Halaman


Isnin, 30 Januari 2012

Tuhan..tunjukkan jalan..

Ya, itu sekarang doaku. Jika perpisahan adalah yang terbaik, maka aku menurutinya.

Didalam artikel ini...aku sedar aku tidak boleh hidup dengan sikurus selama mana dia tidak dapat memnuhi kehendak batinku.

Aku menyintai dia..dan bila tiba masanya..aku akan melepaskan dia dari dosa ini.

Sabtu, 21 Januari 2012

Biar cinta ini nanar

Biar cinta ini nanar, menggila. Kerana aku menyintai pada yang halal. Aku menyintai pada insan yang tuhan takdirkan untukku.

Hari ketiga perkahwinan kami adalah hari paling bahagia dalam hidup aku. Disentuh oleh seorang yang halal untuk aku.

Ya, aku nekad, aku aku akan berjuang untuk ini, berjuang untuk mendapatkan dia kembali..yang asal. Menyintai seseorang tanpa dicintai kembali adalah sesuatu yang paling perit. Namun aku tahu Allah maha mengetahui, dan orang yang aku cintai ini adalah orang yang telah Allah redha atas ku padanya.

Biar aku jadi Zulaikha, antara nafsu dan kehendak. Aku cuma mahu dia kembali kepada siapa dia yang sebelum ini. Kalau kehendak Zulaikha kerana nafsu, tapi aku ingin dia menjadi seorang yang bertanggungjawab, itu sahaja. Kalau cinta Zulaikha, Allah kabulkan, kenapa bukan cinta aku.

Memang, kawan, saudara mengatakan aku bodoh, dimangsakan. Tapi, aku yakin pada janji tuhan, sabar itu ada ganjarannya, jika bukan disini, dinegeri yang abadi.

Sekarang, aku cuma bertahan untuk tidak berlaku curang, berzina, dengan lelaki atau perempuan. peluang ada dimana-mana, dan menjadi insan biseksual adalah kutukan yang celaka.

Khamis, 19 Januari 2012

Pada Mu..

”…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” [Al-Thalaq 65: 2-3]

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [Al-Inshirah 94: 5-6]

Tuhan, aku ingin bertakwa padaMu..aku ingin jadi orang yang bertakwa padaMu...

Tolong aku, tuhan...tolong hambaMu.

Selasa, 17 Januari 2012

Bagaimana?

Bekas teman serumahku a.k.a sekatil dulu telah memberi hampir kata dua padaku, katanya andai aku tidak memperjuangkan perceraian selepas 4 bulan, dia mungkin tidak akan menjadi kawanku yang setia mendengar luahan dan tangisan ku.

Along juga agak marah bila aku katakan sikurus pernah berkata dia ingin mencuba perkahwinan ini selama setahun. Kata along itu terlalu lama.

Dan bagi aku pula, 4 bulan bagai terlalu singkat untuk aku memberi masa padanya. Bagai terlalu tidak adil. Sikurus kulihat sedang cuba membiasakan keadaan. Dia cuba sentiasa bertenang. Dan entah kenapa, aku pula mula semakin menerima kehidupan kami.

Aku sedar aku pun telah tiada kehendak pada dia. Memang naluriku, aku tidaklah mudah untuk punya nafsu pada kaum adam.

Aku mula rasa indah berjemaah subuh dengan dia, mula rasa secebis bahagia bila dia menghabiskan hidangan yang aku masak. Sentuhan dia walau sekadar kucupan didahi sering mendamaikan hati aku.

Mahukah aku berjuang untuk melepaskan semua ini?

Kata adik kalau aku sabar, hadiahnya syurga. Dan benar, kata para pejuang, berjuang itu pahit..kerana syurga itu manis. Dan aku tahu, pahit ujianku ini hanya sezarah kalau nak dibanding dengan apa.

Kata tuhan, tuntutlah hak mu apabila dizalimi, namun redha dan sabar itu lebih besar ganjarannya.

Tapi mampukah aku?

Selasa, 3 Januari 2012

Sexual to asexual

Setelah berbincang dengan dia, aku kini faham..aku akan derita. Dia tidak dapat menunaikan hak aku buat masa ni..dan entah buat masa bila lagi. Dan dia juga redha andai selepas 4 bulan, aku meminta perpisahan.

Lalu apa selepas perpisahan?

Dan antara masa itu, apa yang akan berlaku? akan bertahan kah aku? Bersendirian..aku mula teringat segala sentuhan, betapa aku dulu tidak perlu merayu untuk itu.

Aku bukan malaikat, dan seminggu sebelum aku diijabkabul, aku masih lagi bersama teman sekatil sesuka hati aku. Dan tiba-tiba hampir sebulan aku tidak menyentuh dan disentuh. Macam penagih dadah..yang tiba-tiba dimasukkan ke serenti.

Perasaan sendirian..dan sunyi mula menghantui aku. Perasaan putus asa pada tuhan mula bertamu kembali. Dan mengharap kasih pada orang yang tak sudi adalah paling sukar. Paling sukar.

Tuhan..pandanglah aku tuhan. Tolonglah aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...