Halaman


Isnin, 23 September 2013

Bukan kerana Adam

Sejak akhir-akhir ini, aku akui aku lebih banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan dan juga berulang-alik dari bandar kelahiran ku, ke KL, tanggungjawab terhadap keluarga dan aktiviti samada bersama NGO sukarelawan juga sudah mula menapak dihatiku.

Mendapat berita dari pengajur GNY, kami inshaallah diminta untuk merancang GNY 2 pada november, moga dipermudahkan urusan dan niat kami tetap dan jitu kerana Dia.

Dalam pergaulan ku akhir-akhir ini, aku bertemu beberapa rakan plu yang mengalami kisah silam yang getir. Berubah dan cuba berubah, dimanipulasi oleh kaum adam, kerana kononnya mengajak mereka pada perubahan, tapi sebaliknya sekadar nak menggunakan mereka.

Sedih, kerana perubahan itu akan semakin sukar selepas itu, dan simpati kerana luka dan parut yang ditinggalkan bukan alang-alang.

Berubah dan menjadikan Adam sebagai penyelesaian, bukanlah jawapan yang tepat. Namun, kesilapan sebegai manusia tidak pernah dapat dielak. Kalau nak dikecam, memanglah sukar untuk menjumpai Adam yang benar-benar tahu tanggungjawabnya diluar sana.

Namun Sang Adam juga lemah, juga manusia, kesalahannya juga kerana dia manusia.

Berubah, cukup kerana tidak mahu terlibat dengan apa-apa yang Allah tak redha, samada yang ragu-ragu atau yang pasti. Berusaha kearah itu, bagi aku, pendapat aku yang lemah ini, itulah yang tepat.

Walau jalannya, tidak pernah mudah. Sejak akhir ini aku sedar, aku semakin memerlukan kekuatan, kerana seolah ada suatu kekosongan dalam jiwa aku. Lebih-lebih lagi, bila tuntutan kerja dan tanggungjawab pada banyak perkara, semakin membuat masa untuk menuntut ilmu itu kurang. Walhal, menuntut ilmu adalah penawar dalam perjuangan. Paling tidak, membuka buku-buku hadis dan memainkan video-video ceramah ustaz-ustaz dari Youtube sudah sedikit menjadi penawar.

Manusia, memerlukan sentuhan,hati dan fizikal. Oleh kerana aku kini kerap bersendirian, kerana jauh dari keluarga, keperluan itu kadangkala menghampiri sifar. Tidak hairan ramai orang bujang memilih untuk memlihara haiwan peliharaan, tapi, situasi aku yang selalu berada dalam perjalanan pula tidak mengizinkan.

Namun, putus asa tidak sekali. Alhamdulillah, aku dah melepasi tahap itu. Moga aku tetap dijalan ini, dan aku sedar hati manusia itu berbolak-balik, usaha tetap usaha.


11 ulasan:

  1. kagum dengan kesungguhan mgda.....moga diberikan kekuatan untuk beristiqamah dgn usaha dakwah & dlm menambah iman dan taqwa.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan kagum, syaz.. terima kasih kerana men.doakan. setiap perkara ada pasang surut, dan harap ini hingga ke akhir hayat

      Padam
    2. sy pon macam tu jgk...iman naik turun...kadang tension jgk tak dpt beristiqamah....sekarang target nak memperbaiki amalan fardhu ain supaya lbh baik

      Padam
    3. InshaaLlah shaz. Yg Allah pandang..usaha :)

      Padam
  2. Kalau saya adam iginkah mg mengahwini saya?

    BalasPadam
  3. Salam mdga..

    Hidup ni memang byk pasang surutnya. Kadang2 kita kuat sekeras batu dan kadang2 jiwa blh serapuh kaca. Bila hidup memilih yang Ilahi, laluannya mmg sukar. Memisahkan diri dari kenikmatan dunia yang pernah membuat kita leka dan hanyut satu ketika dulu. Keseronokan yang membuat kita rasa sangat bahagia tp itulah racun dunia.

    Mgda,

    Saya tahu apa rasanya...sakit, pilu, sunyi, sepi...kdg2 cemburu singgah di hati, tapi seberkas kekuatan yang Allah beri ni, membuat saya terus pandang kehadapan meneruskan nekad. Tiada lagi lagu2 peneman diri sbb itu semua hanya membuat emosi dan jiwa terus hanyut dan mengenang kisah duka. Alhamdullilah, sejak nekad awal tahun..selama hampir 8 bulan ini, zikir terapi Hafiz Hamidun mmg benar2 membantu saya untuk kuat berubah. 12 tahun sy terbelenggu dgn dunia plu. Tiada apa yang blh sy bangga kan, hanya penyesalan yang akan terus menghantui.

    Sy benar2 bersyukur pd Allah kerana telah memberi hidayah membuka hati ini untuk kembali bertaubat. Setiap makhluk-Nya takkan sunyi daripada ujian dan sy redha dgn ujian ini. Sy pernah juga terpikir utk terima Adam sebagai jalan untuk saya express berubah. Sebenarnya, ini bkn penyelesaian. Ikhlas kan diri pd-Nya dan cuba cari kebenaran tauhid, hanya ini yang akan menjadi benteng.

    Menangis hampir setiap kali lepas solat. saya buat sekerap mampu solat taubat kerana merasa diri terlalu hina dengan dosa2 lalu. Saya benar insaf dan berharap Allah beri keampunan kepada saya.


    Jgn sesekali letak kebergantungan hidup pd manusia. Sbb bila manusia itu telah tiada, kita akan hilang punca. Berserah segala-galanya hanya pada Allah. Pesan Dr Prof Muhayah yang sy pegang smpi hari ini. Jaga pergaulan dan jaga solat. Insyaallah, setiap kesusahan itu pasti Tuhan akan beri keringanan. Yakin yang Allah akan permudahkan urusan.

    Mdga,

    Sbnrnya hati dan jiwa ini sangat2 rapuh. Sy banyak hilang kwn. Sy hilang aktiviti ape yang penah sy suke. Airmata ni mudah sangat jatuh. Kdg2 dtg dugaan yang sukar sy nk tepis. Tp saya tahu kesusahan dan kepahitan ini, adalah ubat untuk saya. Saya tak kisah hilang semua tu sbb sy mencari redha dan kasih syg Allah. Bkn penghargaan atau perhatian drpd manusia.

    Saya tahu awk kuat. Teruskan nekad...Insyaallah, Allah bersama-sama dgn org yg benar.

    Idamin.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Ida min. Betul semua kata3 awak. Dan mmg saya beli pun cd zikir terapi 1 dan 2 pun heheh.

      Hilang kawan..hilang kekasih..hilang cinta..semuanya. itulah yg org mcm kita kena tempuhi demi usaha utk cari redha Allah. Moga2 yg kita tinggalkan semua kerana Allah tu..mmbuatkan tidak sesekali Allah tinggalkan kita.

      Ida min..moga kita dapat jumpa di jannah. Aamiin

      Padam
    2. Ida min. Betul semua kata3 awak. Dan mmg saya beli pun cd zikir terapi 1 dan 2 pun heheh.

      Hilang kawan..hilang kekasih..hilang cinta..semuanya. itulah yg org mcm kita kena tempuhi demi usaha utk cari redha Allah. Moga2 yg kita tinggalkan semua kerana Allah tu..mmbuatkan tidak sesekali Allah tinggalkan kita.

      Ida min..moga kita dapat jumpa di jannah. Aamiin

      Padam
    3. what????ade zikir terapi 2......cissss gua ketinggalan

      Padam
  4. "Berubah dan menjadikan Adam sebagai penyelesaian, bukanlah jawapan yang tepat."

    ya...mari lakulan apa jua kerana Allah dan pertolongan sebenar hanyalah Allah.
    Tahniah, entry yang bagus.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...