Halaman


Selasa, 5 September 2017

Nas dan pseudonym NH

Aku antara salah seorang follower video-video Nas 1 minutes.
Dan menelusuri komen-komen di page beliau,aku agak terkejut bila dia dikatakan tidak boleh masuk ke Bangladesh. Kemudian bila scroll lagi kebawah baru tahu beliau adalah pemegang passport Israel. Yang bermakna beliau adalah rakyat Israel. Lucunya sebelum ini aku menyangka dia adalah rakyat salah sebuah negara Arab Muslim. Rupanya salah sekali.
Ini membuatkan aku mencari lagi maklumat samada dia boleh memasuki Malaysia, carian google agak gagal.
Kemudian diberikan link oleh rakan-rakan yang baik hati. Yep, Malaysia mengharamkan kemasukan rakyat Israel yang menggunakan passport Israel (kalau salah tolong komen).
Mulanya aku rasa tidak adil,bukanlah kerana aku minat sangat Nas ni,tapi sebabkan aku selalu percaya pada bahawa manusia adalah universal,kalau kau Israel tak semestinya kau sokong apa yang tentera Israel buat.
He is talented.
Tapi kemudian,mudah je ,aku terfikir yang Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
Sudah pasti ianya juga menidakkan passport Israel!
Jadi, Nas kalau anda seorang pejuang hak asasi manusia,sila tukar kerakyatan anda. HAHA.Nas tak kisah pun.

ps: aku pernah punya sahabat online, seorang doktor pakar bedah di Israel, pernah aku mahu mengutuskan parcel untuk dia, kecoh di pejabat pos, sebab tidak ada courier yang boleh sampai kesana.

nota: aku kini ada blog baru, http://suamikuhivpositif.blogspot.com Disana aku menggunakan pseudonym NH. Mungkin bila aku dah bersedia atau aku dah tak mahu berfikir pandangan orang, aku akan terus menggunakan nama MG disitu. Disitu aku menulis untuk komuniti HIV. THATS MY CARPE DIEM!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...