Halaman


Isnin, 28 Mac 2016

Cradle

kadang-kdang ada benda yang aku nak buat dalam hidup ni, dalam perjuangan aku yang tak pernah kesudahan ada beberapa perkara yang aku ingin lakukan, walaupun aku tahu ianya akan menolak aku dari comfort zone. Aku insan simple-simple, but when I do something I do my best. Tapi, banyak perkara bila kita cuba buat sesuatu dalam masyarakat, kita juga akan berhadapan dengan insan-insan lain yang kadangkala diuji juga. bukankah hidup sekadar ujian, apatah lagi zaman komunikasi di alam maya, terlalu banyak hubungan yang putus akibat salah faham dalam komunikasi yang kononnya semakin canggih.
lalu, kadangkala, aku mula retreat, kembali kesarang, kembali ke comfort zone, menjadi diri aku yang dulu, introvert, sangat introvert, hingga aku seorang yang sangat kekok dengan orang yang asing.
Apatah lagi situasi kebelakangan ini memang banyak menuntut aku untuk percaya pada orang yang asing, menjadi saudara, menjadi rakan, menjadi musuh, menjadi orang yang membenci aku, buat terlalu banyak benteng diri yang telah aku pecahkan.
Semua ini membentuk aku untuk percaya dan kadangkala hilang percaya juga pada seseorang. And its freaking kicking me from my comfort zone, my safe place.
Let me back to my cradle for a while. To rest in peace.(literally?)

Sabtu, 12 Mac 2016

Cinta PLU yang gelap (HIJRAH)



CINTA PLU YANG GELAP (HIJRAH)
Ramai mungkin tidak faham bagaimana menyintai namun tidak boleh untuk melunaskan perasaan cinta. Itulah perasaan seorang plu yang cuba memilih jalan sendirian. Ia menolak untuk gembira dan mematri cinta bersama pasangannya. Dunia plu yang bercinta sakan, memang indah bagaikan bendera lambang LBGT itu sendiri, tiada halal haram yang menjadi label dan sempadan. You are my darling, and I am yours. Papa, mama. baby, sayang, dan segalanya semua. Sangat warna warni. Bahagia umpama syurga itu berada ditapak kaki sahaja.
Dan ada juga yang mengimpi bahagia hingga ke jannah, sama- sama ke masjid, menghadiri usrah, kuliah agama, sambil merasai dia milik aku dan akulah milik dia, umpama hukum tuhan itu boleh dikuis umpama lalat dihidung. Ada yang bersembunyi, masih merasa dosa namun berpegang pada Allah amat memahami, ada pula yang tanpa segan silu mengiiktiraf, okay yang ini tidak mahu kusentuh situasi mereka.
Namun cinta seorang plu yang menahan diri adalah sangat gelap. Gelap kerana tidak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata, tidak mampu untuk dia bercerita buat meringan beban. Orang yang dia rasa sangat serasi, sangat dekat dihati, dia lepaskan, dia biarkan pergi, demi kerana sebuah larangan, yang dia junjung dengan hati yang sangat kerdil. Mungkin pernah bersama lalu berpisah, mungkin pernah bercinta lalu melupakan, kerana sebuah hidayah yang nurnya umpama mishkat.
Gelap.
Cuma Allah yang tahu.
Dan bagaimana pula plu yang berkahwin, ikhlas mahu berubah, ya yang mahu berlakon juga ramai. Namun ada yang benar menyintai pasangannya, tapi tidak mampu memfungsi diri seperti orang normal sebaiknya. Tidak mampu meluahkan cinta seperti layaknya seorang adam menyintai hawa, bolehkah diterjemah rasa itu?
Lalu dalam diam, segalanya sendiri, kecewa kerana tidak betah, tidak tahu. Dan tidak mampu melangkah.
Plu yang berhijrah, siapapun mereka, mereka cuma mampu meluah pada yang Esa, sebenar-benar luahan. Keterasingan adalah nafas yang sentiasa dihela.
Tabahlah, dunia ini sekejap.
Ya, dunia ini sekadar ujian. Dunia bukan tempat untuk gembira, melainkan bahagia yang Allah beri nikmat kepada sesiapa yang redha dengan ujian, anugerah dan nikmat. Kadangkala rasa syukur atas ujian dan bahagia kerana hidayah mahu hadir menyapa, kadangkala juga nafsu merasa sakit dan perit.
tadi radio menyiarkan lagu ini....

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan
Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu
Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali
Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...