Halaman


Selasa, 7 Disember 2010

Tanpa cinta

Tanpa cinta itu, umpama kau menelan butir-butir pasir dipantai. Lidah mu kesat dan bibir mu perih.Sesungguhnya patah hati itu membuatkan kan sedar yang kau hidup, hidup kerana hatimu merasa sakitnya luka itu. Lantas memberitahu akalmu yang kau masih hidup. kerana sakit luka itu membuatkan kau rasa betapa hirisan-hirisan itu mengenai setiap jantung dan hatimu. Lantas kau sedar kau sedang menghembuskan karbon dioksida dan juga menghirup oksigen, tetap. Walau hatimu bagai pecah menanggung sakit.

Namun, bila tiada rasa sakit dan juga tiada rasa cinta, kadangkala kau tertanya-tanya, masih mengalirkah darah di bawa adrenalin ke seluruh tubuh. Kerana kadangkala dunia sekadar bergerak dan masa sekadar berdetik, sedang kau tak ingin melangkah, sedang kau kadangkala tak ingin bernafas.Sedang kan kau kadangkala tidak tahu untuk apakah hari esok bagimu.

Untuk apa?

Khamis, 2 Disember 2010

Duhai perokok.


Wahai perokok, kau tahu tak yang tuhan bagi oksigen ni percuma? tuhan bagi udara ni percuma? Tapi kau merompak dan malah memperkosa oksigen ni sesuka hati kau.

Ahh..aku tahu kau akan marah, kata kami tak fahamlah, kau tak menyusahkan duit mak bapak kamilah, kau suruh kami pergi jauh-jauhlah. Dah masalahnya kalau kau merokok ditempat awam, dalam bas ke macamana kami nak jauh dari kau?

Kau tahu tak berapa ramai manusia yang kau orang susahkan? Sebab kau oranglah kanser paru-paru merebak, sebab kau oranglah pesakit asthma menderita, sebab kau oranglah kami tak boleh hidup senang.

Tulah dulu-dulu masa budak-budak kau ingat benda ni cool, sekarang dah ketagih, lebih baik dari hisap dadah, tak menyusahkan orang sebelah menyebelah, yang jahanam cuma kau dan konco-konco kau, tapi kau ni perokok, kongsi udara sama dengan kami, dan kau rosakkan pula.

Pergilah klinik, hospital, kerajaan banyak habiskan duit utuk kempen hentikan merokok, banyak buat program, kau daftar saja di hospital, kau akan diberi ubat untuk kurangkan ketagih, percuma!! Tolonglah, jangan sampai orang yang paling kau sayang mati sebabkan kau.

Seronok

AKu tak berapa gemar budak-budak dari madrasah mana tah datang minta derma waktu sedang makan. Aku tahu azam mereka ni tinggi. Tapi kenapa  resit derma tu dah ditetapkan RM10? Bukan derma boleh seikhlas mungkin ke?

Aku memang bengang kalau orang minta derma tapi dah tetapkan berapa kena menderma, ni nampak sangat taknak orang ikhlas derma. Bagi aku derma yang ikhlas tak perlu diminta-minta. Ya, boleh diwar-warkan tapi tak payahlah diminta-minta.

Imej peminta sedekah selalu menjadi ikon bagi orang islam, aku tak menolak..itu juga keistimewaan orang Islam, orang bukan Islam walau mungkin memandang rendah, tapi Islam yang sebenar memandang dunia ni memang hina, amat hina.

Aku pernah dengar..ceramah, semua keseronokan dunia..tuhan beri dengan jalan yang bukan dari suatu yang mulia, seks adalah antara dua kemaluan, arak akhinya muntah dan mengzahirkan sifat buruk manusia dan pelbagai lagi.

Ahh..aku malas nak cakap benda-benda macamni lagi, kadangkala aku rasa aku amat hipokrit, sebab aku hidup dalam berbagai alam, tapi..perlukah aku ambil kisah pandangan manusia? Aku hipokrit, jadi apa masalah aku dengan kau?

Isnin, 29 November 2010

Menulis


Aku minat menulis, dan menulis buku adalah salah satu cita-cita aku. Dari dulu masa di zaman uni dulu kawan-kawan aku selalu rajin meniru bahagian pendahuluan dalam tugasan aku, aku faham, tak semua manusia boleh menulis dengan baik. Ada orang boleh bercakap dengan petah dan bernas, tapi tak dapat menulis sebernas apa yang disampaikan. Dan ada orang amat sempurna kedua-dua perkara ni, seperti yang aku katakan, manusia umpama lima jari kita, ada fungsi dan ada kesempurnaan dalam ketidaksempurnaan mereka.

Dan, aku akui aku agak tidak betah dalam berkata-kata. Aku bukan manusia yang dapat menuturkan kata dengan spontan, malah jika marah pun, aku akan menjadi lebih tidak difahami kadang-kadang. Walaupun pekerjaan aku, memerlukan aku berkata-kata dengan baik, tetapi diluar pekerjaan, aku lebih selesa dan selamat berdiam diri.

Namun, aku gemar menulis. Walau tidak sempurna, namun, menulis adalah media terbaik untuk aku menyampaikan apa yang aku fikirkan.Tenang.

Dan aku tidak gemar tekanan. Dalam menulis. Dan aku juga tidak pandai memuaskan hati manusia lain dalam menulis, menulis bermaksud memuaskan naluri pelarian dalam jiwa aku.

Khamis, 25 November 2010

Renungan yang asing


Kau pernah bertemu seseorang yang amat menyerupai insan  yang pernah memberi pengertian yang mendalam dalam hidup kau?  Insan yang memberi perubahan emosi kepada diri kau.

Haritu, aku bertemu lelaki ini, yang wajahnya amat serupa dengan seseorang. Beberapa kali aku mencuri pandang. Beberapa kali aku merenung apabila mata kami tidak bertentang. Rindu keramat yang sukar untuk dimengertikan. Ya, rindu adalah suatu perasaan yang amat keji, kan, mengikat emosi kau dan menghambat masa-masa malam yang sukar untuk kau lelapkan mata.

Puas aku memerhati dia, ya sekadar menatap dan mengingatkan wajah yang dulu pernah mengikat hati dan emosi.

Tiba-tiba lelaki itu merenung aku kembali, lantas aku cuba mengawal reaksi wajah aku, emngawal emosi yang memberontak. Matanya terus kearah sepasang mata ini. Nasib sekadar renungan asing. Disebalik matanya, tiada memori tentang aku. Renungannya, renungan kosong. Renungan yang asing.

Sebaliknya, aku yang memutar memori.

Isnin, 22 November 2010

Get Happy I


GET HAPPY I
1. Take a 10-30 minute walk every day. And while you walk, smile. It is the ultimate antidepressant.

2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.

3. Buy a DVR and tape your late night shows and get more sleep.

4. When you wake up in the morning complete the following statement, 'My purpose is to __________ today.'

5. Live with the 3 E's — Energy, Enthusiasm, and Empathy.

6. Play more games and read more books than you did in 2009.

7. Make time to practice meditation, and prayer. They provide us with daily fuel for our busy lives.

8. Spend time with people over the age of 70 and under the age of 6.

9. Dream more while you are awake.

10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.

11. Drink green tea and plenty of water. Eat blueberries, wild Alaskan salmon, broccoli, almonds & walnuts.

12. Try to make at least three people smile each day.

13. Clear clutter from your house, your car, your desk and let new and flowing energy into your life.

14. Don't waste your precious energy on gossip, OR issues of the past, negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

15. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

16. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a college kid with a maxed out charge card.

17. Smile and laugh more. It will keep the nagative blues away.

18. Life isn't fair, but it's still good.

19. Life is too short to waste time hating anyone.

20. Don't take yourself so seriously. No one else does.

Ahad, 21 November 2010

Sushi dan unagi


Dah, aku malas nak menulis pasal aku, aku dah agak, bila aku menulis apa yang dalam perasaan, semua tulisan aku akan ke laut, macam tumpahan minyak yang kotor dan mengotorkan.

Kalau tak menulis tentang hal aku, nak menulis pasal apa? Entah, aku pun tengah fikir apa nak menulis.

Ada satu isu yang bermain dalam kepala aku ni. Antaranya pasal Sushi. Sebab ni makanan kegemaran aku. Paling sedap Unagi, ye yang ada belut tu. Yang memang berasakan belut la. Aku suka gila makan benda alah ni. Amat-amat suka ye. Aku ada juga terfikir, mungkin aku patut buat projek ternak belut. tapi mampus aku nak belajar cara buat unagi pula, masak telur goreng pun hangus, nak masak unagi.

Baru-baru ni aku dapat tahu, Unagi akan ada alkohol sekurangnya 0.05%. Dan aku tertanya-tanya adakah dia ikut tempat kedai sushi atau semua sushi tu ada alkohol. Maksud aku secara khusunya unagi. Kalau Sake ya memang betul hampir semua sushi menggunakan Sake, dan Sake selalu dikatakan alkohol, dan Sake sebenarnya adalah umpama tapai.

1. tapai haram makan tak? Ish aku pernah juga makan tapai.
2. Adakah alkohol itu haram? Ni aku selalu musykil, sebab alkohol atau etanol selalu juga digunakan sebagai bahan pengawet dalam makanan.

Tapi aku percaya ia menjadi haram apabila ia memabukkan. Tuak haram kerana ia memabukkan. Begitu juga buah beri yang di peram boleh memabukkan, jadi ia haram. Sudah, aku dah masuk bab yang rumit ni.

Ah..yang selamat ialah makan Sushi dekat Tesco atau pun Jusco, sebab sushinya murah dan setahu aku alkohol ni mahal, rugilah depa kalau letak alkohol pada sushi yang murah-murah ni. ye, yang sebenarnya aku ni degil, tetap nak makan Unagi juga. Kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...