulah banyak jalan keluar ada..perasan tak? hehe cuma kita kena fikir positif dan cari jalan keluar..

      mcm isu anjing ni.. bila kontroversinya meluas banyak ustaz2 mengeluarkan artikel dan youtube ttg ulasan hukum dengan anjing.. (sb tu lah saya pun tahu, sy pun br tahu hehe)

      cuma yang di kesalnya isu anjing ini yang di petik pengkidnya.. dalam isu bak kut teh yg di petik bangsanya ..(cina)..



      tentang bab hadis pula.. saya sarankan belajar slow2.. kita mungkin bukan golongan yang hafal hadis ... mungkin juga bukan golongan yang hafal hadis dan perawi tapi cukuplah kita tahu ada hadis dan tahu merujuk..

      ya ilmu kita tak banyak lebih2 lagi kita ni belajar x formal..you tube dan artikel..

      saya terus terang sedih dgn keadaan di Malaysia.. golongan agamawan tugasnya berdakwah membuka jalan kpd tuhan sebaliknya jadi lain.. tapi tak boleh nak salah 100% kat mereka.. saya lihat ramai lagi agamawan yang betul2 membuka jalan kpd Allah.. dan tidak menggunakan agama untuk kepentingan diri..

      wallahualam.

      saya ada saranan..(dr org yang bukan PLU ni..)

      buang perkataan golongan.. seperti golongan pengkid, golongan mat rempit, golongan ulama, golongan petani.. hakikatnya kita semua islam.. dan bila kita letak golongan kita dah bahagi-bahagikan islam kita.

      umat islam itu bersaudara..kita semua satu golongan..golongan manusia cumanya di dalam golongan itu berbeza-beza watak..namun hati kita tetap di ikat kpd kebenaran yang satu.. wallahualam.

      saya fikir dgn meletakkan perkataan golongan lah yg jadikan kita jurang ..itu jauh.. wallahualam.

      Padam
  2. video tu keluar lama dah tp br sekarang kecoh....ape tujuan org yg sebarkan nya...ish2....lagi satu yg sy tak setuju adalah apabila ramai yg menghina maznah tu...
    kalau ape yg dia buat tu salah di sisi agama tegur la dgn berhikmah & jelas lah hukum sebenar drpd melenting....sy tgk sekarang tak byk ulamak yg betol berdakwah nak perbetolkan blk akidah umat islam kalau ada pon boleh kira dgn jari ja.masing2 sibuk nak bertekak nak tegakkan pendapat masing2...

    yg pasal haji tuh sy rase statement tu agak krg bijak...ade ke org pi haji pikir nak buat bde dosa......bkn ke ade ptg larang yg kene diikut....haishh lawak tol

    BalasPadam
    Balasan
    1. tujuan orang yg sebarkan...nak bagi maznah kena tangkap kot :)

      takpelah, kita belajar danbetulkan apa yang kita mampu, dalam masa yang sama..kita doa moga kita tak diuji dengan ujian yang berat seperti bongkak dan berniat jahat pada ilmu.

      ala..pakcik2 tu..manalah dorang faham pasal pengkid. depa cuma nampak benda yang depa nampak. takpe...kita yang faham ni, fahamilah orang yang tak faham.

      Padam
    2. hmm betol2....tp kan diorg tak sedar ke ape yg diorg buat & ckp tu boleh menyebabkan golongan2 ni jauh dr agama....berapa ramai yg turun pdg pegi kat tpt awam berdakwah....kagum ngan org islam luar negara yg rajin buat street dakwah

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...