Halaman


Selasa, 16 April 2019

When he spoiled me.

Setiap kali travel dia akan incharge semua. Angkat barang, beli tiket, decide nak stay mana. Semua.

Dulu aku selalu bergaduh dengan dia pasal ni, pasal aku nak decide everything, aku nak plan every single thing, I know I can handle semua tu, even semua dalam life.

So used to be the one who decide, the one who provide, the one who lead.

Sejak 2 tahun lepas, kami berhenti bertelingkah tentang itu. Selepas dia kata:

Berilah peluang dia handle semua.

Dan aku berhenti merancang. Bukan kerana aku akur, tapi aku tersedar, how self centered I am.

And with that, he spoiled me.

Dia mula ajar aku untuk bergantung pada dia. Ajar aku mula serahkan pada dia. Ajar aku mula percaya pada dia.

Not me to worry on anything. Dia akan handle.

Hingga aku kesian, how can one man have a strengh that I can't imagine.

And he said, just love him, the way he want. Thats enough for him.

Jumaat, 25 Januari 2019

Socmedia mengikis intelektual

Dua hari tanpa fb, insta, twitter. Aku rasa tenang. Terasa aku hidup didunia yang di kawal aku sendiri, bukan socmedia ini.

Aku rindu saat-saat aku mampu meluah kan dengan tulisan. Bukan di bawah emosi yang hanya ingin dibaca dan dilihat orang.

Seolah minda separuh sedar aku sangat dipengaruhi.

Tapi ya tidak mudah kerana aku juga seperti semua orang populasi manusia Kini yang ketagihan socmedia.

Isnin, 22 Oktober 2018

Getting near you is back!

Salam, kami ingin menjemput anda bersama-sama menyertai Kem GNY IV, kem ini hanya utk rakan -rakan L macam kita-kita sahaja. Tanpa mengira siapa anda. Pakaian adalah bebas.
siapa pun anda, penk, awek penk, andro, soft butch, femme, come and join us.
banyak aktiviti outdoor menanti anda. Tempat terhad.
"Getting Near you IV"
9-11 november 2018
Kuantan
Tempat akan diberitahu kepada yg mendaftar
jika berminat, atau sebarang pertanyaan boleh hubungi
Cheq Mawar: 011 15399241
Like page kami Jalan Pulang LGBT untuk mengikuti perkembangan kami.
-MG

https://www.facebook.com/JalanPulangLgbt/



Ahad, 25 Mac 2018

Problema? hubungi?

Blogger aku tengok makin masalah. Aku telah log in dan cuba untuk membalas komen-komen, tapi tak boleh. samada briowser aku yang masalah atau blogger yang problem.

Sekiranya mahu menghubungi aku, boleh menggunakan whatssap disini memang secara direct, link itu juga aku gunakan untuk advokasi HIV, bila berkelapangan inshaallah whatssap yang masuk memang aku akan balas.



Ahad, 4 Mac 2018

LGBT is not a good life

 A good life apa kalau boleh clash dan one night stand sesuka hati. Ya, ramai yang setia. Tapi tak keliru ke bila dengan orang yang kau tertarik tidak batal wudhu? Kalau kau masih percaya agama dan kalau kau masih solat, cuba fikirkan itu.

Kata kau jangan jaga hak dan tepi kain kau.
Eh sedangkan orang lelaki perempuan yang belum kahwin pun boleh kena ketuk pintu kalau bersekedudukan, jadi kau apa? kawan? Tipu siapa?

Bukan benci.
Tapi aku minta kau berfikir.

Apa khabar? Lama tak ketemu. :)

Yep, aku masih sayang dan membencimu.Serentak.

Jwapan aku pada PRO LGBT (1)

Katamu:

Untunglah orang Hetero boleh berkahwin.

Jawapan aku:
Berkahwinlah kamu dan bercerailah kamu tanpa dokumen. Orang hetero tidak semudah itu.

Selasa, 5 September 2017

Nas dan pseudonym NH

Aku antara salah seorang follower video-video Nas 1 minutes.
Dan menelusuri komen-komen di page beliau,aku agak terkejut bila dia dikatakan tidak boleh masuk ke Bangladesh. Kemudian bila scroll lagi kebawah baru tahu beliau adalah pemegang passport Israel. Yang bermakna beliau adalah rakyat Israel. Lucunya sebelum ini aku menyangka dia adalah rakyat salah sebuah negara Arab Muslim. Rupanya salah sekali.
Ini membuatkan aku mencari lagi maklumat samada dia boleh memasuki Malaysia, carian google agak gagal.
Kemudian diberikan link oleh rakan-rakan yang baik hati. Yep, Malaysia mengharamkan kemasukan rakyat Israel yang menggunakan passport Israel (kalau salah tolong komen).
Mulanya aku rasa tidak adil,bukanlah kerana aku minat sangat Nas ni,tapi sebabkan aku selalu percaya pada bahawa manusia adalah universal,kalau kau Israel tak semestinya kau sokong apa yang tentera Israel buat.
He is talented.
Tapi kemudian,mudah je ,aku terfikir yang Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
Sudah pasti ianya juga menidakkan passport Israel!
Jadi, Nas kalau anda seorang pejuang hak asasi manusia,sila tukar kerakyatan anda. HAHA.Nas tak kisah pun.

ps: aku pernah punya sahabat online, seorang doktor pakar bedah di Israel, pernah aku mahu mengutuskan parcel untuk dia, kecoh di pejabat pos, sebab tidak ada courier yang boleh sampai kesana.

nota: aku kini ada blog baru, http://suamikuhivpositif.blogspot.com Disana aku menggunakan pseudonym NH. Mungkin bila aku dah bersedia atau aku dah tak mahu berfikir pandangan orang, aku akan terus menggunakan nama MG disitu. Disitu aku menulis untuk komuniti HIV. THATS MY CARPE DIEM!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...