"Bad things happened, but you still can live"-Super 8(2010) (Demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada pula benci kepadamu, Dan sesungguhnya akhir itu (akhirat) lebih baik bagimu dari permulaan(dunia).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Ad Duhha: ayat 2 hingga 5)
Selasa, 5 September 2017
Nas dan pseudonym NH
Khamis, 18 Mei 2017
Bila mendengar
Deanna dah temui seseorang yang sangat menyayangi dia. Aku ingin lihat dia bahagia.
Didunia ini setiap manusia hadapi ujian yang pelbagai. Dan kita berunyung kerana hanya melihat dan kemudian pulang ke dalam diri dan hadapi ujian sendiri, yg empunya kita.
Khamis, 23 Mac 2017
Apa yang paling bererti?
Selalu rakan plu berkata,ada keinginan nak kahwin macam orang normal. Sebab nak anak.
Dalam aku fikir-fikir, memang perkahwinan dan hanya sepasang ni,boleh mengundang jemu. Ya, Allah belum rezkikan kami untuk dapat anak. Tapi jujurnya selain dari sedikit jemu dan orang lain yang kerap bertanya, aku sedikit pun tak gusar.
Kerana,aku rasa sangat cukup dengan dia. Seumur hidup manusia mencari cinta. Dan yang paling indah bila kau berjumpa insan yang mencintai kau, dan ianya tidak salah dimana-mana sisi pun.
Pergi bercuti, pergi kemana sahaja,kau tahu tidak perlu kau resah atau curiga, atau keliru samada kau berbuat sesuatu yang salah.
Cuma ya kadangkala kekuatan mental itu perlu, akan ada bisikan-bisikan mengatakan sebaliknya. Bukankah iblis itu tidak pernah berputus asa dan, dia tahu ini ujian kau yang terbesar.
Cukup.
Selasa, 14 Mac 2017
Internet dan dunia plu
Aku hampir terleka,dan aku hampir jatuh. Sekarang ni dah ada apps dating untuk golongan lesbian. Dari sekadar mencuba,aku hampir suka.
Dulu mana ada benda ni.
Otak aku mula berfikir one night stand.
Otak aku mula berfikir macam-macam.
Dengan kumpulan group dan whatssap yang bermacam-macam. Persoalannya hanya mahu dan tidak sahaja.
Inilah cabaran dan ujian. Terleka akan ada ruang untuk semua tu.
Dan aku pula kadangkala hati memanggil-manggil. Hah,jangan pula kamu sibuk bertanya adakah kerana aku tak bahagia. Kau bahagia sangat ke? Bahagia itu bukan rasa 424jam. Bahagia itu bukan boleh diukur dengan pembaris 15meter.
Kalau aku kata aku bahagia tetapi kerana bahagianya aku,maka syaitan selalu memperbaiki teknik godaannya dan mengupgrade jarum-jarumnya,boleh kau terima? Tak boleh juga kan. Kau bukan boleh terima pun apa sahaja kata-kata aku,kan. Takpe,aku doakan kau bahagia dijalan yang baik itu.
Disaat korea utara dan malaysia tegang dan kami rakyat malaysia ni semua membenci mr1M tu, aku yakin kau takkan memaafkan aku. Takpe. Entry ni bukan untuk kau.
Aku hanya malaikat gelap. Iaitu insan yang percaya,segelap manapun hidup aku,aku perlu percaya tuhan pasti mentakdirkan kebaikan untuk aku, kerana bersangka baik pada tuhan itu perlu. Kebaikan itulah simbol sayap-sayap malaikat dalam imaginasi aku. Dan gelap itu,ialah dunia gelap yang sentiasa aku takut,tapi kadangkala hati menarik aku untuk terjun kedunia itu.
Bacaan bulan ini.
Khamis, 23 Februari 2017
Percaya- Shamiel Fikri
Aku mula membaca buku ini lebih kurang jam 7.15 pagi, iaitu 15 minit sebelum kekasih memulakan enjin kereta untuk pergi ke tempat kerja.
Tidak sampai 3 jam, aku telah menghabiskan bacaan buku ini. Buat hampir sedekat, aku berjumpa dengan sebuah buku berbahasa Melayu yang mampu membuatkan aku membaca dari halaman pertama hingga akhir tanpa henti. Buku terakhir membuatkan aku bersengkang mata dan membaca tanpa henti, adalah hasil tulisan J.K Rowling. Buku terakhir dimana pertama kali aku menangis teresak-esak akibat sebuah fiksi yang sangat menipu, ya kerana kematian Dumbledore.
Terima kasih buat seorang sahabat yang sangat gemar membaca dan menghadiahkan buku buat rakan-rakan yang ditemuinya. Jujur dia sahabat yang baik walau aku tidak mengenali hati budinya, kerana sikap aku yang introvert. Mungkin buku Percaya ini sempat menyiku seorang aku.
Percaya, hanya senuat kisah perjalanan Farhan dan Karim untuk kebalai polis. Namun Karim adalah hero tidak bertopeng yang hatinya disentuh oleh seorang manusia bernama Hassan. Hassan yang telah tiada di dunia, namun nama dan dirinya bernegara di hati Karim dan kemudiannya berhijrah ke hati Farhan dan Kudin.
Buku ini bukan sekadar perjalanan itu, bukan sekadar itu sahaja. Dengan sisipan ayat-ayat alquran yang sangat kena pada setiap babak penceritaan. Dan juga pengkisahan sejarah-sejarah besar dunia yang memberi makna pada setiap hujungnya. Buat aku bergenang air mata, bukan kerana sebuah kisah cinta seperti drama-drama Suri Mr.Pilot itu. Setiap pengkisahan didalam buku yang tidak sampai 200 halaman ini, dihujung mata aku, ada basahan air mata, sebab buku ini terlalu bercerita tentang manusia. Terlalu.
Tahniah buat Shamiel Fikri, buat aku percaya pada sebuah buku berbahasa Melayu yang sangkaku telah hilang zamannya. Nama asing ini kini aku letakkan sebaris Khairulnizam Bakeri, sebagai nama penulis yang bukunya harus aku beli, walau berlainan genre, tapi aku percaya tidak kecewa.
Jumaat, 3 Februari 2017
Twitter dan sayang
Sebenarnya aku tak suka sangat twitter ni. Sebab dulu aku tak pandai kawal penggunaan twitter ni. Twitter ni pernah jadi macam-macam hal. Sebab dia lebih pantas dari FB.
Tapi sejak akhir-akhir ni aku agak gemar menggunakan fb,terutama bila hati rasa kosong.
Well, dalam kesibukan kau rasa kosong, pelik kan. Yep, itulah yang terjadi pada aku.
Kekuatan tu kadangkala boleh hilang sekelip mata. Apatah lagi aku sedang agak down sebab seorang sahabat yang aku sayang mula mengungkapkan kata sayanh dan cinta pada aku. Dan soulmate akhirnya membuat keputusan meminta aku untuk block whatssap dan fb sahabat tu. Aku tahu alasan dan permintaan soulmate tu kukuh.
Kawan, aku sayang kau,jujurnya aku memang kawan kau.
Isnin, 23 Januari 2017
Jalan Pulang-LGBT
Hujung minggu ini aku bermusafir lagi. Dengan satu tujuan harini hari ahad, menghadiri bengkel penulisan KOPIPRESS di Kajang.
Disamping menziarahi rakan- rakan yang dekat dihati namun sangat jarang dapat berjumpa. Rakan-rakan yang berjuang dalam hijrah yang sangat indah walau maharnya bukan alang-alang pengorbanan.
Banyak yang aku belajar dari mereka. Sangat banyak.
Musafir kalini juga dengan izin dan kerinduan ku pada suami. Kami berpisah seketika, demi dia mengejar cita-citanya dan impiannya pada kehidupan kami.
Mungkinkah naskah JALAN PULANG LGBT akan dapat kusentuh dengan jari-jariku satu hari nanti? Inshaallah andai itu izinNya.
Dan jika naskah itu diterbitkan, inshaallah akan muncul naskah-naskah susulan lain yang diamanahkan pada aku. Harini ini detik aku mula belajar tentang penulisan dan pemasaran buku.
Moga dapat aku sampaikan kisah-kisah realiti perjuangan getir insan-insan yang bergelut dengan pandangan masyarakat.
Doakan aku.