Halaman


Khamis, 23 Februari 2017

Percaya- Shamiel Fikri

Jam 9.01 pagi aku usai membaca buku ini. Buku ini aku mula buka dan jamah isinya selepas aku bersarapan dengan kekasih. Pagi ini aku masak burger dan gorengkan telur untuk dia, aku tahu tidak sihat, kerana bacaan kolestrolnya sudah mula disebut doktor. Namun sebagai aku, aku sangat tidak berilmu dalam masak-memasak, nantilah, mungkin selepas menulis di blog ini, akan aku beli oat untuk dia. mungkin boleh jadi penawar buat bacaan kolestrolnya.

Aku mula membaca buku ini lebih kurang jam 7.15 pagi, iaitu 15 minit sebelum kekasih memulakan enjin kereta untuk pergi ke tempat kerja.

Tidak sampai 3 jam, aku telah menghabiskan bacaan buku ini. Buat hampir sedekat, aku berjumpa dengan sebuah buku berbahasa Melayu yang mampu membuatkan aku membaca dari halaman pertama hingga akhir tanpa henti. Buku terakhir membuatkan aku bersengkang mata dan membaca tanpa henti, adalah hasil tulisan J.K Rowling. Buku terakhir dimana pertama kali aku menangis teresak-esak akibat sebuah fiksi yang sangat menipu, ya kerana kematian Dumbledore.

Terima kasih buat seorang sahabat yang sangat gemar membaca dan menghadiahkan buku buat rakan-rakan yang ditemuinya. Jujur dia sahabat yang baik walau aku tidak mengenali hati budinya, kerana sikap aku yang introvert. Mungkin buku Percaya ini sempat menyiku seorang aku.

Percaya, hanya senuat kisah perjalanan Farhan dan Karim untuk kebalai polis. Namun Karim adalah hero tidak bertopeng yang hatinya disentuh oleh seorang manusia bernama Hassan. Hassan yang telah tiada di dunia, namun nama dan dirinya bernegara di hati Karim dan kemudiannya berhijrah ke hati Farhan dan Kudin.

Buku ini bukan sekadar perjalanan itu, bukan sekadar itu sahaja. Dengan sisipan ayat-ayat alquran yang sangat kena pada setiap babak penceritaan. Dan juga pengkisahan sejarah-sejarah besar dunia yang memberi makna pada setiap hujungnya. Buat aku bergenang air mata, bukan kerana sebuah kisah cinta seperti drama-drama Suri Mr.Pilot itu. Setiap pengkisahan didalam buku yang tidak sampai 200 halaman ini, dihujung mata aku, ada basahan air mata, sebab buku ini terlalu bercerita tentang manusia. Terlalu.

Tahniah buat Shamiel Fikri, buat aku percaya pada sebuah buku berbahasa Melayu yang sangkaku telah hilang zamannya. Nama asing ini kini aku letakkan sebaris Khairulnizam Bakeri, sebagai nama penulis yang bukunya harus aku beli, walau berlainan genre, tapi aku percaya tidak kecewa.

Jumaat, 3 Februari 2017

Twitter dan sayang

Sebenarnya aku tak suka sangat twitter ni. Sebab dulu aku tak pandai kawal penggunaan twitter ni. Twitter ni pernah jadi macam-macam hal. Sebab dia lebih pantas dari FB.

Tapi sejak akhir-akhir ni aku agak gemar menggunakan fb,terutama bila hati rasa kosong.

Well, dalam kesibukan kau rasa kosong, pelik kan. Yep, itulah yang terjadi pada aku.

Kekuatan tu kadangkala boleh hilang sekelip mata. Apatah lagi aku sedang agak down sebab seorang sahabat yang aku sayang mula mengungkapkan kata sayanh dan cinta pada aku. Dan soulmate akhirnya membuat keputusan meminta aku untuk block whatssap dan fb sahabat tu. Aku tahu alasan dan permintaan soulmate tu kukuh.

Kawan, aku sayang kau,jujurnya aku memang kawan kau.

Isnin, 23 Januari 2017

Jalan Pulang-LGBT

Hujung minggu ini aku bermusafir lagi. Dengan satu tujuan harini hari ahad, menghadiri bengkel penulisan KOPIPRESS di Kajang.

Disamping menziarahi rakan- rakan yang dekat dihati namun sangat jarang dapat berjumpa. Rakan-rakan yang berjuang dalam hijrah yang sangat indah walau maharnya bukan alang-alang pengorbanan.

Banyak yang aku belajar dari mereka. Sangat banyak.

Musafir kalini juga dengan izin dan kerinduan ku pada suami. Kami berpisah seketika, demi dia mengejar cita-citanya dan impiannya pada kehidupan kami.

Mungkinkah naskah JALAN PULANG LGBT akan dapat kusentuh dengan jari-jariku satu hari nanti? Inshaallah andai itu izinNya.

Dan jika naskah itu diterbitkan, inshaallah akan muncul naskah-naskah susulan lain yang diamanahkan pada aku. Harini ini detik aku mula belajar tentang penulisan dan pemasaran buku.

Moga dapat aku sampaikan kisah-kisah realiti perjuangan getir insan-insan yang bergelut dengan pandangan masyarakat.

Doakan aku.

Isnin, 26 Disember 2016

I believe I can Fly

I believe I can fly oleh Johan Hamid.

Dari artikel the Star 25 Disember halaman 3

Idea ini sangat menarik bagi aku. Dan kalau boleh aku mahukan setiap buku ini berada di hospital di seluruh dunia. Bukan oleh kanak- kanak sahaja. Tapi semua penjaga dan semua pesakit.

Sejak ayah sakit dulu, aku pernah menjadi caretaker ayah. Dan sejak menyertai NGO berkaitan HIV ini, aku kerap melawat rakan dihospital. Dan aku dapat melihat, hospital adalah tempat penuh harapan dan juga tempat paling suram.

Semua hospital harus menempatkan badut yang menceriakan. Kadangkala situasi yang suram ini yang menyakitkankan. Bukan sakit yang ditanggung.

Ada program Clown oleh NGO doktor-doktor,tapi setakat ini hanya untuk pesakit kanser. Bagaimana dengan pesakit lain.

Dan Caretaker,iaitu mereka yang menjaga,juga perlukan kekuatan yang bukan calang-calang.

Dan buku seperti I believe I can fly ini, pasti akan boleh menjadi penawar buat masa-masa realiti yang suram dan pahit.

Ahad, 25 Disember 2016

Kawan

Satu aura apabila kau bersama rakan yang suka menulis. Kau macam jumpa kawan sejiwa.

Dan penulis rutinnya berdakwatkan derita.

Cerpen Hari Jumaat

Nasi Lemak Sambal Sotong oleh Syaihan Shafiq

Ahad, 4 Disember 2016

Aku dan HIV

1 Disember adalah sambutan Hari Aids Sedunia. Setiap tahun ada sambutan. Sejak tahun 2012, aku mula berkecimpung dalam bidang ni.

Aku hiv negatif.

Tapi perjuangan menyebarkan kesedaran untuk menentang stigma tentang hiv,telah pun didalam diriku,sejak aku mula kenal seorang insan yang aku panggil Pakcik Pie.

Tahun ini, aku dan rakan-rakan melahirkan Pertubuhan Islah Movement. Masih bertatih. Masih baru bermula. Belum ada apa-apa. Inshaallah kami ada misi kami.

Ianya juga menaikkan usaha Jalan Pulang LGBT bersama. Tanpa sebarang paksaan. Jika mahu bersama, sepuluh jari ditadahkan.

Aku ingin melihat orang tidak lagi memandang jijik pada orang hiv. Aku mahu sahabat-sahabat ini dianggap sama seperti manusia lain.

Langkah kami kecil,sangat kecil. Tapi sekurang-kurangnya kami melakukan sesuatu.

Andai aku HIV positif,mahukah bersahabat dengan aku? Mahukah menyintai aku?

Jika ada keraguan disitu, membawa maksud,anda punya stigma yang salah terhadap HIV.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...